Jalankan aplikasi-aplikasi Windows pada Ubuntu (Linux)

Melalui laman facebook fan page Cekap Komputer ,seorang daripada ahli fan page CK telah bertanya bolehkah kita menjalankan program atau permainan Windows pada sistem operasi Ubuntu ( Linux).Terima kasih kepada ahli CK yang lain yang turut membantu memberi jawapan bagi soalan yang diajukan.

Baiklah berkaitan dengan soalan yang diajukan,terdapat 3 aplikasi ubuntu yang popular dipasang untuk membolehkan anda menjalankan aplikasi ataupun permainan Windows pada sistem operasi Ubuntu anda.

Playonlinux

Playonlinux merupakan perisian sumber terbuka(open source) yang berjalan pada sistem operasi Linux.Dengan menggunakan perisian ini,anda boleh menjalankan permainan Windows seperti “Command and Conquer Red Alert 3”,  “Prince of Persia 2008”, “Warcraft III : Reign of chaos” dan banyak lagi tanpa sebarang masalah.Pada mulanya,playonlinux ini hanya terhad pada distro Debian sahaja,namun kini perisian ini kini boleh dipasang pada distro linux yang lain seperti Fedora,Mandriva,Opensuse dan sebagainya.

Untuk muat turun mengikut distro linux anda :

http://www.playonlinux.com/en/download.html

CrossOver Linux (berbayar)


Crossover linux juga tidak kurang hebatnya,perisian ini membolehkan anda menggunakan perisian .exe Windows pada sistem Linux anda.Anda boleh “install” perisian-perisian Windows dengan mudah.Perisian ini juga merupakan perisian yang mudah digunakan dan mesra pengguna.Crossover linux terbahagi kepada dua iaitu Crossover linux Standard dan Crossover linux Professional .Namun,perisian ini adalah berbayar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini :

http://www.codeweavers.com/products/cxlinux/

Wine

Wine merupakan perisian yang mana membenarkan anda menjalankan aplikasi-aplikasi Windows pada sistem Linux.Perisian ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti Playonlinux dan CrossOver.Perisian ini juga sesuai untuk kebanyakan distro linux seperti Ubuntu,Fedora,OpenSuse dan sebagainya.Muat turun Wine mengikut distro linux anda :

http://www.winehq.org/download/

p/s Semoga artikel ini membantu pengguna-pengguna baru Linux.Anda boleh bersama-sama kami di laman facebook fan page Cekap Komputer dan berkongsi masalah-masalah ICT anda.

http://www.facebook.com/cekapkomputer

© 2010, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply

Send this to a friend