Pembangunan Web

Tingkatkan Keselamatan Joomla : Dapatkan Update Terkini Joomla!

Tidak kira apa CMS (content management system) yang anda gunakan samada Joomla,Wordpress,Drupal atau lain-lain,anda tidak harus terlepas pandangan berkaitan dengan sekuriti laman web tersebut.Apabila anda membangunkan sebuah laman web dan menerbitkannya ke internet,laman web anda sebenarnya berpotensi untuk digodam.Tentu anda pernah dengan banyak kes laman-laman web digodam.

Salah satu sebabnya ialah,laman web – laman web tersebut tidak dikemaskini dengan versi-versi terbaru.Anda tentu sekali tidak boleh menyalahkan pihak tertentu jika anda tidak menerima sebarang berita pengemaskinian versi-versi CMS seperti Joomla.Ini kerana,anda harus peka dengan berita-berita terkini yang terdapat pada laman web rasmi CMS tersebut.

Tentu sekali ini akan membuang masa anda,jika anda harus sentiasa memeriksa  laman web rasmi CMS tersebut hampir setiap hari.Namun anda tidak perlu risau,anda boleh melakukan kaedah dimana jika terdapat sebarang info-info terkini dari laman web rasmi CMS tersebut seperti Joomla,info-info tersebut akan dihantarkan secara terus ke email anda.Dengan itu anda dapat menjimatkan masa anda.

Bagaimanakah caranya?
Anda boleh melanggan RSS yang terdapat pada laman web rasmi Joomla,dengan itu anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk melawat laman web tersebut jika dan menjimatkan masa anda.

Untuk mendapatkan info terbaru berkaitan dengan securiti Joomla,klik pada

http://feeds.joomla.org/JoomlaSecurityNews

kemudian klik pada  Get Joomla! Developer Network – Security News delivered by email
http://feeds.joomla.org/JoomlaSecurityVulnerableExtensions

Kemudian klik pada Get Joomla! Documentation – Vulnerable Extensions List delivered by email

Jumpa lagi pada tips yang akan datang!

p/s Muat turun preview ebook Panduan Lengkap Pakar Joomla yang akan dilancarkan pada 19/9/2011.Sila rujuk http://pakarjoomla.com/

 

© 2011 – 2015, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply