Bantu kami besarkan komuniti Cekap Komputer di facebook!

Ketika artikel ini ditulis,ahli komuniti Cekap Komputer di facebook ( http://www.facebook.com/cekapkomputer ) telah mencecah sehingga kepada 2,688 orang.Ini merupakan satu perkembangan yang baik sejak fan page Cekap Komputer ini diwujudkan beberapa bulan yang lalu.

Saya sebagai admin & penulis Cekap Komputer ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyokong komuniti Cekap Komputer ini.Apa yang saya dapat lihat di halaman fan page Cekap Komputer ini,banyak diantara anda mengemukakan permasalahan berkaitan ICT dan kebiasaannya permasalahan ini akan dibantu oleh rakan-rakan komuniti Cekap Komputer yang lain.Secara tidak langsung,kita sebenarnya telah membentuk sebuah komuniti.Oleh itu,saya ingin meminta bantuan dari rakan-rakan Cekap Komputer yang lain untuk membesarkan komuniti ini supaya lebih banyak permasalahan ICT yang kita boleh kongsi serta pandangan-pandagan dari rakan-rakan CK yang lain.

Bagaimanakan caranya untuk membantu membesarkan komuniti Cekap Komputer di Facebook?

Caranya adalah cukup mudah sekali,saya akan menunjukkan cara tersebut satu persatu untuk memudahkan pemahaman anda.

Pertama sekali,masuk ke halaman fan page Cekap Komputer di facebook. http://www.facebook.com/cekapkomputer

Kemudian,disebelah kiri halaman tersebut anda dapat melihat satu ruangan iaitu “Suggest to Friends“.Klik ruangan tersebut.

Satu ruangan kotak “Suggest Cekap Komputer to friends” akan dipaparkan.Abaikan ruangan ini dan klik pada “Address Bar” pelayar web anda.Rujuk gambarajah di bawah.

Gambar di atas : Abaikan ruangan kotak ini,dan klik pada ruangan “Address Bar” seperti gambarajah di bawah.(Anda tidak perlu menutup ruangan kotak tersebut)

Kemudian,padam pautan yang ada pada address bar pelayar web anda.Kemudian gantikan dengan kode di bawah ini dan ENTER.

javascript:elms=document.getElementById('friends').getElementsByTagName('li');for(var%20fid%20in%20elms){if(typeof%20elms[fid]%20===%20'object'){fs.click(elms[fid]);}}

Selepas itu,anda perlu menunggu seketika untuk membolehkan semua rakan-rakan facebook anda dapat dijemput ke halaman Cekap Komputer.Proses ini bergantung pada bilangan rakan facebook anda.

Jika ruangan kotak tersebut kelihatan seperti gambarajah di atas,Klik butang “Send Invitations“.

Mudah kan?! Ribuan diucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu membesarkan komuniti Cekap Komputer di Facebook.Komuniti Cekap Komputer,Komuniti untuk semua

Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda.

© 2010, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

  1. TQ untuk invitation.

    MMm.. Ni cuma pandangan aku saja ni. Bagi aku logo CK tak sesuai lah. Nampak macam kerusi roda (wheel chair) saja tu.

Leave a Reply

Send this to a friend