Cadangkan atau Kirim artikel-artikel untuk blog Cekap Komputer

Salam kepada semua pembaca blog Cekap Komputer,kini anda berpeluang untuk memberi cadangan mengenai artikel-artikel yang anda inginkan di blog cekap komputer pada masa akan datang.Selain itu,anda juga boleh mengirim artikel yang berkaitan dengan komputer secara “softcopy” kepada kami,jika artikel-artikel anda terpilih Nama,Asal dan Pautan blog/web anda akan dipaparkan.

Cadangan artikel untuk blog Cekap Komputer

– Sesuai untuk semua golongan samada golongan baru belajar,separuh mahir dan mahir.

– Anda boleh cadangkan mengenai perician sesuatu perisian atau perkakasan komputer.

– Artikel yang dicadangakan tidak berunsur hacking atau crack.

– Saya hanya akan memilih cadangan artikel yang benar-benar sesuai untuk blog Cekap Komputer.

– Tidak memburukkan mana-mana pihak.

– Artikel yang bukan bertujuan untuk mempromosikan produk anda secara lansung.

Kirim artikel ke blog Cekap Komputer

– Nama,asal dan pautan blog atau web anda akan dipaparkan di sudut bawah artikel tersebut.Sila kirim butiran2 tersebut.

– Blog atau web anda akan dipromosi secara tindak langsung.Pastikan blog anda tidak berunsur lucah atau memudaratkan
pembaca lain.Kegagalan anda berbuat begitu,pihak Cekap Komputer akan membuang pautan anda tanpa sebarang notis.Pemantauan pautan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

– Jumlah artikel yang akan dipilih adalah terhad.

– Artikel atau tutorial mestilah mengandungi gambar berkaitan ataupun isinya mestilah kemas dan menarik sesuai untuk blog cekap komputer.

– Hanya satu pautan untuk satu artikel.Jika anda tiada blog atau web anda boleh meletakkan email anda.

– Hanya artikel-artikel yang kami rasa sesuai akan dipilih.Keutamaan diberikan untuk mereka yang berpautan blog atau web peribadi.

– Kirimkan tutorial atau artikel anda dalam bentu softcopy.

– Artikel yang berkaitan dengan permasalahan ict dan cara penyelesaiannya termasuk gambarajah serta penerangan satu persatu diutamakan.

– Pastikan isi kandungan artikel anda tidak mengandungi link ke blog atau web untuk tujuan promosi secara tidak langsung.Pihak Cekap Komputer berhak untuk mengubah setiap isi-isi artikel anda yang dirasakan tidak sesuai.

– Artikel bukan berkaitan dengan cracking yang boleh menyusahkan pengguna lain.

Cadangan dan kiriman artikel boleh dihantar terus ke [email protected] dot com.

p/s Syarat-syarat ini akan diupdate dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis mengikut kesesuaian.

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply