4 Edisi Utama Windows 8

Windows 8

windows 8

 

Sebelum mula membeli atau upgrade kepada versi Windows 8 anda perlu ketahui edisi yang sesuai untuk anda. Windows 8 di datangkan dengan empat edisi iaitu Windows 8 RT, Windows 8, Windows 8 Pro dan Windows 8 Enterprise. Windows RT dibina khas untuk tablet manakala edisi selebihnya untuk PC, notebook dan netbook.

Berikut penjelasan secara ringkas mengenai edisi Windows 8 :

Windows 8 adalah edisi asal untuk pengguna yang menjalankan keseluruhan fungsi dekstop. Boleh dikatakan segala fungsi yang biasa pengguna gunakan di Windows terdapat pada Windows 8. Windows 8 tidak didatangkan bersama Microsoft Office 2013 seperti mana Windows RT.

Windows 8 PRO
Bagi mereka yang pakar dalam PC mahupun peniaga Pro merupakan pilihan terbaik. Windows 8 Pro megandungi segala apa yang terkandung pada Windows 8. Terdapat pelbagai fungsi tambahan antaranya seperti virtual PC, BitLocker, pegurusan PC dan penyambungan domain. .

Windows 8 Enterprise
Termasuk semua Windows 8 Pro punyai, tetapi lebih menjurus ke arah perusahaan dengan menyediakan perjanjian Jaminan Perisian. Ianya hanya dijual untuk syarikat yang menjalankan perniagaan besar.

Windows RT (Windows Runtime) merupakan edisi terbaru Windows yang mana ianya akan digunakan pada tablet dan laptop. Windows 8 RT direka khas untuk peranti ARM seperti tablet. Versi ini tidak boleh dbeli secara berasingan, kerana ianya sedia dipasang pada tablet dan laptop. Windows 8 RT hanya akan menjalankan perisian yang tersedia melalui Windows Store dan program yang sedia ada didalam Windows termasuk Microsoft Office 2013.

Sumber : Rileks Community

Windows 8

© 2013, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

Leave a Reply