khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Virus Stuxnet dan DUQU : Ancaman Siber Alaf Baru Versi Hybrid

Stuxnet merupakan salah satu dari virus Windows yang paling digeruni. Ia telah ditemui pada Julai 2010 dan ia telah menarik perhatian pelbagai media di seluruh dunia. Ada yang mengatakan bahawa Stuxnet asalnya dicipta untuk menyerang loji muklear Iran. Disebabkan itu juga ia dikatakan sebagai malware yang paling bahaya pernah dihasilkan. Stuxnet menggunakan sehingga 4 kelemahan zero days yang belum ditampal (Unpatched) dalam kernel Windows dan menyediakan pelbagai cara untuk tidak dikesan, yang mana ia telah ditulis dalam C,C++, dan bukan merupakan satu kebiasaan sesuatu malware itu ditulis dalam beberapa bahasa pengaturcaraan.

Antara sebab utama mengapa Stuxnet mendapat perhatian media sedunia ialah sasaran utamanya merupakan Programmable Logic Controller (PLC), yang bertindak mengawal sistem jentera industri. Apabila ia berada dalam rangkaian, ia akan terus mencari sasaran secara automatik, menjangkitinya, lalu menghantar maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh penyerang/penggodam.

Pada 1 September 2011, sejenis virus komputer telah ditemui oleh Laboratory of Cryptography and System Security dari Budapest University of Technology and Economics. Virus itu dinamakan sebagaiDUQU bersempena sifatnya yang akan mencipta fail dengan awalan ‘~DQ‘.

Virus ini boleh dikatakan versi hybrid atau kacukan dari virus Stuxnet kerana ia mensasarkan kepada sistemSupervisory Control and Data Acquisition (SCADA). Berkemungkinan DUQU dicipta oleh orang sama yang menciptakan Stuxnet.

DUQU dikatakan menyerang WINDOWS melalui cara menembusi kelemahan pada zero-day.
RUJUK : Apa Itu Zero Day Attack?
Sebaik sahaja menjangkiti komputer sasaran, DUQU akan menggunakan ‘keylogger’ untuk merekodkan setiap keystroke pada keyboard, setiap program atau proses yang berjalan, maklumat akaun dan sebagainya. DUQU juga akan mencuri digital certificates dari komputer yang dijangkiti dan akan menggunakannya untuk ‘membantu’ virus lain di kemudian hari agar dapat tampil sebagai perisian yang selamat. DUQU menggunakan protokol peer-to-peer ringkas untuk bergerak dalam sistem yang selamat dan akan melupuskan dirinya selepas 36 hari, bererti ia mempunyai sasaran spesifik.

Kepada anda yang menggunakan Windows, adalah disarankan untuk sentiasa mengemaskini sistem operasi anda supaya setiap tampalan keselamatan dapat diaplikasikan. Kita cuma mampu berharap Microsoft akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian supaya kedua-dua virus ini tidak mengancam keselamatan data pada komputer lebih-lebih lagi maklumat sulit atau peribadi. Namun cukupkah dengan sekadar tampalan keselamatan apabila ancaman itu bergerak dengan selesa melalui kelemahan zero day? Beranikah anda mengemaskini sistem operasi jika yang anda gunakan itu versi cetak rompak?
Renung-renungkan, dan selamat bereksperimentasi!

 

Sumber Asal : http://www.myhackersarehere.com/2011/11/virus-stuxnet-dan-duqu-ancaman-siber.html

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Ebook Rahsia Google Plus Bakal Dilancarkan 25/11/2011!

Assalamualaikum & salam sejahtra,

Mengenai Google Plus

Google Plus secara rasminya telah dilancarkan pada awal Jun 2011. Google+ yang hebat diperkatakan ini akan menjadi  saingan yang hebat kepada Facebook. Google telah cuba untuk memperkenalkan beberapa jaringan sosial seperti Orkut, Google Buzz,Google wave tetapi ia tetap tidak mampu menyaingi Facebook.

Google Plus (Google + ) adalah jaringan sosial baru yang diperkenalkan oleh kuasa besar Internet iaitu Google. Kewujudan Google + ini bertujuan menyaingi Facebook yang sangat berjaya dalam jaringan sosial. Google+ merupakan usaha terbaru pihak google mengikis dominasi Facebook dalam jaringan sosial setelah kesemua usaha sebelum ini tidak berjaya kerana respon pengguna internet sangat rendah. Adakah Google+ ini akan berjaya ?

Bagi memudahkan pengguna yang baru dan ingin berjinak-jinak dengan laman sosial terbaru Google Plus,seorang rakan saya iaitu Slyvister Iter telah menulis sebuah ebook iaitu “Rahsia Google Plus“.Ebook ini akan mengajar anda cara untuk mengurus laman sosial Google+ anda dan juga memberikan anda tips-tips menarik mengenai Google Plus ini.

 

Berapa harga ebook ini?

Setelah berbincang dengan Slyvister Iter,kami bercadang memberikan harga yang cukup murah dan berbaloi dengan ilmu yang anda akan dapat.Setelah bertungkus-lumus menyiapkan ebook dengan 73 muka surat ini,kami bercadang untuk memberi harga istimewa kepada 100 pembeli yang terawal!

Harga yang kami tawarkan untuk 100 pembeli terawal cuma RM10 sahaja! Dan setelah kouta mencukupi kami akan menaikkan harga sebenar RM20 atau RM30!

 

Dapatkan Preview Ebook Rahsia Google Plus

Anda boleh mendapatkan preview ebook Rahsia Google Plus ini secara PERCUMA.Di dalam ebook preview ini,kami kongsikan kepada anda sedikit tips yang terdapat pada laman sosial Google Plus ini. Jika anda berminat mendapatkan preview ebook percuma ini,sila layari http://rahsiagoogleplus.com .

 

Klik butang “Like” jika anda suka dengan artikel ini.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Virus Facebook : The Rihanna UN-fan club! Oh my god,check this

 

Jika sebelum ini laman sosial seperti MySpace,Friendster dan lain-lain dijadikan tempat penyebaran virus,laman sosial yang paling popular pada masa kini iaitu Facebook.com juga turut menjadi pusat penyebaran virus.Baru-baru ini,virus facebook “The Rihanna UN-fan club! Oh my god,check this” mula merebak dengan cepat di laman sosial facebook.

Bagi kreatifkan lagi penyebaran virus ini,virus ini menggunakan akaun milik rakan-rakan facebook anda untuk menyebarkan virus ini dan disertakan sekali gambar seksa seksi penyanyi Rihanna tanpa rakan anda sedari.Kemungkinan besar,anda juga turut dijangkiti oleh virus tersebut jika anda klik link/pautan yang diberikan.

Teknik yang digunakan ini sudah pasti akan diubahsuai pada masa akan datang bagi memerangkap lebih banyak pengguna laman sosial facebook.

Kepada mereka yang tidak sengaja klik link yang diberikan,saya sarankan anda untuk membuat scan penuh komputer anda serta anda juga boleh cuba menggunakan perisian Ccleaner untuk membersihkan cookies serta sampah sarap yang ada di dalam komputer anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

http://www.piriform.com/go/ccleaner.com

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Kompozer,Perisian Penyuntingan HTML Terbaik!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernahkah anda menggunakan perisian Kompozer? Kompozer merupakan perisian penyuntingan HTML WYSIWYG yang cukup popular digunakan oleh pembangun web.Kompozer pertama sekali dikeluarkan pada sekitar tahun 2006.

Perisian Kompozer ini bukan sahaja boleh dipasang pada sistem operasi Linux tetapi juga boleh dipasang pada sistem operasi Windows dan juga Mac OS X.Kompozer juga merupakan perisian Sumber Terbuka dan anda boleh menggunakan perisian tersebut tanpa perlu membelinya.Perisian ini juga merupakan perisian alternatif yang terbaik menggantikan perisian berbayar serupa yang popular iaitu Adobe Dreamweaver.Selain itu,perisian Kompozer ini juga adalah lebih ringan daripada perisian Adobe Dreamweaver.

Berikut merupakan tarikh pengeluaran/kemaskini perisian ini :

Versi 0.71, dikeluarkan pada 8 Julai, 2006.
Versi 0.75, dikeluarkan pada 14 Julai, 2006.
Versi 0.77, dikeluarkan pada 23 Julai, 2006.
Versi 0.79, dikeluarkan pada 14 Julai, 2007.
Versi 0.7.10 Akhir, dikeluarkan pada 8 Ogos, 2007.

Versi stabil terkini perisian ini ialah 0.7.10 yang direalisasikan pada 30 ogos 2007.

Jika anda berminat,anda boleh muat turun perisian kompozer ini secara percuma di : http://kompozer.net/download.php

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat Turun Hiren’s BootCD 14.1!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda seorang juruteknik komputer,tentu sekali anda biasa menggunakan Hiren’s BootCD ini.Ini kerana,Hiren’s BootCD menghimpunkan perisian-perisian yang terbaik untuk tugasan juruteknik komputer.

Bagi saya,Hiren’s BootCD ini merupakan tools yang paling lengkap.Antara fungsi yang terdapat pada Hiren’s BootCD ini ialah membuat clone dari hard disk ke hard disk,membuat recovery,scan virus melalui boot,live cd dan banyak lagi.

Perisian yang telah dikemaskini di dalam Hiren’s BootCD 14.1 ini :

3DP Chip 11.05, 3DP Chip 11.08, AlternateStreamView 1.31, Astra 5.50, Avira AntiVir Personal (22-08-2011), BellaVista 1.1.0.63, BlueScreenView 1.35, BootICE 0.9.2011.0512, BulletsPassView 1.10, Calcute 11.5.27, CCleaner 3.09.1493, CloneSpy 2.61, ComboFix (22-08-2011), Complete Internet Repair 1.2.8.1280, CPU-Z 1.58, CurrPorts 1.92, Defraggler 2.06.328, Don’t Sleep 2.34, Dr.Web CureIt! Antivirus (22-08-2011), FileTypesMan 1.61, GPU-Z 0.5.4, grub4dos 2011-08-09, HashMyFiles 1.71, Image For Windows 2.65a, InstalledCodec 1.25, IrfanView 4.30, LicenseCrawler 1.6.0.182, Macrium Reflect 4.2.3775, Mail PassView 1.77, Malwarebytes Anti-Malware 1.51.1 (22-08-2011), MiniXp – Added/updated Storage drivers, PDF Print support and other minor improvements, Mount Drives 1.1, MyUninstaller 1.74, Notepad++ 5.9.3, OpenedFilesView 1.52, Parted Magic 6.6, Partition Wizard Home Edition 6.0, PCI 32 Sniffer 1.4 (29-07-2011), PCI and AGP info Tool (29-07-2011), Photorec 6.13b, PLoP Boot Manager 5.0.13, Process Explorer 15.03, Process Monitor 2.96, ProduKey 1.53, RegFromApp 1.22, Remove Fake Antivirus 1.79, Revo Uninstaller 1.93, RKill (22-08-2011), SearchMyFiles 1.76, ServiWin 1.48, ShadowExplorer 0.8, ShellExView 1.66, SIW 2011.07.07, SmartSniff 1.80, Speccy 1.11.256, Spybot – Search & Destroy 1.6.2 (22-08-2011), SuperAntispyware 4.53.1000 (22-08-2011), SuperAntispyware 5.0.1118, System Explorer 3.0.6, TCPView 3.05, TDSSKiller 2.5.15, Testdisk 6.13b, TFtpd32 4.0, TightVNC 2.0.4, UnknownDevices 1.4.20 (29-07-2011), Unlocker 1.9.1 now added x64 driver, USBDeview 1.92, WebBrowserPassView 1.12, WinSCP 4.3.3, WinSCP 4.3.4, WirelessKeyView 1.35

Perisian yang ditambah :

  • CrystalDiskInfo 4.0.1: HDD health monitoring utility, displays basic HDD information, monitors S.M.A.R.T. values and disk temperature (Windows Freeware).
  • Device Doctor 1.0: Scans the hardware and checks to see if there are new driver updates available, also checks for the unidentified devices (Windows Freeware).
  • Ext2fsd 0.51: Linux ext2/ext3 file system driver which supports read and write support in Minixp (Windows Freeware).
  • Image For Dos 2.65a: Quickly, easily, and reliably create a complete image backup of all the data located on your hard drive, backups made to CD/DVD/BD are bootable (Dos Shareware).
  • NT 6.x fast installer: Install Windows Vista/7 directly to hard drive/usb extenal drive (Windows Freeware).
  • SoftPerfect Network Scanner 5.2.1: Multi-threaded IP, NetBIOS and SNMP scanner with a modern interface and many advanced features (Windows Freeware).
  • WirelessNetView 1.37: Wireless Net View monitors the activity of wireless networks around you (Windows Freeware).

Anda boleh muat turun Hiren’s BootCD 14.1 ini secara percuma :

http://www.hirensbootcd.org/download/

Filename: Hirens.BootCD.14.1.zip
Filesize: 523.11 MB (548519835 bytes)
ISO MD5: C209967F344EA84AB86F4612BA65DF6E
ZIP MD5: 78C0418FF3C4ADA8FD225BAB00456AC7

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Cara membina laman web joomla mudah dan pantas

 

 

 

 

 

 

Pernahkah anda teringin untuk memiliki laman web anda sendiri?tidak kira laman web peribadi anda ataupun laman web untuk syarikat anda.

Mungkin anda berpendapat,cara untuk membina sebuah laman web adalah  sukar dan memakan masa untuk dibangunkan.Namun bagaimana jika saya menyatakan anda mampu membina sebuah laman web kurang dari 10 5 minit?

Ya anda akan mampu membina laman web kurang dari 5 minit dengan bantuan perisian membina laman web iaituJoomla.

Jika anda kurang pasti apa itu Joomla dan bagaimana cara untuk memasang perisian Joomla,anda boleh buat turun ebook preview dan video ringkas Pakar Joomla yang saya berikan PERCUMA khas untuk anda.

(Klik pada gambar di bawah)

atau layari :

http://pakarjoomla.com/

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Tingkatkan Keselamatan Joomla : Dapatkan Update Terkini Joomla!

Tidak kira apa CMS (content management system) yang anda gunakan samada Joomla,Wordpress,Drupal atau lain-lain,anda tidak harus terlepas pandangan berkaitan dengan sekuriti laman web tersebut.Apabila anda membangunkan sebuah laman web dan menerbitkannya ke internet,laman web anda sebenarnya berpotensi untuk digodam.Tentu anda pernah dengan banyak kes laman-laman web digodam.

Read more

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Steve Jobs (CEO Apple) Letak Jawatan!

 

 

 

 

 

 

 

Pada 24 Ogos 2011,Steve Jobs akhirnya telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai CEO Apple melalui surat yang ditulisnya.

Siapakah Steve Jobs? Bagi mereka yang tidak mengenali Steve Jobs,Steven Paul ataupun Steve Jobs (dilahirkan 24 Februari, 1955) merupakan hartawan perniagaan Amerika dan pencipta. Dia juga merupakan pengasas bersama,pengerusi lembaga ,dan bekas ketua pegawai eksekutif Apple Inc.Steve Jobs dan Steve Wozniak merupakan orang yang bertanggungjawab mengasas dan memajukan Apple inc.Anda boleh rujuk sejarah mengenai beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Steve_Jobs .

Namun dikatakan,Steve Jobs masih akan bekerja untuk Apple tetapi tidak lagi sebagai pemimpin (CEO Apple).Steve Jobs juga mencadangkan Tim Cook untuk menjadi penganti beliau.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat turun 3 ebook PERCUMA 2011!!

Baiklah khas untuk pembaca-pembaca blog cekap komputer.Kali ini saya akan memberikan kepada anda 3 ebook dalam bahasa melayu PERCUMA untuk anda.

 

 

 

 

 

 

 
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk muat turun ebook “Koleksi-koleksi artikel terbaik Cekap Komputer 2008 – 2011” dan ebook “Panduan membuat dual boot Windows dan Ubuntu Linux“,anda boleh download melalui pautan baru yang saya sediakan ini,dan bonus kepada anda,anda juga akan mendapat sebuah lagi ebook beserta lesen MRR iaitu ebook “Rahsia Minda Wang“.

 

Rahsia Minda Wang (Disertakan dengan lesen MRR).

Isi Kandungan Ebook Ini:

Bahagian #1 : Wang dan anda.

Apa yang anda perlu faham tentang wang.
Makna Wang?
Beringat sebelum terkena.
Masa dan wang.

Bahagian #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?

2 cara biasa untuk kaya.
3 cara untuk cari wang.

Bahagian #3 : Syarat utama untuk melabur.

Makna perlaburan kepada anda?
Perlaburan untuk diri sendiri.
Kepentingan pendidikan kewangan.

Bahagian #4 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan?
Strategi Bertahan.
Strategi Menyerang.

 

Untuk muat turun ebook-ebook tersebut,layari :

http://khairilizwan.com/ebookck2011/


[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perisian Sistem Auto Minisite Telah Dilancarkan!

Akhirnya sebuah perisian yang telah lama dinantikan untuk mereka yang menjalankan perniagaan internet telah dilancarkan oleh Bearnerd Bondly,seorang usahawan online Malaysia.Minisite antara faktor yang memainkan peranan bagi seseorang usahawan online.Walaupun anda memiliki produk yang mantap dan berguna,tanpa minisite yang menarik ada kemungkinan menyebabkan penjualan produk anda kurang mendapat sambutan.

Artikel menarik yang kita boleh dapat dari laman jualan Sistem Auto Minisite ini,

Mari hadapi kenyataan… ! Dengan keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini, semakin ramai yang ghairah untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet. Pakar-pakar perniagaan internet mengatakan bahawa menjual produk di internet sungguh mudah, malah mereka katakan anda boleh tidur seharian tanpa perlu bekerja kerana website anda akan bekerja untuk anda. Tapi sebenarnya pakar-pakar perniagaan internet sembunyikan sesuatu daripada anda iaitu… Proses Teknikal Membina Minisite!

Itulah hakikat perjalanan setiap usahawan internet. Mereka harus melalui satu kitaran yang WAJIB dibuat sebelum berjaya memasarkan produk mereka di internet iaitu BELAJAR BINA MINISITE dari SIFAR. Proses pembelajaran yang menjenuhkan inilah yang menjadi PENGHALANG besar kepada ramai newbie perniagaan internet.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini,Layari http://bit.ly/pxzDSg

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Download Preview “Panduan Lengkap Pakar Joomla” PERCUMA!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca Cekap Komputer yang beragama Islam.Khusus kepada mereka yang berminat,dapatkan preview percuma ebook “Panduan Lengkap Pakar Joomla” yang akan dilancarkan pada 19/9/2011 ini.

Ebook ini ditulis oleh admin Cekap Komputer sendiri iaitu Khairilizwan,ebook ini akan mengajar anda cara untuk membina laman web menggunakan perisian Joomla.Tutorial bergambar yang ditunjukkan langkah demi langkah ini,sesuai untuk semua peringkat termasuk mereka yang langsung tidak mempunyai asas dalam membina laman web menggunakan perisian Joomla ini.

Download preview PERCUMA “Panduan Lengkap Pakar Joomla” dan ikuti info-info semasa mengenai ebook ini melalui email anda.

Untuk mendapatkan Preview Panduan Lengkap Pakar Joomla,Layari :

http://pakarjoomla.com

 

 

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Awas! Tips Mengelak Tertipu Dengan Laman Web Phishing

Phishing

Baiklah pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk mengelak daripada terkena perangkap laman web phising.Ini kerana sejak kebelakangan ini,terlalu banyak email seperti ini dikirim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa Itu Phising? 

Phishing ialah satu cara cuba untuk memperolehi maklumat sensitifseperti nama pengguna, kata laluan dan butir-butir kad kredit dengan menyamar sebagai satu entiti boleh dipercayai dalam satu komunikasi elektronik.

Dalam tips kali ini,saya menggunakan contoh laman web phising CIMB yang dikirim ke email saya baru-baru ini.

 

Kebiasaannya,email yang anda dapat kelihatan seperti ini :

CIMB Clicks    – ALERT : URGENT MESSAGE (INFORMATION)

phishing

 

 

 

 

 

 

Apabila anda klik pada email tersebut,anda akan nampak mesej seperti berikut.Mesej tersebut akan mengatakan akaun bank anda mempunyai masalah dan anda perlu log masuk ke url web bank yang diberikan untuk login.

Langkah 1 : arahkan cursor anda ke pautan link web bank yang diberikan.

Langkah 2 : Jika anda lihat dalam gambar di bawah,link yang dipaparkan ialah http://www.cimbclicks.com.my.Namun sebenarnya,jika anda klik link tersebut,ia akan masuk ke url cimbuss2011.addr.com/cimb2.htm .Anda boleh lihat pautan tersebut di tepi sebelah kiri pelayar web anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda klik pautan tersebut,anda boleh lihat laman web palsu serupa dengan laman web sebenar CIMB Clicks.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s Saya harap pembaca cekap komputer tidak tertipu dengan kaedah yang digunakan seperti ini.Kaedah ini bukan sahaja digunakan untuk menipu pengguna CIMB malah kaedah ini digunakan untuk menipu pengguna facebook,friendster dan sebagainya.

Phishing

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]