1,585 laman ‘phishing’ maklumat rahsia disekat: Joseph Salang

Laman Phishing

laman phishing

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,585 laman web ‘phishing’ (aktiviti untuk mendapatkan maklumat rahsia pengguna dengan cara menggunakan e-mel dan laman web yang menyerupai yang asli atau rasmi) disekat tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata laman sesawang ‘phishing’ itu adalah daripada sejumlah 1,675 laman seawang yang disekat, setakat ini tahun ini.

Tahun lepas, sejumlah 1,475 laman sesawang juga disekat sebagai langkah pencegahan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) semasa persidangan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 32 kertas siasatan telah dibuka pada tahun lepas dan sehingga tahun ini, 74 kes lagi telah disiasat untuk kesalahan melibatkan media baru mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), beliau berkata kerajaan tidak pernah berbelah bahagi dalam mengambil tindakan kepada mana-mana blog yang menimbulkan dakwaan fitnah terhadap pemimpin tempatan.

Beliau berkata individu yang dituduh atau difitnah oleh blog, boleh membuat aduan terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan undang-undang.

“Aduan juga boleh dibuat jika ia melibatkan kementerian lain. Dari aduan tersebut, tindakan boleh diambil. Sekiranya disiasat dan didapati tiada yang menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan akan dilakukan.

“Kementerian dan pihak berkuasa tidak pilih kasih dan mengambil tindakan sewajarnya untuk semua kes yang dilaporkan,” katanya. – Bernama

Laman Phishing

© 2012, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply

Send this to a friend