Bersih dan nyahaktifkan recent documents pada ubuntu anda.

Mungkin bagi sesetengah orang menyukai fungsi “recent document” ini,namun bagi pendapat orang lain termasuk saya sendiri..fungsi ini tidak begitu penting malah fungsi recent document ini membolehkan sesiapa yang menggunakan laptop kita mengetahui apa yang kita buat sebelum ini.Terdapat cara untuk “disable”kan fungsi recent document ini..anda tidak perlu bersihkan recent document ini setiap masa.

screen

Gambar 1 : Fungsi “Recent Documents” dinyahaktifkan.

Langkah yang anda perlukan ialah,buka Terminal ubuntu anda kemudian ikuti perintah-perintah di bawah ini.

touch ~/.gtkrc-2.0

kemudian,

sudo gedit ~/.gtkrc-2.0

Satu tetingkap akan dipaparkan,kemudian masukkan perintah ini kemudian simpan dan tutup.

gtk-recent-files-max-age=0

Selepas itu,restart sistem ubuntu anda.Recent Document akan disable selepas itu.Selamat Mencuba!

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

This Post Has One Comment

  1. ada cara clearnya g.. yang bukan disable

Leave a Reply

Close Menu