Bisikan Konspirasi

China Kini Mula Menjual RedmiBook 14 Ryzen Edition Dengan Harga Permulaan RM 1777 Sahaja

 

Redmibook 14 Ryzen Edition telah mula di jual pada pasaran China dan akan dijual dengan harga sekitar RM 1777. Ia juga merupakan sebahagian daripada komputer riba yang berprestasi tinggi kerana ia menggunakan cip pemprosesan Ryzen 5 atau Ryzen 7 dengan berbekalkan memori 8/16 GB RAM serta storan dalaman 256/512 GB SSD.

Sebelum ini RedmiBook telah diperkenalkan 5 bulan sebelum ini dan seperti biasa bagi model Redmi dan Mi terdapat sedikit perbezaan harga yang mana bagi model Mi adalah lebih mahal berbanding model Redmi.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Realme X2 Pro Kini Rasmi

Realme telah pun mengeluarkan model terbaru mereka iaitu Realme X2 Pro yang mana ia merupakan sebuah telefon pintar yang berspesifikasi tinggi.

Model yang di keluarkan kali ini di bekalkan dengan keupayaan seperti:

  • Skrin 6.5 inci Super AMOLED
  • Cip Snapdragon 855+
  • Memori 128 GB RAM
  • Storan sehingga 256 GB

Untuk kamera,ia dilengkapi dengan empat gabungan kamera utama (64MP + 13MP + 8MP + 2MP) dan juga kamera “selfie” berkeupayaan 16-megapixel. Selain itu, model ini juga mengguakan bateri berkapasiti 4000mAh berserta pengecas pantas  50w SuperVOOC.

Realme X2 Pro bakal di jual dengan harga permulaan sekitar RM 1599 untuk pasaran China, untuk pasaran global ia belum dikenal pasti bilakah model ini akan di tawarkan.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Huawei Mate 20 Pro Kini Menerima Android 10

Kini Huawei Mate 20 Pro menerima perisian kemaskini untuk Android 10 yang telah dilancarkan oleh google pada Ogos lalu.

Walaupun pihak Amerika syarikat telah mengeluarkan larangan untuk berurus niaga bersama pihak Huawei, Huawei Mate 20 Pro masih menerima kemaskini untuk Android 10.

Oleh sebab itu, ia telah menjadikan Huawei Mate 20 Pro adalah model yang ketiga untuk menerima kemaskini Android 10 selepas  P30 Pro dan Mate 30.

 

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Adakah iOS 13 Menyokong Kesemua Peranti iPhone Anda?

Adakah iOS 13 Menyokong Kesemua Peranti iPhone Anda?

Jawapannya adalah TIDAK! Kerana pihak Apple hanya menyenaraikan beberapa model iPhone yang masih boleh menerima ‘Update’ terbarunya. Berikut adalah model-model yang disenaraikan;

  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Siapakah Yang Terbaik Diantara Yang Terbaik?

Umum mengetahui bahawa syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar terbesar di dunia masing-masing di lihat pada hemat saya untuk berlumba-lumba untuk menunjukkan bahawa siapa yang akan bertaut pada hati seseorang yang bergelar pengguna.

Apple,Samsung,Xiaomi,OnePlus dan sebagainya merupakan nama besar yang masing-masing telah mengeluarkan ‘jentera-jentera’ mereka. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak supaya tidak terlalu mengejar teknologi kerana ia dapat memberi impak yang negatif dari sudut kewangan.

Semalam pihak Apple telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu iphone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang boleh didapati mulai 27 September 2019.

Harga bagi kedua-dua model ini dijangka bermula pada harga RM 4,899 bagi model iPhone 11 Pro manakala harga bagi iPhone 11 Pro Max boleh didapati pada harga RM 5,299.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]