Adakah Google+ Bakal Saingi Facebook.com?

 

 

 

 

 

 

Pada 28 Jun 2011,Google telah melancarkan satu lagi  projek terbarunya iaitu Google+ (Juga dikenali sebagai Google Plus atau G+).Google+ merupakan sebuah laman sosial yang mungkin bakal bersaing dengan laman sosial No.1 sekarang iaitu facebook.com. Persoalannya adakah Google+ dapat tandingi facebook.com yang mempunyai lebih 750 juta pengguna?

Buat masa ini,Google+ masih dalam fasa percubaan dan hanya segelintir pengguna sedia ada sahaja boleh menjemput rakan-rakan mereka mencuba laman sosial ini.Google+ mengintegrasikan perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti Google Profiles and Google Buzz , dan memperkenalkan perkhidmatan baru Circles, Hangouts, Sparks , dan Huddles.Google+ juga akan boleh diakses melalui komputer dan telefon bimbit yang menggunakan sistem pengendalian Android dan IOS.

Ketika Google melancarkan Google+ ini sejak dua minggu yang lalu,pengguna Google+ ini telah mencapai lebih 10 juta pengguna.Sama-sama kita lihat adakah Google+ mampu bersaing dengan facebook.com dan sudah pasti kedua-dua laman sosial ini mempunyai kelebihan dan keburukanya tersendiri.

© 2011, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

  1. Kalau ada sesiapa yang ingin akaun Google+ sila bagitau PakNik. Tinggalkan komen anda pada laman PakNik.

Leave a Reply