Cara Membuat & Memiliki Akaun Facebook Anda Sendiri!

Cara Membuat & Memiliki Akaun Facebook Anda Sendiri!

Mempunyai akaun facebook buat masa kini tentu tidak asing lagi,tidak kira golongan muda ataupun golongan tua dan bekerja masing-masing mempunyai akaun facebook mereka tersendiri.Keunikan yang ada pada facebook membuatkan ianya istimewa berbanding laman web sosial seperti myspace,tagged,friendster dan sebagainya.Kini ramai yang diluar sana menyedari bahawa facebook bukan sahaja tempat untuk kita bersuka-suka sahaja,facebook juga berpotensi untuk perniagaan anda! Pendapat ini tentu sekali dipersetujui oleh blog-blog ahli bisnes internet yang lain.

Facebook bukan sahaja tempat untuk anda bermain permainan berkebun,restoran dan sebagainya,facebook juga sebenarnya boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan sampingan jika kita tahu menggunakannya dengan sebaiknya.Jika friendster yang hanya dianggap sesuai untuk golongan muda untuk menambah kenalan semata-mata,berbeza dengan facebook,facebook juga amat diminati oleh golongan ahli politik,pemimpin,professional dan ahli perniagaan.Salah satu perkara menarik mengenai facebook,kita dapat mencari kenalan lama yang mungkin sudah lama terputus hubungan.

Beberapa orang rakan saya tidak kira tua dan muda bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk membuka akaun facebook.Membuka akaun anda di facebook adalah sangat mudah sekali,anda hanya perlu mengisi beberapa butiran-butiran pada borang yang disediakan.Pada post kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara mudah membuka akaun anda di laman web facebook.

Pertama sekali,masuk ke laman web rasmi facebook http://www.facebook.com ,dan anda akan menjumpai borang daftar di tepi laman web tersebut.

Isikan butiran-butiran yang diminta,kemudian klik butang “Sign Up“,sila isi selengkapnya code apabila diminta.

Pada step pertama,anda diminta untuk menambah kawan yang mungkin anda kenal,anda boleh skip ruangan ini.Klik “Skip this step

Kemudian,anda diminta mencari atau menjemput rakan-rakan anda  melalui email anda.Anda juga boleh “skip” ruangan ini.Klik “Skip this step

Isi butiran-butiran yang diminta seperti sekolah lama anda dan sebagainya.

Sama seperti ruangan sebelum ini,anda diminta untuk tambah rakan-rakan anda yang kemungkinan anda kenal.Kemudian klik Save & Continue .

Anda diminta untuk muat naik gambar profil anda untuk akaun facebook anda.Anda juga boleh upload gambar anda kemudian.

Akaun anda masih belum diaktifkan,sila semak email anda dan klik pautan yang dikirimkan oleh facebook ke email anda.

Email yang anda dapat adalah seperti gambarajah di bawah,klik pautan yang dinyatakan.

Tahniah! Akaun facebook anda telah aktif! Selamat mencuba..

Ada apa dengan facebook? 🙂

© 2010 – 2015, khairilizwan. All rights reserved.

khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

This Post Has 16 Comments

  1. hai,bagus ada facebook,saya tidak ada facebook dan teman di sekeliling saya.mereka tidak kisah pasal saya.saya amat sedih.

  2. this very good.i like it make me happy.this program have to show all people.

  3. salam,saya rasa sedih pula ngan luahan nurul adila.klu tiada temn bolh emel pada saya.

    [email protected]

  4. Hy…..selamat pagi……nice infonya…..

  5. tak ada face book pun tak apa.tapi kalau ada facebook lagi bagus.Dapat ramai kawan .dapat share banyak cerita.

  6. facebook ni surat zaman moden.

  7. kalau tak da facebook susah la

  8. macam mana nak komunikasi dengan orang kalau tak da facebook ya?

  9. Barulah tak bosan dengan adanya facebook

  10. Best kn kalau facebook kita ok, huh! sedihnyer….facebook tetiba “dilumpuhkn”…rase geram pon ade !

  11. Tapi, saya sekali sekala je nak online. Boring. . . . .

  12. Saya tak ramailah juga (friends) di facebook. Mesti tumpukan perhatian juga kan UPSR. Baru dapat 5A

  13. tolong saya dong saya mau punya facebook tapi nggak bisa

  14. sye pnah bt FB skali..tpi x mnjadi..dngan adenye info ni,sye dh mule thu untk buat FB..terbaik..(Y)

Leave a Reply

Close Menu