Cabaran mudah alih

Pelayar Web

pelayar web

Peperangan berkaitan komputer peribadi bukan saja berkisar mengenai tablet, desktop, notebook atau laptop tapi pelayar Internet turut berperang antara satu sama lain.

Apa itu pelayar Internet? Ia didefinisikan sebagai paket perisian yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang dihos pelayan web.

Pelayar web popular pada PC masa kini termasuk Microsoft Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan web terutamanya dengan menggunakan Hyper-Text Transfer Protocol (HTTP) untuk mengambil laman web yang membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan muka web dari sistem terbabit.

Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan adalah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di Request for Comments (RFC) 2616.
HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.

Muka web dijumpai melalui Uniform Resource Locator (URL) yang dianggap sebagai alamat, bermula dengan http: untuk capaian HTTP.

Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya seperti ftp: untuk File Transfer Protocol (FTP), Gopher Protocol (Gopher), dan https: untuk HTTPS (SSL versi tersulit HTTP).

Format fail untuk muka web biasanya Hyper-Text Markup Language (HTML) dan dikenal pasti melalui protokol HTTP menggunakan jenis kandungan MIME.

Kebanyakan pelayar menyokong pelbagai format sebagai tambahan kepada HTML, seperti format imej JPEG, PNG dan GIF serta boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan plugin.

Gabungan spesifikasi protokol jenis kandungan HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan media aliran kepada muka web, atau membolehkan mereka dicapai melalui muka web.

Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai WorldWideWeb pada tahun 1990 dan memperkenalkan­nya kepada rakan di CERN pada Mac 1991.

Semenjak itu pemba­ngunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan dari pembangunan jaring itu sendiri.

Amat sukar untuk membayangkan dunia yang mana kita perlu membeli perisian untuk melayari ‘online’ namun itulah yang ditempuhi suatu ketika dulu.

Pada waktu zaman awal internet, tidak banyak perisian yang boleh dipilih untuk melayari internet. Dahulu, pengguna hanya boleh menggunakan Microsoft Internet Explorer, sesuatu yang tidak boleh dibayangkan pengguna sekarang.

Kemudian muncul pula Netscape Communications Corporation (Netscape) memperkenalkan Netscape Navigator (Navigator) iaitu pelayar web komersil percuma yang mudah digunakan memandangkan ia mempunyai fungsi intuitif.

Sejak diperkenalkan, Navigator dengan pantas mengambil alih 80 peratus pasaran dari pelayar berasaskan Mosaic yang lain.

Ia berlaku pada 1994 apabila pengguna hanya mempunyai pilihan meng­gunakan Navigator atau kod yang anda cipta sendiri.

Oleh itu, Navigator menjadi popular dalam tempoh singkat dan kemudiannya dibeli oleh America Online (AOL), sesuatu yang akan menentukan nasibnya bertahun kemudian.

Microsoft juga memasuki pasaran pada 1995 dengan Internet Explorer (IE) yang pertama mereka. Berasaskan teknologi yang sama dengan Navigator, produk akhirnya agak primitif berbanding dengan Navigator.

Walaupun begitu ia diedarkan percuma dengan setiap Windows 95 Plus yang berjaya menarik minat peng­guna yang tidak celik IT dan suka memilih perisian yang boleh dimiliki percuma dengan Windows.

Meskipun Netscape menjadi popular, zaman kejatuhannya mula kelihatan selepas AOL membangunkan beberapa ujian yang memberi kesan kepada pelayar itu sendiri.

Ia membuka peluang kepada Microsoft mendapat lebih banyak bahagian pasaran dengan IE yang lebih mudah dimiliki membuatkan Navigator jatuh merundum
Apabila Netscape sudah menjadi semakin tidak releven, IE dari Microsoft mula memperbaiki fungsi dan kestabilannya. Pada 1998 ia berjaya menguasai 98 peratus pasaran pelayar sekali gus menjatuhkan Netscape.

Pada hari terakhir Net­scape, pembangunnya me­ngeluarkan kebanyakan kod asas untuk pelayar mereka di bawah lesen Open Source dengan harapan ia bakal digunakan untuk menjadi pencabar IE pasa masa depan.

Walaupun dalam bentuk berbeza, kebanyakan orang mungkin semakin mengenalinya dengan nama baru, Mozilla Firefox iaitu pelayar Open Source yang mendapat nafas baru daripada Netscape.

Dengan Firefox masih lagi cuba menjadikan kod Netscape untuk kod program yang menjadikannya pelayar bagus, IE pula masih memonopoli pasaran walaupun sedikit menurun.

Produk Microsoft ini mempunyai 70 peratus pegangan pasaran tidak sampai lima tahun yang lalu.

Situasi berubah pada September 2008 apabila Google menyertai pasaran pelayar dengan pelayar Chrome mereka yang agak boleh dikatakan ‘cool’ dengan antaramuka bersih dan sistem mudah membuatkannya diminati komuniti teknologi.

Mengikut GlobalStats StatCounter, pengguna Chrome melebihi pengguna IE pada akhir Mei 2012.

Walaupun tak banyak beza, tapi ia mempu­nyai impak yang besar, pengguna merungut mengenai kelembapan IE saban tahun selain isu keselamatan terdapat pada IE.
Firefox adalah satu alternatif namun pelayar Open Source ini lebih diminati bagi mereka yang celik IT.

Namun begitu, NetMarketShare dari Net Applications yang dilihat penganalisa sebagai standard tertinggi bagi statistik peng­gunaan pelayar melaporkan IE masih lagi memegang tempat pertama dalam pasaran pelayar iaitu 50 peratus.

Walaupun tidak boleh disahkan, namun kita boleh menganggap yang Amerika Utara adalah rantau pertama mendapat Internet yang bermakna ia mempunyai sistem legasi terbesar masih bersambung dengan Internet.

Jika trend yang dilihat sekarang berterusan, kita boleh menganggap yang Chrome pasti akan menjadi pelayar nombor satu tak lama lagi.

Berdasarkan GlobalStats dan Net Applications, hanya Afrika boleh dikatakan rantau yang masih berpegang teguh pada Mozilla. Penggunaan IE pula masih menjunam.

Kitaran pembangunan Chrome pantas dan juga pengemaskinian yang senyap boleh dilihat sebagai merubah yang akan mencantas pegangan Microsoft di dalam pasaran pelayar.

Microsoft banyak mempromosi IE10, yang banyak memperbaiki kelemahan IE yang tiada pada tahun lampau.

Syarikat ini juga sedang sibuk untuk membimbing pengguna untuk mening­galkan IE6, dan memasarkan IE10 yang akan dipadankan dengan Windows 8.

Populariti Chrome tidak akan dapat menandingi IE pada masa terdekat namun Firefox yang sekian lama menjadi pelayar nombor mungkin agak goyah.

Ia mungkin bermakna pasaran pelayar akan kembali statik. Apabila Netscape gagal, ia memberikan peluang bagi Microsoft untuk mengawal pasaran.

Selepas memasuki zaman teknologi baru, kita hanya mampu membayangkan Microsoft tidak akan membiarkan IE mati dan mereka mempunyai sumber untuk memastikan IE bertahan selama yang mungkin.

Pada masa sama, per­saingan dari Mozilla walaupun Firefox mati, namun masih ada pengaturcara di luar sana yang mampu menyelamatkan sesuatu manakala Chrome dari Google, seperti saham yang berpotensi tinggi, kelihatan akan meningkat.

Mungkin ada yang perasan pelayar lain seperti Safari dan Opera tidak disebut memandangkan pengaruh mereka pada pasaran pelayar dunia masih kecil.

Malah kombinasi pegangan pasaran kesemua pelayar lain tak mampu untuk menggugat mana-mana tiga pelayar terbesar setakat ini.

Sebenarnya pasaran pelayar sekarang tidak akan sama dalam 10 tahun akan datang berdasarkan trend pengkomputeran mudah alih dengan kenaikan populariti tablet dan telefon pintar pasti akan memberi kesan kepada pelayar web mudah alih.

Walaupun tidak banyak statistik bagi pelayar web mudah alih namun ketiga kuasa besar pelayar ini pantas melancarkan versi tersendiri mereka.

Sumber : [email protected]

Pelayar Web

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Twitter baru untuk Windows 8

Twitter Windows 8

Twitter Windows 8

Twitter memperkenalkan beberapa ciri baru khusus untuk Windows 8 termasuk menampilkan paparan snap di muka depan, foto, perkongsian, carian dan ‘tiles’ serta notifikasi langsung.

Paparan snap membenarkan tetapan snap di sebelah kiri atau kanan skrin dan kemudian meng­gunakan aplikasi lain secara serentak.

Foto pula boleh ditetapkan pada saiz besar dan tengah manakala perkongsian memboleh­kan tweet daripada mana-­mana aplikasi pada bila-bila masa.

Sementara itu, fungsi carian menjadikan anda lebih mudah untuk mencari akaun atau melihat Tweet menggunakan ‘hashtag’ tertentu. Tiles dan notifikasi secara langsung menggunakan Twitter menunjukkan apa yang berlaku dalam Twitter melalui kotak pada muka depan.

Sumber : [email protected]

 

Twitter Windows 8

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Facebook Berwajah Baru! (April 2013)

Facebook Berwajah Baru

Assalamualaikum rakan pembaca semua,nampaknya antaramuka facebook berubah lagi.kali ini penulis lihat lagi kemas dan menarik.

Pihak facebook akan menawarkan anda untuk bertukar ke wajah baru ini secara berperingkat jadi tunggu dan lihat saja ya 🙂

Facebook berwajah baru

2

3

4

5

6

7

8

# Bagi mereka yang dah pun bertukar ke facebook berwajah baru ini,apa kata anda?
# Nak jadi rakan fb admin? add sini k… http://www.facebook.com/khairilizwan89

Facebook Berwajah Baru

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perbankan internet miliki 12.8 juta orang

Perbankan Internet

perbankan internet

KUALA LUMPUR – Bilangan pengguna berdaftar perbankan internet di negara telah meningkat kepada 12.8 juta orang pada bulan September tahun lalu berbanding hanya 3.2 juta orang pada tahun 2006.

Seiring perkembangan pesat sektor berkenaan, 29 buah bank yang terdiri daripada ahli Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia telah menawarkan perkhidmatan perbankan internet kepada pelanggan.

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pertambahan statistik itu menunjukkan saluran elektronik dan internet pada masa ini jelas menjadi pilihan pengguna untuk memudahkan urusan mereka.

“Sektor perbankan kini telah berkembang sebagai satu perkhidmatan merentasi sempadan, membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan yang diperlukan pada bila-bila masa dan lokasi,” katanya pada majlis pelancaran kesedaran perbankan elektronik (e-perbankan) 2013 di sini semalam.

Sumber : Kosmo 16 Jan 2013

Perbankan Internet

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Pelan Hosting Hostgator! Potongan Harga 50%! 21/12/2012

Hostgator

hostgator

Hostgator iaitu penyedia pelan hosting paling popular telah memberi tawaran yang “gila-gila” dalam masa 24jam ini.Tawaran ini dibuka sehari sahaja pada 21/12/2012 masa US.

Untuk tawaran ini,pihak hostgator memberi potongan harga sebanyak 50% dari harga yang sebelum ni…Tinggal beberapa jam lagi sebelum tawaran ni tamat dan saya tidak pasti samada tawaran seperti ini akan ada lagi pada masa akan datang.

Saya rekomenkan anda membeli hosting dari pihak hostgator sebab pengalaman saya sendiri menggunakan hosting ni memang terbaik dan tidak mengecewakan.

Jika anda berminat,terus sahaja ke laman web hostgator dan buat pembelian sekarang!

http://www.hostgator.com

 

 

Hostgator

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Cara Memilih Nama Domain Yang Terbaik

Nama Domain

Dalam artikel kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana mencari dan memilih sebuah domain yang berkualiti untuk laman web anda.Dari pemantauan saya sendiri,masih banyak mereka di luar sana kurang mengetahui cara mendapatkan serta memilih sebuah domain yang berkualiti terutamanya mereka yang menggunakan domain tersebut untuk bisnes mereka.

Sedar ataupun tidak,domain merupakan aset terpenting yang perlu dijaga terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan internet.Saya dapat lihat pada masa kini,telah banyak pengguna internet menceburkan diri dalam perniagaan internet.Oleh itu,untuk memantapkan lagi perniagaan internet anda,anda perlu mengetahui sedikit ilmu cara untuk memilih domain yang terbaik untuk laman web perniagaan anda.

 

Apa yang dimaksudkan “Domain”?

Sumber dari Wikipedia menyatakan Nama domain ialah satu rentetan identifikasi yang mendefinasikan satu bentuk pentadbiran kerajaan autonomi, autoriti, atau kawalan pada Internet. Nama domain terbentuk dengan peraturan dan prosedur Sistem Nama Domain (DNS).

Secara umumnya, nama domain mewakili satu sumber Protokol Internet (IP), seperti sebuah komputer peribadi digunakan untuk akses ke Internet, sebuah server yang menghost satu laman web, atau laman web itu sendiri atau mana-mana perkhidmatan berkomunikasi melalui Internet.

Seperti yang diketahui oleh umum,terdapat beberapa domain yang popular seperti .com, .net, .org dan banyak lagi.Dalam artikel kali ini,saya fokuskan kepada domain jenis .com.Mengapa domain .com?ini kerana domain ini merupakan domain yang paling popular sekali,domain .com mudah diingati oleh sesiapa sahaja. (.com bermaksud commercial).

Terdapat segelintir pemilik domain menggunakan domain yang susah diingati.Hal ini menyebabkan pengunjung sukar mengingati domain tersebut ketika hendak melayari laman web pemilik domain tersebut.Domain umpama alamat rumah kita,semakin sukar alamat rumah kita,semakin sukar lah juga rakan-rakan kita mencari rumah kita.[blog.cekapkomputer.com]

Berikut merupakan domain yang kurang sesuai digunakan terutamanya untuk tujuan bisnes online :

  • Domain yang mempunyai tanda “” .Contoh domain-saya.com.Domain yang mempunyai tanda “” akan menyukarkan lagi pengunjung/pelanggan mengingati alamat laman web kita. Pemilihan domain yang kurang sesuai akan menyebabkan bakal pelanggan anda tercari-cari domain anda dan menyusahkan pelanggan anda.
  • Domain yang mempunyai huruf dan nombor.Contohnya domain2saya.com.Domain seperti ini juga sebenarnya kurang sesuai digunakan walaupun terdapat juga beberapa syarikat besar menggunakan domain jenis ini contohnya maybank2u.com.my dan lain-lain.Gabungan huruf dan nombor pada suatu domain kadangkala menyebabkan pengunjung keliru,contohnya nombor “2” akan ditaip sebagai “two” ataupun “to” dan lain-lain.[blog.cekapkomputer.com]
  • Nama domain yang panjang juga akan membuatkan pengunjung laman web tidak dapat mengingati laman web dengan serta merta.Contohnya domainsayainisangatpanjang.com.Seharusnya kita tidak menyusahkan pengunjung kita untuk mengingati alamat domain kita,perkara ini sangat penting dalam perniagaan internet.
  • Nama domain yang pelik dan sukar diingati.Contohnya asperiasasi.com .Walaupun nama domain tersebut kelihatan cantik dan menarik,namun perkataan domain tersebut kadangkala sukar disebut.Hal ini akan menyebabkan pengunjung mungkin membatalkan hasrat untuk melawat blog/laman web anda.

 

Baiklah saya telah memberikan anda tips contoh domain yang mungkin sukar untuk diingati oleh pengunjung laman web anda.Persoalannya kita,nama domain yang manakah sesuai untuk kita gunakan terutamanya dalam perniagaan internet?

Mungkin bagi anda untuk mendapatkan sebuah domain adalah mudah,namun adakah domain yang anda pilih tersebut adalah yang terbaik dan berkualiti? Ada beberapa tips yang saya dapat kongsikan kepada anda bagaimana mendapatkan nama domain yang berkualiti dan mudah diingat.

  • Nama domain ringkas dan mudah diingati.Pastikan nama domain anda ringkas dan mudah diingati.Seboleh-bolehnya tidak lebih dari 14 abjad.contoh sabahaniaga.com,cekapkomputer.com,pakarjoomla.com.
  • Sesuai dengan nama perniagaan yang anda jalankan.Domain juga memainkan peranan,jika misalnya anda menjual nasi lemak,sebaiknya anda memilih nama domain yang berkaitan dengan bisnes anda contohnya nasilemak.com
  •  Nama domain yang menarik perhatian pengunjung.Domain juga merupakan senjata dalam promosi dan kandungan laman webnya adalah pelurunya.Gunakan nama domain yang menarik dan unik,ini mampu menarik pengguna internet mengunjungi laman web anda.

Terdapat banyak lagi tips untuk pemilihan domain,rasanya tips yang saya berikan ini dah mencukupi dan insyallah dapat memberikan anda idea untuk mencari dan memilih domain yang terbaik untuk anda dan perniagaan anda.

Berjumpa lagi kita pada tutorial yang akan datang.Salam Cekap Komputer! 🙂

 

Nama Domain

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Jom Buat Kartun Komik Menggunakan Rage Maker!

Rage Maker

Assalamualaikum & salam 1 CK,

Agak lama juga saya tidak kemas kini blog ini yer….Insyallah saya akan mula aktif kembali dalam dunia blogging ni mengikut jadual yang saya telah susun hehe…

rage maker

Pernah tak korang lihat kartun-kartun berdialog di blog ataupun di laman sosial facebook seperti gambar di atas? Setiap masa saya dapat lihat banyak kartun-kartun yang dikongsi oleh rakan-rakan  mengikut kreativiti mereka terutamanya di halaman facebook.

Bagi mereka yang telah mengetahui cara membuat kartun ni,rajin-rajin la ya kongsikan kepada rakan-rakan kartun korang…dan bagi mereka yang tidak mengetahui cara untuk membuat kartun sebegini,anda boleh layari laman web http://ragemaker.net untuk membuatnya.

Di dalam laman web Rage Maker ini,anda boleh membuat kartun dengan pelbagai reaksi muka antaranya ialah reaksi marah,gembira,sedih,terkejut dan banyak lagi.

Anda juga boleh membina petak pada halaman komik kartun anda mengikut apa yang anda inginkan.

Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada Rage Maker,apa yang anda perlukan ialah layari laman web http://ragemaker.net .Anda tidak perlu install sebarang perisian untuk menggunakannya,ianya adalah PERCUMA.
Setelah siap,anda boleh simpan kartun anda sebagai gambar dalam format .png dan lain-lain.

Selamat Mencuba!

 

 http://ragemaker.net

Rage Maker

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Facebook mampu undang ketagihan

Facebook

STOCKHOLM – Laman sosial Facebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.

Sumber : SINAR HARIAN

Facebook

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Dapatkan Domain Anda Di GoDaddy.com Hanya $2

Domain

domain

Assalamualaikum & salam sejahtera,post kali ini ringkas sahaja….saya ingin berkongsi kepada pembaca CK kupon untuk membeli domain di godaddy.com dengan harga hanya 2USD.

Jika anda berminat,anda boleh membeli domain anda di godaddy.com dengan menggunakan kupon GOODDEAL.Jom beli domain anda menggunakan domain ini selagi kupon ini masih boleh digunakan! Kupon ini cuma sah dalam masa yang tertentu sahaja,jadi jangan lepaskan peluang anda!

https://www.godaddy.com

 

 

Domain

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Facebook : Pencipta Instagram kaya-raya serta merta

CALIFORNIA: Facebook semalam mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto paling popular, Instagram, untuk telefon bimbit pintar dengan harga berbilion dolar.

Pencipta aplikasi yang memberi kemudahan pengguna untuk mengubah dan memuat naik foto ke dalam telefon bimbit pintar dan tablet itu akan dibayar secara tunai dan memperoleh saham Facebook.

Facebook juga akan menyelesaikan proses Initial Public Offering (IPO) sahamnya, bulan depan.

Persetujuan itu akan menjadikan pencipta Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger kaya-raya serta merta.
Persetujuan itu dicapai beberapa hari selepas Instragram memperkenalkan versi perisian untuk telefon android, selepas terkenal dalam aplikasi Apple.

 Mereka bersetuju dengan tawaran itu selepas Kevin menolak tawaran Mark Zuckerberg untuk bergabung dengan Facebook, lapan tahun lalu.

Pertama kali mereka bertemu dengan Zukerberg ketika Kevin masih lagi meneruskan pengajian di Universiti Stanford.

Kevin berkata: “Waktu itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pengajian.”

Kevin dan Mike telah mengambil keputusan tepat kerana mereka kini menikmati kejayaan tanpa dibantu oleh ibu bapa atau orang lain.

Sumber : MyMetro

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah

Facebook

facebook

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/PerangFacebook_pelajarperempuandibelasah/Article

Facebook

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Aduh! Galaxy lesung batu

Galaxy Lesung Batu

 

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).
Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.

Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2012011005010620120110050106/Article

Galaxy Lesung Batu

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]