khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Bermain game “Snake” di Youtube.com

Pasti anda pernah mengalami keadaan ini iaitu ketika anda ingin menonton video di laman video paling popular iaitu Youtube.com,anda perlu menunggu beberapa ketika sebelum memainkan sesuatu video tersebut supaya ianya tidak tersekat-sekat.

Adakah anda tahu sambil menunggu video anda tersebut selesai diproses,anda boleh bermain satu permainan di youtube.com?Permainan tersebut yang juga salah satu permainan yang ringkas dan sangat popular ialah game “snake”.Kalau x pernah main game ni cuba tanya rakan2 yang lain…Hehehe..

Cuba lihat gambar di atas,sambil menunggu video persembahan Jozan Maharajalawak Minggu 4 diproses,sempat juga saya hilangkan boring menunggu dengan bermain permainan “Snake” ini kan…hehe..

Bagaimanakah caranya?


Trik ini adalah cukup mudah sekali….pertama sekali,tarik butang player youtube anda ke tepi atau pada minit 00:00 .

Kemudian tekan butang kiri dan ke atas anak panah pada papan kekunci anda.Rujuk gambar di bawah..

Dan mula untuk bermain! Mudah kan 🙂

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Kode Status Yahoo Messenger Pada Web/Blog Anda!

Salam Cekap Komputer kepada semua pengunjung & pembaca blog CK ini.Pada post kali ini,saya akan berikan sedikit info komputer bagaimana cara untuk kita letakkan status YM(Yahoo Messenger) kita di blog ataupun di web kita.Kemungkinan kebanyakan daripada pembaca sekalian telah mengetahui cara ini,namun bagi mereka tidak mengetahui cara untuk meletakkan status YM pada web/blog anda,saya akan tunjukkan caranya…

Pertama sekali,copy & paste kode di bawah ini ke laman web/blog anda :

<a href=”ymsgr:sendIM?IDYahoo“><img border=0 src=”http://opi.yahoo.com/online?u=IDYahoo&amp;m=g&amp;t=1” /></a>

Kemudian,Gantikan IDYahoo dengan ID Yahoo Messenger anda,contoh :

<a href=”ymsgr:sendIM?E_peace6679“>

 

Selepas itu,gantikan t=1 mengikut pilihan ikon yahoo messenger yang anda inginkan.

t=1

 

t=2

 

t=3

 

t=4

 

t=5

 

t=6

 

t=7

 

t=8

 

t=9

 

t=10

 

t=11

 

t=12

 

t=13

 

t=14

 

t=15

 

t=16

 

p/s Selamat Mencuba!

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Driver USB to LAN KY-RS9600 untuk Windows XP/7

USB to LAN KY-RS9600

“USB to LAN KY-RS9600” merupakan satu perkakasan kecil & ringkas.Jika komputer anda tidak mempunyai sambungan RJ45,anda boleh menggunakan perkakasan ini untuk membolehkan komputer disambungkan ke internet.Anda boleh mencari USB to LAN KY-RS9600 ini di kedai komputer yang berdekatan.

Jika anda mempunyai masalah dengan driver USB to LAN KY-RS9600 ini,anda boleh muat turun driver USB to LAN KY-RS9600 untuk Windows XP & 7 :

Windows 7 (32bit) , http://www.mediafire.com/?zmj3mlnjzzj

Windows XP (32bit), http://www.mediafire.com/?zqmnm1yvtwd

http://www.alibaba.com/product-gs/402056714/USB_to_LAN_Card_Ethernet_10.html

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

eXtra Buttons – Membantu Mengurus Tetingkap(Windows) Anda

eXtra Buttons adalah perisian tambahan percuma yang memudahkan anda mengurus tetingkap(Windows) anda.Perisian eXtra Buttons ini menambah 9 butang baru pada tetingkap(Windows) anda.Anda boleh muat turun perisian ini secara percuma di http://www.xtrabuttons.com/

  • Always on top — places window on the top of the other windows, so that be always visible whether or not it has the focus.
  • Send to back — places window under others, so it will not bother you.
  • Copy window — starts a copy of the application in the new window.
  • Roll-up/Unroll — minimizes window to its caption, so you can see only caption line with the title of the window.
  • Minimize to Box — minimizes window and places its icon on the Desktop in adjusted arrangement.
  • Transparency — makes the window transparent according to adjusted level. You may adjust any default transparency level.
  • Percentage transparency — makes the window transparent according to percents from pop-up Transparency Menu.
  • Minimize to Tray — minimizes window and places its icon to System Tray.
  • Minimize to Tray Menu — minimizes window and places its icon to System Tray Menu
[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perbezaan RAM PC dan Laptop [Secara Ringkas]

Soalan ini diajukan oleh salah seorang ahli komuniti Facebook Cekap Komputer di http://www.facebook.com/cekapkomputer .


Apakah perbezaan RAM(Random Access Memory) PC dan Laptop?

Untuk mengetahui perbezaan RAM PC dan Laptop adalah mudah sahaja.Anda boleh mengenalpasti kedua-dua RAM ini dengan hanya melihat bentuk fizikal RAM PC dan juga Laptop.

RAM Komputer Peribadi (PC)

RAM Laptop @ Notebook

Pada artikel kali ini saya hanya menerangkan secara ringkas dalam bentuk fizikal mengenai perbezaan RAM PC dan juga Laptop,ini bertujuaan bagi memudahkan pemahaman pengguna komputer baru mengenali perbezaan RAM PC dan juga Laptop.Saya akan menyediakan artikel lengkap mengenai RAM serta perbezaan RAM tersebut dengan lebih terperinci pada post yang akan datang.Nantikan….

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

[Cekap Komputer] Selamat Tinggal Tahun 2010,Selamat Datang Tahun 2011

Sedar ataupun tidak,akhirnya kita telah sampai ke penghujung tahun 2010.Bagi saya tahun 2010 ini berlalu begitu cepat sekali.Saya pasti para pembaca blog Cekap Komputer ini menyedari pada tahun 2010 ini,blog cekap komputer ini bergerak agak perlahan sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini.Ini kerana pada tahun 2010 ini merupakan tahun yang sangat penting bagi saya(penulis blog ini) untuk mengurus beberapa perkara yang sangat penting.Pada tahun 2011,saya akan pastikan blog ini kembali aktif seperti sebelum ini dan akan dilengkapi dengan beberapa fungsi untuk keselesaan para pembaca CK.

Sedikit info mengenai Cekap Komputer :

  • Pengasas blog Cekap Komputer ini ialah Khairil Izwan @ Epeacetux yang berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.
  • Diasaskan pada Mac 2008.
  • Alamat asal blog ini ialah cekapkomputer.blogspot.com kemudian pada 31/8/2009 blog ini berpindah ke alamat blog.cekapkomputer.com.
  • blog ini menggunakan tagline “Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda”.
  • blog ini memberikan anda artikel dan tutorial2 berkaitan ilmu komputer dan asli dari penulis CK sendiri.

Dari semasa ke semasa,jumlah pembaca dan ahli facebook Cekap Komputer telah meningkat.Ketika artikel ini ditulis,ahli FB Cekap Komputer telah mencecah hampir 4 ribu lebih dan diharapkan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

Selain itu blog Cekap Komputer akan membuat beberapa perubahan termasuk logo terbaru Cekap Komputer yang akan digunakan mulai tahun 2011.Saya harapkan anda akan sentiasa menyokong CK dan saling berkongsi ilmu komputer yang tiada batas ini kepada rakan-rakan kita yang lain.

Ahli Komuniti Facebook CK : http://www.facebook.com/cekapkomputer

Akhir sekali saya ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua pembaca setia CK.

Salam Cekap Komputer,

Khairilizwan @ Epeacetux

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat Turun Photo Album Facebook Menggunakan FacePAD

Pernahkah anda melawati photo album rakan-rakan anda dan ingin download kesemua gambar yang terdapat pada sesebuah album di facebook? Jika Ya,FacePAD boleh membantu anda.

Apa itu FacePAD?

FacePAD ialah salah satu Firefox extension yang membolehkan anda muat turun kesemua gambar pada sesebuah Photo Album di facebook.Dengan adanya extension FacePAD untuk pelayar web Firefox ini,anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk muat turun satu per satu gambar pada sesebuah album di facebook.

Untuk menggunakan FacePAD,anda perlu menggunakan pelayar web Firefox.Sila muat turun di http://filehippo.com/download_firefox/ .

Jika anda berminat untuk mencuba extension ini,sila ke pautan berikut dan install extension berikut pada pelayar web firefox anda. https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/8442/

Caranya cukup mudah untuk menggunakan extension ini.Setelah selesai memasang extension FacePAD pada pelayar web firefox anda,anda hanya perlu right klik mouse anda pada mana2 photo album dan klik pada “Download Album with FacePAD“.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat turun driver Fujitsu lifebook FMV7130MG4 untuk Windows XP

Rasanya dah lama saya tidak update artikel berkaitan dengan driver-driver laptop kan.Baiklah pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda driver untuk laptop Fujitsu lifebook FMV7130MG4 untuk Windows XP.Mungkin pengguna bagi laptop ini jarang sekali,namun bagi mereka yang menggunakan laptop ini dan masih menggunakan Windows XP anda boleh muat turun driver laptop ini di blog ini,saya akan menyediakan pautan untuk anda muat turun driver tersebut.

Intel(R) 852/855GM Windows(R) XP/Windows(R) 2000 Display Driver

Intel(R) 852/855GM Windows(R) XP/Windows(R) 2000 Display Driver

Intel(R) 855GM Graphics Controller Windows(R) XP/Windows(R) 2000 Display Driver

SigmaTel C-Major Audio for ICH4 Windows XP/2000 Audio Driver

Realtek RTL8139/810X Fast Ethernet Windows(R) XP LAN Driver

Intel(R) PRO/Wireless LAN 2100 3B Mini PCI Adapter Windows XP/2000 LAN Driver

Realtek RTL8139/810X Fast Ethernet Windows(R) XP LAN Driver

Agere Systems AC’97 Modem Windows XP

Lucent Technologies Soft Modem AMR V 3.1.106 Windows XP

????PC?????ODD?F/W?(RAM????

FM Advisor V3.50 L10A ????????

FMV-7130MG4 ? BIOS??????

MO Supplement

p/s : Kalau korang nampak perkataan jepun tu korang jangan tanya saya…sebab saya pun tak tahu…download jer hihhi…

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Download percuma ebook “Panduan Membuat Dual Boot Windows dan Ubuntu”

Salam Cekap Komputer,

Kini anda boleh mendapatkan ebook “Panduan Membuat Dual Boot Windows dan Ubuntu” secara percuma! .Saya pasti ada diantara anda di luar sana yang kurang memahami cara untuk membuat dual boot untuk sistem operasi yang popular seperti Windows dan Ubuntu Linux. Dengan adanya ebook ini,saya berharap anda dapat mempelajari sedikit ilmu pengetahuan berguna mengenai cara membuat dual boot ini.

Selain itu,antara tujuan utama Cekap Komputer ialah ingin mendekatkan anda kepada Open Source (Sumber Terbuka).Saya berharap ebook ini memberi anda langkah baru untuk mempelajari Ubuntu Linux.Saya pasti ada diantara anda yang berminat mempelajari Linux tetapi dalam masa yang sama masih memerlukan sistem operasi Windows untuk melakukan kerja seharian.Jadi disinilah jalan penyelesaiannya!

Untuk maklumat lanjut,

https://cekapkomputer.com/dual

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Membuat MultiBoot USB Boot Multiple ISO Files dari Pendrive

Satu perisian yang dibangunkan oleh Pendrivelinux.com iaitu MultiBoot USB Boot Multiple ISO Files dari Pendrive merupakan salah satu perisian yang amat berguna sekali yang boleh anda manfaatkan.Dengan sebuah pendrive minimum berkapasiti 8 – 16GB,anda boleh menyimpan lebih 30 operasi sistem/program berformatkan .iso yang anda boleh boot pada sistem operasi anda dan sudah semestinya sistem operasi berkaitan Linux.Antara sistem operasi/program anda boleh masukkan ke pendrive serbaguna tersebut ialah :

Cara menggunakan perisian ini adalah cukup mudah,selepas muat turun dan install perisian khas tersebut ke dalam pendrive,anda hanya perlu boot melalui USB(setting melalui bios komputer anda).

  1. Run MultiBootISOs-v1.4.8.exe following the onscreen instructions
  2. Download some ISO Files (listed above) and place them on your USB Drive
  3. Restart your PC setting it to boot from the USB device
  4. Select the ISO you want to Boot from the Menu and enjoy!

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini,sila layari

http://www.pendrivelinux.com/boot-multiple-iso-from-usb-multiboot-usb/

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Bantu kami besarkan komuniti Cekap Komputer di facebook!

Ketika artikel ini ditulis,ahli komuniti Cekap Komputer di facebook ( http://www.facebook.com/cekapkomputer ) telah mencecah sehingga kepada 2,688 orang.Ini merupakan satu perkembangan yang baik sejak fan page Cekap Komputer ini diwujudkan beberapa bulan yang lalu.

Saya sebagai admin & penulis Cekap Komputer ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyokong komuniti Cekap Komputer ini.Apa yang saya dapat lihat di halaman fan page Cekap Komputer ini,banyak diantara anda mengemukakan permasalahan berkaitan ICT dan kebiasaannya permasalahan ini akan dibantu oleh rakan-rakan komuniti Cekap Komputer yang lain.Secara tidak langsung,kita sebenarnya telah membentuk sebuah komuniti.Oleh itu,saya ingin meminta bantuan dari rakan-rakan Cekap Komputer yang lain untuk membesarkan komuniti ini supaya lebih banyak permasalahan ICT yang kita boleh kongsi serta pandangan-pandagan dari rakan-rakan CK yang lain.

Bagaimanakan caranya untuk membantu membesarkan komuniti Cekap Komputer di Facebook?

Caranya adalah cukup mudah sekali,saya akan menunjukkan cara tersebut satu persatu untuk memudahkan pemahaman anda.

Pertama sekali,masuk ke halaman fan page Cekap Komputer di facebook. http://www.facebook.com/cekapkomputer

Kemudian,disebelah kiri halaman tersebut anda dapat melihat satu ruangan iaitu “Suggest to Friends“.Klik ruangan tersebut.

Satu ruangan kotak “Suggest Cekap Komputer to friends” akan dipaparkan.Abaikan ruangan ini dan klik pada “Address Bar” pelayar web anda.Rujuk gambarajah di bawah.

Gambar di atas : Abaikan ruangan kotak ini,dan klik pada ruangan “Address Bar” seperti gambarajah di bawah.(Anda tidak perlu menutup ruangan kotak tersebut)

Kemudian,padam pautan yang ada pada address bar pelayar web anda.Kemudian gantikan dengan kode di bawah ini dan ENTER.

javascript:elms=document.getElementById('friends').getElementsByTagName('li');for(var%20fid%20in%20elms){if(typeof%20elms[fid]%20===%20'object'){fs.click(elms[fid]);}}

Selepas itu,anda perlu menunggu seketika untuk membolehkan semua rakan-rakan facebook anda dapat dijemput ke halaman Cekap Komputer.Proses ini bergantung pada bilangan rakan facebook anda.

Jika ruangan kotak tersebut kelihatan seperti gambarajah di atas,Klik butang “Send Invitations“.

Mudah kan?! Ribuan diucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu membesarkan komuniti Cekap Komputer di Facebook.Komuniti Cekap Komputer,Komuniti untuk semua

Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perisian altenatif terbaik jika Command Prompt disekat

Pernahkan anda mengalami masalah seperti ini?anda tidak dapat membuka Command Prompt (cmd) komputer anda? Command Prompt merupakan salah satu kompenen penting dalam sistem operasi Windows,Command Prompt ini mempunyai banyak kemudahan termasuk membaiki sistem operasi anda,mengenalpasti virus yang ada pada komputer anda dan sebagainya.

Kebiasaannya,virus komputer akan menyekat anda untuk menggunakan fungsi ini…Ini kerana dengan menggunakan Command Prompt + sedikit kemahiran ICT anda dapat mematikan proses sekaligus membuang virus-virus yang telah menjangkiti sistem operasi anda.

Bagaimanakah caranya untuk memasuki Command Prompt ini?

Windows XP : Klik pada butang Start Windows,kemudian klik pada “RUN” dan taip CMD.

Windows 7 : Klik pada logo windows  @ butang Start ,kemudian pada ruangan kosong ” Search programs and files” taip CMD.

Jika anda tidak dapat memasuki perisian tersedia Command Prompt yang ada pada sistem operasi anda,kemungkinan besar ianya adalah disebabkan virus.Anda tidak perlu risau kerana anda boleh menggunakan perisian altenatif yang berfungsi sama seperti Command Prompt ini.

Untuk muat turun perisian tersebut secara PERCUMA,sila ke pautan berikut :

http://www.gammadyne.com/gs.exe

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Chat bersama rakan FB anda menggunakan Facebook™ Chat Messenger

Facebook.com bukan sahaja sebuah laman web sosial yang membolehkan anda mencari kenalan dan sebagainya,namun facebook.com juga mempunyai kemudahan ruangan yang membolehkan kita bersembang dengan rakan-rakan facebook kita yang lain.Walaupun kemudahan ini disediakan tanpa anda perlu menginstall sebarang perisian,namun anda perlu membuka laman web facebook.com menggunakan pelayar web untuk membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda yang lain.

Pada artikel kali ini,saya akan memberi sedikit info kepada anda salah satu perisian yang membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda tanpa anda perlu membuka pelayar web.Sebenarnya banyak perisian seperti ini boleh anda cari di internet,dan salah satu daripada perisian tersebut ialah  Chit Chat for Facebook.Chit Chat for Facebook merupakan perisian percuma yang anda boleh muat turun di laman web utamanya iaitu http://www.chitchat.org.uk/english/home .Perisian ini sangat mudah diinstall dan ringan.

Info dari laman utama Chit Chat for Facebook.

  • Fun and Free – Convenient and fun way to chat with your Facebook contacts without the hassle of surfing Facebook
  • Free Your Web-Browser – No need to keep your web browser logged into Facebook
  • Easy To Use – Download, install and then login with your Facebook username and password – easy!
  • Popular? – Swift and fast tabbed chat Interface making it easy to talk to many friends at once
  • Instant Message Notification – Lets you know when you receive an instant message.

Untuk Muat turun,

http://www.chitchat.org.uk/english/home/

p/s kepada encik penyu budak nakal,sori jadikan nama ko sebagai model artikel ni…hehe

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]