Antivirus Avast untuk Ubuntu Linux

avast006

Jika anda bertanya kepada pengguna linux,tentu sekali mereka akan mengatakan mereka tidak akan mengalami masalah virus tidak seperti sistem operasi Windows yang popular dengan virus…Jika pendrive anda dijangkiti virus,virus dari Windows tersebut tidak akan dapat menjangkiti sistem operasi Linux atau lebih senang lagi virus tersebut tidak aktif pada sistem operasi linux…sebab inilah mengapa terdapat segelintir pengguna memilih sistem operasi Linux.

Jika anda ingin menggunakan sistem operasi linux seperti Ubuntu,dan masih kurang yakin jika komputer anda dijangkiti virus,anda boleh install perisian antivirus pada ubuntu anda seperti antivirus Avast.Selain dari alasan was-was anda,anda boleh gunakan antivirus ini untuk “scan” pendrive anda atau kawan anda yang dijangkiti virus dari Windows.

Bagaimanakah cara untuk memasang antivirus Avast ini?

Caranya cukup mudah,anda download program antivirus Avast ini.Format program Antivirus Avast ini ialah .Deb(untuk sistem linux Ubuntu)berbeza dengan program pada Antivirus Avast untuk Windows .exe (jadi anda tidak boleh install antivirus Avast Windows pada sistem linux)

Sila download antivirus Avast untuk linux ini,rujuk pautan di bawah.

http://www.avast.com/eng/download-avast-for-linux-edition.html

Kemudian,jika anda menggunakan sistem operasi Ubuntu/Linux pilih butang download pada “avast! Linux Home Edition (DEB package)”

Setelah selesai muat turun program Avast untuk Linux tersebut,Double klik kemudian install seperti biasa.(klik butang install)

kemudian setelah selesai install,anda boleh membuka program Avast yang telah diinstall pada sistem Ubuntu anda..caranya, Application > Accessories > Avast

Memohon Key untuk antivirus Avast

Untuk mengaktifkan antivirus Avast tersebut,anda memerlukan “key”…anda boleh mendapatkan key tersebut secara percuma..Isi borang tersebut dan anda akan mendapatkan “key” yang dihantar ke email anda.

http://www.avast.com/eng/home-registration.php

Register your avast! Home Edition for 1-year license

  • avast! Home Edition works for 60 days after installation in trial mode
  • After 60 days you need to register to get your free license key and stay protected
  • Your free license key is sent within 24 hours by e-mail after registration
  • If the license does not come in 24 hours please check your junk or SPAM folder
  • You need to enter the license key in the program to continue to use it after the 60-day trial period

Periksa email anda,anda akan mendapat key tersebut..Selamat mencuba… 🙂

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

Leave a Reply