Cara Membuang/Uninstall Antivirus Kaspersky Yang Mempunyai Password

Kaspersky

kaspersky

 

Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuang / uninstall antivirus Kaspersky yang mempunyai katalaluan? Lebih menyusahkan lagi jika anda sendiri tidak tahu katalaluan yang diletakkan pada antivirus tersebut.Hal ini sering terjadi terutamanya kepada Juruteknik-juruteknik Komputer yang ingin mengantikan antivirus yang lama kepada antivirus yang terkini ataupun antivirus lain ke komputer tersebut.

Usah risau kerana terdapat cara untuk anda membuang antivirus tersebut tanpa anda perlu bersusah-payah menghubungi mereka yang bertanggungjawab untuk mendapatkan katalaluan tersebut.

Caranya,anda boleh menggunakan perisian Kav Remover yang dibekalkan secara percuma.

Kaspersky uninstall tool

Dengan menggunakan perisian ini,anda boleh meng”uninstall” perisian antivirus tersebut dengan mudah dan tanpa memerlukan anda memasukkan katalaluan yang dikehendaki.

 

1. Pertama sekali,anda perlu download perisian tersebut di http://support.kaspersky.com/downloads/utils/kavremover.zip . Anda tidak perlu install perisian ini,kerana perisian ini boleh digunakan tanpa perlu proses pemasangan.

2. Kemudian,klik butang “Accept“.

 

2

3. Masukkan code yang diinginkan pada ruangan yang disediakan.

3

 

 

 

4. Pilih versi produk Kaspersky yang anda ingin buang dari komputer anda.

4

5. Setelah selesai,klik butang OK dan restart komputer anda.Selesai!
5

 

Kaspersky

© 2014, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply