Awas! Tips Mengelak Tertipu Dengan Laman Web Phishing

Phishing

Baiklah pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk mengelak daripada terkena perangkap laman web phising.Ini kerana sejak kebelakangan ini,terlalu banyak email seperti ini dikirim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa Itu Phising? 

Phishing ialah satu cara cuba untuk memperolehi maklumat sensitifseperti nama pengguna, kata laluan dan butir-butir kad kredit dengan menyamar sebagai satu entiti boleh dipercayai dalam satu komunikasi elektronik.

Dalam tips kali ini,saya menggunakan contoh laman web phising CIMB yang dikirim ke email saya baru-baru ini.

 

Kebiasaannya,email yang anda dapat kelihatan seperti ini :

CIMB Clicks    – ALERT : URGENT MESSAGE (INFORMATION)

phishing

 

 

 

 

 

 

Apabila anda klik pada email tersebut,anda akan nampak mesej seperti berikut.Mesej tersebut akan mengatakan akaun bank anda mempunyai masalah dan anda perlu log masuk ke url web bank yang diberikan untuk login.

Langkah 1 : arahkan cursor anda ke pautan link web bank yang diberikan.

Langkah 2 : Jika anda lihat dalam gambar di bawah,link yang dipaparkan ialah http://www.cimbclicks.com.my.Namun sebenarnya,jika anda klik link tersebut,ia akan masuk ke url cimbuss2011.addr.com/cimb2.htm .Anda boleh lihat pautan tersebut di tepi sebelah kiri pelayar web anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda klik pautan tersebut,anda boleh lihat laman web palsu serupa dengan laman web sebenar CIMB Clicks.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s Saya harap pembaca cekap komputer tidak tertipu dengan kaedah yang digunakan seperti ini.Kaedah ini bukan sahaja digunakan untuk menipu pengguna CIMB malah kaedah ini digunakan untuk menipu pengguna facebook,friendster dan sebagainya.

Phishing

© 2011 – 2014, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

2 Comments

  1. Org yg IT literated memang dah tahu sangat benda ni, tapi masaalahnya ramai lagi yang masih tak berapa tahu. “Apa itu phishing? Fishing ke?, aku memang suka pergi fishing. Aku memang selalu gi fishing kat satu kolam kat Kelang tu.”

    Benda macam ni kena perlu di ingatkan selalu, memang akan sentiasa ada orang yg baru kat internet. Aku rasa nak masuk dunia maya kena ada sedikit ilmu le, macam kalau guna komputer kena tahu le sikit pasal virus2 ni.

    Phishing, jangan. Fishing, okay.

  2. Saya pernah menerima e mel seperti anda ini. Tips terbaik yang saya boleh kongsi dengan semua ialah –
    1) JANGAN dibuka e mel itu. Kalau dibuka takut-takut anda semua tergoda.
    2) Buka buka e mel dari seseorang yang anda kenal sahaja.

Leave a Reply

Send this to a friend