khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Kecoh Mesej Palsu Graphic app Facebook @ HOAX

Facebook Graphic App

facebook Graphic app

Kecoh dalam sehari dua ini apabila kebanyakan rakan kita menghantar status yang meminta kita menukar klik dan ubah beberapa tetapan dalam ‘Settings’ laman Facebook.

 

Antara mesej popular yang diletakkan dalam status rakan-rakan atau keluarga berbunyi seperti begini:

Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, ada mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.

Letakkan kursor anda ke atas gambar saya profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerak…kan kursor ke perkataan ‘Rakan-rakan’ (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada ‘Setting’ dan buang tanda pada ‘Life events’ dan ‘comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.

Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan ‘share’ ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda.

Terima kasih atas bantuan anda”

Kalau anda perasan, mesej tersebut bukan kali pertama berlaku memandangkan ia telahpun pernah berlegar di status pengguna Facebook pada penghujung tahun lepas tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Boleh dikatakan, ia hanyalah sekadar ‘hoax’ atau mesej palsu yang sama sekali tidak pernah dianjurkan atau dikeluarkan Facebook sendiri sebelum ini.

Paling jelas, perenggan pertama yang menggunakan perkataan ‘graphic app’ sebenarnya tiada langsung termaktub dalam ciri, fungsi dan pelbagai lagilah perkhidmatan Facebook.

Cuma yang ada hanyalah aplikasi baru yang diperkenalkan mereka iaitu ‘Graph Search’ tetapi ia langsung tidak akan menjejaskan settings privasi yang ada dalam akaun Facebook anda sekarang. Kadang-kadang kita terlalu paranoid sehingga tidak mendapatkan pengesahan secukupnya sebelum berkongsi di status mujur anda membaca artikel ini jadi pohon kongsi kepada rakan atau keluarga anda yang lain.

Walaupun anda melakukan perkara yang disuruh dalam mesej palsu tersebut, ia tidak mengubah apa-apa tetapan privasi cuma dan hanya menghalang anda seorang saja daripada melihat status, foto dan profil rakan anda sendiri sementara orang lain masih boleh menjenguk profil rakan anda.

Kononnya status yang meminta anda merapatkan kursor pada foto dan klik itu dan ini BUKAN merubah tetapan keselamatan dan tidak berguna sekiranya Privacy Settings anda masih lagi ‘Public’. Dari dulu hingga kini, sistem keselamatan Facebook tidak berubah dan masih mengekalkan kaedah keselamatan sama. Kalau mahukan akaun anda berada dalam mod privasi sekalipun, ia boleh dilakukan dalam Privacy Settings.

Salah faham Graph Search yang dikatakan Graphic App tidak mendatangkan sebarang isu keselamatan apabila ia hanya seakan fungsi News Feed yang baru supaya carian anda lebih tersusun. Misalnya, jika anda sedang cari foto KLCC, anda akan mendapati gambar semua rakan anda yang mengambil gambar berkaitan KLCC.

Sudah tentu, jika akaun Facebook anda berada dalam keadaan ‘Public’. Pengguna lain pun turut boleh melihatnya. Apa yang sebenarnya anda perlu lakukan ialah menukar Privacy Settings kepada ‘Friends Only’ dan tak perlu rakan anda yang klik pada gambar seperti yang diarahkan dalam mesej palsu tersebut.

Sumber : http://my.news.yahoo.com/blogs/daunpisang/kecoh-mesej-palsu-facebook-120856133.html

Facebook Graphic App

Masalah Cheatin uh? Pada Theme Junkie WordPress

Cheatin Uh?

cheatin

Pernah tak anda mengalami masalah seperti ini? Masalah “Cheatin uh?” ini berlaku kepada mereka yang cuba untuk upload sesuatu fail ataupun gambar ke dalam direktori media wordpress anda.

Dalam tutorial kali ini,saya tunjukkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini untuk theme junkie,untuk theme yang lain ataupun default theme rasanya cara ni tak sama…insyallah kalau ada permintaan saya akan cuba tunaikan tutorial utk korang ^^.

Baiklah pertama sekali,log masuk ke Cpanel webhosting anda.

1

 

Kemudian setelah log masuk,klik pada butang “File Manager” untuk masuk ke folder laman web anda.

Screen Shot 2013-07-03 at 10.43.17 PM

 

 

Selepas itu,edit  /themename/functions/js/custom_uploader.js dan tukarkan code ini :

tb_show(”, ‘media-upload.php?post_id=’+post_id+’&type=image& TB_iframe=true’);

kepada

tb_show('', 'media-upload.php?post_id=1&type=image&TB_iframe=true');

kalau masih tak dapat juga cuba tukar post_id=1 kepada post_id=0.

Selamat mencuba!

 

Cheatin Uh?

Default Password Untuk Streamyx ADSL Modem (1)

Modem

Bagi mereka yang biasa atau mencari info untuk log masuk ke modem internet anda,mungkin senarai butiran modem adsl ini boleh membantu anda.Kadang-kadang saya sendiri tercari-cari butiran ini di internet,jadi dengan adanya artikel ini akan memudahkan lagi kerja kita untuk log masuk ke modem adsl kita melalui butiran-butiran yang telah diberikan ini.

  1. ZTE modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: ADSL
      Password: expert03
    • Username: ZXDSL
      Password: ZXDSL
    • Username: admin
      Password: telekomst
  2. KASDA modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: telekomst
  3. ArtNet modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: telekomst
    • Username: admin
      Password: admin
    • Username: admin
      Password: password
  4. Triz modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: aaaaaaaa
  5. Aztech modem
    • IP Address: 10.0.0.2 OR 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: blank
    • Username: admin
      Password: password
    • Username: admin
      Password: admin
  6. Billion modem
    • IP Address: 192.168.1.254
    • Username: admin
      Password: password
  7. Huawei modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: admin
  8. Hyundai HSE-220 Modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: ADSL
      Password: ADSL
    • Username: admin
      Password: ADSL
    • Username: root
      Password: root
  9. Riger DB102
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: tmadmin
      Password: tmadmin
  10. TP-LINK MODEM / ADSL2 / ROUTER
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: admin

# Saya akan tambah lagi butiran-butiran ini pada masa akan datang.

Modem

Pengusaha laman sesawang popular ditahan

PUTRAJAYA – Seorang pengusaha sebuah laman sesawang popular muat turun dan muat naik muzik secara haram yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguatkuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.

“Laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman sesawang JWG.

“Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Tan Ngiap Foo.

Roslan berkata pasukan penguatkuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata Bahagian Penguatkuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman sesawang JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Tan berkata industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman sesawang yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini.

“Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman sesawang JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik,” katanya.

Beliau juga berkata RIM telah mengenal pasti laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman sesawang yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Beliau berkata sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman sesawang dikategori sebagai ‘jerung siber’ yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta.

“Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara. Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka,” katanya.

Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses.

“Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses,” katanya. – Bernama

2,000 Netbook 1Malaysia rosak, minta SKMM selesai masalah

Netbook 1Malaysia

netbook 1Malaysia

 

JOHOR BAHRU 31 Mei – Lebih 2,000 penerima Netbook 1Malaysia dari Parlimen Pasir Gudang kecewa selepas komputer percuma yang diterima mereka tidak boleh digunakan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, ramai antara penerima yang tidak berpuas hati itu membuat aduan kepada Pejabat Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Katanya, antara masalah yang dihadapi termasuk komputer tidak berfungsi, sistem Windows gagal beroperasi dan cakera keras rosak selain bateri tidak boleh dicas.

“Parlimen Pasir Gudang menerima sebanyak 2,110 unit Netbook 1Malaysia tahun lalu, namun sebanyak 1,055 unit terpaksa dikembalikan untuk dibaiki.

“Masalah sama berulang selepas majlis penyerahan komputer itu April lalu selepas sebanyak 960 daripada 2,246 unit Netbook 1Malaysia dilaporkan mempunyai masalah serupa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Rohazam Shah, pihaknya telah mengutarakan masalah itu kepada syarikat komputer berkenaan yang beroperasi di Kuala Lumpur namun dimaklumkan kontrak mereka sebagai pengedar berakhir April lalu.

“Syarikat itu turut memaklumkan komputer yang hendak dibaiki akan dikenakan caj. Sekarang siapa yang perlu bertanggungjawab dan saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, penerima, Keliwon Misran, 45, berkata, dia yang merancang menghadiahkan komputer itu kepada anaknya kecewa selepas mendapati gajet tersebut rosak dan tidak berfungsi.

Sehubungan itu, dia berharap masalah tersebut dapat diatasi segera supaya objektif kerajaan merapatkan jurang digital antara golongan bandar dan luar bandar menerusi pemberian Netbook 1Malaysia berkenaan dapat dicapai.

Sumber : Utusan

Netbook 1Malaysia

Symantec: Serangan siber meningkat tahun lalu

Symantec

hackingx

KUALA LUMPUR – Syarikat keselamatan Internet, Symantec Corp menyatakan dalam Laporan Ancaman Keselamatan Internet tahunannya bahawa terdapat  peningkatan 42 peratus pada 2012 dalam serangan siber disasar di seluruh dunia berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan pengintipan siber disasar ini, bertujuan untuk mencuri harta intelektual, semakin melanda sektor pembuatan, serta perniagaan kecil, yang merupakan sasaran 31 peratus daripada serangan-serangan ini.

“Perniagaan kecil merupakan sasaran menarik dan cara untuk mendekatkan diri dengan syarikat lebih besar menerusi teknik “watering hole”.

“Selain itu, pengguna masih terdedah kepada perisian tebusan dan ancaman mudah alih, terutamanya di platform Android,” kata syarikat itu.

Pengarah Kejuruteraan Sistem Symantec Malaysia Nigel Tan berkata penjenayah siber terus mencari cara-cara baru untuk mencuri maklumat daripada organisasi pelbagai saiz.

“Kecanggihan serangan ditambah dengan teknologi maklumat yang kompleks pada hari ini memerlukan organisasi di Malaysia dan seluruh dunia terus proaktif dan menggunakan langkah-langkah keselamatan ‘defence in depth’ untuk membendung serangan,” katanya.

Beliau berkata meskipun Malaysia berada di kedudukan ke-35 dalam kalangan negara di seluruh dunia bagi aktiviti ancaman Internet, organisasi harus terus mengambil inisiatif proaktif bagi menjamin dan menguruskan maklumat kritikal daripada pelbagai risiko keselamatan terutamanya serangan disasar dalam sektor pembuatan dan perniagaan kecil, perisian hasad mudah alih dan ancaman e-mel penipuan. – Bernama

Symantec

.my DOMAIN REGISTRY kini dikenali sebagai MYNIC

Mynic

MYNIC logo original_1

.my DOMAIN REGISTRY merupakan penyedia domain .my yang banyak digunakan oleh laman-laman web popular di Malaysia seperti maybank2u.com.my,cimbclicks.com.my dan banyak lagi.

Untuk makluman semua,untuk memenuhi keperluan semasa dan pasaran. .my DOMAIN REGISTRY kini dikenali sebagai MYNIC.pihak MYNIC juga turut memperkenalkan logo baru mereka.MYNIC berazam untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka serta memberi kepuasan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Sebarang pertanyaan boleh berhubungi terus kepada mereka di [email protected] atau hubungi 03-8991 7272.

 

MYNIC Berhad (735031-H)             | Tel          : +603-8991 7272
Level 3, Block C                                | Fax          : +603-8991 7277
Mines Waterfront Business Park    | E-mail     : [email protected] (Registration)
No. 3, Jalan Tasik                             |                   [email protected] (Billing)
The Mines Resort City                      | URL        : http://www.mynic.my
43300 Seri Kembangan                   | Work. Hr : 0830-1730MYT(Mon – Fri)
Selangor Darul Ehsan                     |

Mynic

Microsoft akan tamatkan Windows XP

Windows Xp

windows xp

KUALA LUMPUR – Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

“Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre, http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. – Bernama

Windows Xp

iPhone sudah ketinggalan, kata CEO BlackBerry

Iphone

iphone

TORONTO: iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry.

Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS).

 Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia.

Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.

Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.

Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.

Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10.
“Ia sama saja” kata Heins merujuk kepada iPhone.

Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.

Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email. – AP

Sumber : Berita Harian

Iphone

WeChat cecah 300 juta pengguna

Wechat

wechat

WeChat, peneraju aplikasi komunikasi sosial mudah alih dengan 300 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia memegang kedudukan teratas bagi carta aplikasi percuma untuk enam minggu berturut-turut sekali gus menjadi aplikasi sosial nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.

WeChat mempunyai kadar penembusan 60 peratus di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.

Timbalan Presiden Tencent International Business, PoshuYeung berkata, WeChat bukan sahaja aplikasi mesej yang membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain tetapi juga membenarkan komunikasi korporat dengan pelanggan melalui rangkaian dua hala bagi jenama dan pengguna.

Menurutnya, WeChat menyasarkan untuk membina ekosistem unik yang mana pengguna boleh berhubung dan bersosial sambil menikmati fungsi interaktif semua dalam satu yang menyediakan keperluan berlainan kepada pengguna.

Wechat

Sumber : Sinar Harian

Tutorial Cara Memasang ShoutBox Busuk Ke Blog Anda!

Shoutbox Busuk

shoutbox busuk

 

Adakah anda seorang penulis blog? Jika ya,anda “HARUS” memasang aplikasi kotak sembang ShoutBox Busuk ini di blog anda.

Sedikit info mengenai ShoutBox Busuk ini :

“Laman shout busuk ini adalah laman yang menyediakan perkhidmatan shoutbox percuma untuk rakyat Malaysia. Shout busuk dilancarkan pada 1/1/2012 dan mula diperkenalkan kepada umum pada 3/1/2012.. idea asal menghasilkan shoutbox ini adalah untuk memberikan service percuma kepada rakyat malaysia selepas shoutmix.com menamatkan perkhidmatan percuma..”

[ShoutBox Busuk]
Pihak busuk.org kini telah menyediakan perkhidmatan shoutbox yang percuma 
kepada anda semua.

[Apa itu Shoutbox?]
Mengikut definition daripada wikipedia, Shoutbox, atau juga dikenali 
sebagai saybox, tagboard, atau chatterbox adalah merupakan salah satu ciri 
yang seakan-akan seperti chat room untuk sesebuah laman web bagi
membolehkan orang ramai meninggalkan mesej tanpa perlu mendaftar apa-apa
dengan laman web tersebut.

[Bagaimana hendak menggunakan shoutbox busuk?]
Daftar akaun anda secara percuma di link yang kami sediakan, kemudian
dapatkan code widget dan letakkan di laman web anda.

[hubungi kami]
sekiranya anda menghadapi masalah ketika login atau apa sahaja berkaitan 
shoutbox ini, anda boleh menghubungi kami terus melalui facebook fanpage 
kami ataupun melalui email [email protected]

** biasanya kalau user tak boleh login dan berlaku looping, itu adalah
disebabkan browser anda tidak allow cookie.. sila update browser anda
ke version terbaru dan allow cookie (by default, memang dah allow)

# Bagi admin,ShoutBox Busuk ini mempunyai keunikannya sendiri kerana anda boleh menggunakan akaun facebook anda untuk login ke ruangan shoutbox blog anda ataupun rakan anda yg menggunakan aplikasi yang sama.

 

Cara Untuk Mendaftar ShoutBox Busuk

Pertama sekali,klik pada http://shout.busuk.org/ kemudian klik pada butang Sign Up.

1

 

 

Screen Shot 2013-04-15 at 3.33.10 PM

 

Kemudian,isikan butiran yang dikehendaki,ataupun anda boleh mendaftar menggunakan akaun facebook anda.

 

shoutbox1

 

Setelah anda berjaya mendaftar dan berjaya untuk login,pada tab Home,anda boleh tentukan saiz shoutbox yang sesuai untuk blog anda.

 

shoutbox2

 

Pada bahagian Setting,anda boleh tick dan aktifkan bahagian-bahagian yang perlu seperti sistem ban url dan lain-lain.

 

custom

 

pada tab Customize Shoutbox pula,anda boleh tetapkan dan corakkan shoutbox anda.

 

smileys

 

Anda juga boleh menambah symbol pada kotak sembang anda.

 

bad

 

Pada tab Bad Word Filter pula,anda boleh menyekat perkataan-perkataan yang kurang enak untuk umum di shoutbox anda.

 

ip

 

Selain perkataan,anda juga boleh menyekat pengunjung yang bermasalah dengan menyekat ip address mereka.

 

url

 

Anda juga boleh menyekat URL  yang anda rasa tidak sesuai.

 

webx

 

Fungsi yang menarik pada ShoutBox Busuk ini adalah fungsi Website Locking.

Apa itu website locking?

Website locking ini digunakan bagi memastikan shoutbox anda hanya boleh di access melalui senarai url yang anda benarkan sahaja. Ia akan menghalang orang lain daripada membuka shoutbox anda selain dari senarai url yang dibenarkan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom gunakan Shoutbox Busuk ini di blog-blog anda secara percuma!

Shoutbox Busuk

Facebook Mula Kehilangan Pengguna

Facebook

facebook-front_1796837b

London: Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.

Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.

Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu:

“Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”

Ramai pengguna meninggalkan Facebook dalam mencari alternatif seperti Path dan Instagram, yang dimiliki sendiri oleh Facebook setahun lalu.

Data itu mengatakan bahawa enam juta pengguna Amerika Syarikat meninggalkan tapak itu bulan lalu, ditambah 1.4 juta di United Kingdom.

Satu penurunan pengguna aktif turut dipantau di Kanada, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Jepun.

Sejak enam bulan lalu, dikatakan hampir sembilan juta pengguna di Amerika dan dua juta di UK berhenti melayari Facebook.

Sementara itu, di sesetengah bahagian, Facebook masih mengalami satu peningkatan. – Agensi

Facebook

6 sebab kenapa syarikat perlu ada mobile apps

Mobile Apps

mobile apps

Dalam perkembangan teknologi terkini mobile di seluruh dunia, mobile apps dilihat semakin penting dalam masa hadapan. Saya akan kongsikan 6 sebab mengapa pentingnya syarikat perlu mempunyai mobile apps.

1. Smartphone semakin bertambah & murah

Kita boleh lihat di sekeliling kita. Kawan-kawan, adik beradik, rakan sepejabat, semuanya menggunakan smartphone. Di kedai-kedai telepon pula, lebih daripada 50% telepon yang dijual ialah smartphone. Harga smartphone pula semakin murah dan mampu milih dari hari ke hari. Satu hari nanti, semua orang di dunia akan memiliki smartphone.

2. Smartphone semakin canggih

Teknologi pembinaan smartphone pula akan menjadi canggih dari masa ke semasa. Maka mobile apps dilihat penting kerana pelbagai app boleh direka memenuhi permintaan pengguna yang memudahkan kerja seharian.

3. Mudah untuk download mobile apps

Jika anda ada smartphone, amat mudah sekali untuk anda download mobile apps. Hanya perlu ke google play untuk android dan apps store untuk ios (Iphone/Ipad)

4. Mobile apps berikan fungsi yang tiada pada komputer

Mobile apps boleh memberikan fungsi pada pengguna yang mana komputer tidak mampu untuk berikan. Sebagai contoh, membawa kita ke lokasi tertentu. Dengan smartphone yang ada fungsi GPS, dengan mudah, kita boleh di bawa ke tempat tertentu. Komputer pula statik dan tidak boleh berfungsi sedemikian.

5. Smartphone bersifat eksklusif pada pengguna

Mobile apps bertindak sebagai aplikasi yang eksklusif pada penggunanya. Apabila kita menggunakan smartphone, sudah tentu kita akan bawa kemana sahaja  dan boleh akses pada bila-bila masa. Ianya juga digunakan oleh kita sahaja. Berbanding komputer, ia digunakan oleh umum.

6. Mudah dilihat umum

Jika difikirkan dari segi bilangan website dan bilangan mobile apps, sudah tentu bilangan mobile apps jauh lebih rendah daripada bilangan website. Oleh itu, mobile apps anda mudah dilihat dan didownload oleh pengguna.

Melihat kepada 6 sebab di atas, maka wajiblah untuk anda mempelajari teknik untuk membina mobile apps sendiri samaada untuk syarikat sendiri mahupun menawarkan perkhidmatan membina mobile apps. Melalui platform edyapps, dengan mudah anda boleh membina mobile apps tanpa perlu tahu programming.

Sumber : edyapps

Mobile Apps