Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan

Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.

Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.

Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.

Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].

Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.

Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.

Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1” untuk uninstall.Selesai.

© 2010 – 2014, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

9 Comments

  1. sy tlah cuba tp msih x berjaya, bila run unistaller mintak password, msuk angka “1” password incorrect, try again… betul ke cara ni?

  2. Pembaca lain da try cara ini dan ianya berkesan…cuba uninstall perisian tersebut melalui add & remove yang ada pada Control Panel…

  3. thanx..maklumat yg beguna..sy telah cuba.tp masih tak berjaya..ade kaedah lain?

  4. salam 1malaysia,
    mcmana nak hack p_word users dlm windows xp yg mana users adalah dlm ‘limited’ administrator

  5. Thanx,aku dah berjaya remove antivirus . Aku mula2 tak dapat .tertinggal uninstall_Pwd=70. Skarang dah ok

  6. kalau tak boleh cara ni masuk regedit…

    run : regedit

    hkey_machine

    sofware

    trendmicro

    pcIlin

    Misc

    Allow unistall (0) tukar kepada (1)

Leave a Reply