3 TIPS PENJAGAAN LAPTOP/KOMPUTER

3 TIPS PENJAGAAN LAPTOP/KOMPUTER

Sumber photo : Google

Kami akan kongsikan tentang 3 cara penjagaan laptop anda supaya bertahan lebih lama.

Semestinya anda juga tahu yang laptop bukan satu peranti yang murah.

Lagipun, menjaga laptop bukannya sukar seperti mana yang anda fikirkan.

Saya tidak tidak bercadang untuk mengambil masa anda lama-lama, jadi mari kita baca tips di bawah ini, berdasarkan pengalaman saya sendiri.

sumber photo : Google

1. Kebersihan laptop

  • Guna laptop dan simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
  • pastikan pintu dan tingkap dibuka untuk memudahkan peredaran udara.
  • Bersihkan bilik atau ruang kerja anda daripada debu. Seboleh-bolehnya lakukan dua kali sehari.
  • Sentiasa gunakan laptop di tempat yang rata dan stabil seperti di atas meja.
  • Jangan gunakan di atas tilam, bantal, sofa dan karpet.
Sumber photo : Google

2. Papan Kekunci (Keyboard)

  • Bersihkan papan kekunci anda dari habuk.
  • Gunakan pelindung papan kekunci untuk perlindungan daripada habuk untuk mendapatkan ketahanan yang lebih lama.
  • Gunakan berus yang bersih untuk membersihkan papan kekunci laptop anda.
  • Musuh utama papan kekunci adalah air. Jangan biarkan air menitis atau tertumpah ke atas papan kekunci laptop anda.
  • Jika anda adalah seorang pemain tegar permainan video games (Gamers) gunakan papan kekunci USB (External keyboard) untuk menjaga ketahanan papan kekunci laptop anda.
Sumber photo : Google

3. Servis

  • Servis laptop anda 1 kali setahun.
  • Pastikan juga anda menukar Thermal Paste dan Thermal Pad pada laptop anda.
  • Format Sistem Operasi laptop anda 2 tahun sekali.

© 2020, syahrizal. All rights reserved.

Close Menu