Warga Malaysia belanja purata RM46 sebulan bagi internet mudah alih

Internet

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membelanjakan purata US$15 (RM46) sebulan bagi Internet mudah alih, satu segmen yang berkembang lebih daripada sekali ganda sejak tahun lepas dengan pertumbuhan dijana terutamanya oleh pengguna dalam golongan usia 15-25 tahun.

Empat kegiatan utama berkaitan mudah alih yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah menghantar emel, mengakses laman perangkaian sosial, memuat turun nada dering dan menghantar mesej segera, demikian menurut kaji selidik tahunan Indeks Net 2011 Yahoo! hari ini.

“Penggunaan telefon bimbit yang ada ciri pintar dan pelan data termampu, ciri-ciri canggih seperti fungsi panggilan dan teks, capaian kepada laman web mudah alih dan ciri-ciri multimedia memang lumrah di kalangan rakyat Malaysia,” kata kaji selidik itu.

DiGi adalah penyedia perkhidmatan telefon pintar dan mudah alih paling terkemuka di Malaysia dan menguasai 47 peratus pasaran, diikuti oleh Maxis (32 peratus dan Celcom (lapan peratus).

Ia juga berkata berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, rakyat Malaysia cenderung memiliki telefon bimbit mahal termasuk telefon pintar.
Menurut tinjauan itu lebih daripada 60 peratus pengguna mudah alih di negara ini memiliki telefon bimbit bernilai US$100 (RM312) dan hampir seperempat memiliki telefon bimbit yang berharga lebih daripada US$300 (RM937) berbanding telefon berciri harga rendah yang digunakan dengan meluas di Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Berbeza dengan pasaran Asia Tenggara laindi mana Nokia merupakan pengeluar dominan, Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang didominasi oleh Sony Ericsson dengan penguasaan pasaran sebanyak 39 peratus, diikuti oleh Nokia (26 peratus) serta Blackberry dan Apple (masing-masing enam peratus). – Bernama

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/WagaMalaysiabelanjapurataRM46sebulanbagiinternetmudahalih/Article/

Internet

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Gmail berwajah baru! Gmail’s new look

Gmail’s New Look

Gmail’s new look

Jika anda pengguna Gmail,tentu sekali anda mengetahui Gmail akan berwajah baru.Mahu ataupun tidak,anda akan bertukar ke Gmail’s new look.Mari kita lihat apa ciri-ciri menarik dan tambahan pada Gmail’s new look  ini.

 

Cleaner, more modern

Gmail’s new look kelihatan lebih bersih dan juga moden berbanding antaramuka gmail yang lama.

 

 

New themes

Selain itu,lebih banyak pilihan theme yang disediakan pada Gmail’s new look .

 

 

Improved conversation view 

Ruangan perbualan direka dengan membawa kandungan mesej anda di hadapan bagi memudahkan anda membalas mesej dari rakan-rakan anda.

 

Customizable in new ways

Anda boleh menentukan berapa banyak mesej yang anda ingin paparkan pada gmail anda dengan memilih 3 paparan samada Comfortable, Cozy and Compact.

 

More control

Anda lebih mudah menyusun bahagian-bahagian gmail anda dengan lebih mudah termasuk ruangan chat gmail.

Search and filters made simple

Ruangan Search dan Filters menjadi lebih mudah dan simple.

 

 

Switch to Contacts and Tasks           

lebih mudah untuk antara Mail, Contacts , dan Tasks.

 A new toolbar

Toolbar baru gmail lebih ringkas,kemas dan menarik.

 

Komen anda? Adakah anda menyukai Gmail’s new look ini?

Gmail’s New Look

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Awas! Tips Mengelak Tertipu Dengan Laman Web Phishing

Phishing

Baiklah pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk mengelak daripada terkena perangkap laman web phising.Ini kerana sejak kebelakangan ini,terlalu banyak email seperti ini dikirim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa Itu Phising? 

Phishing ialah satu cara cuba untuk memperolehi maklumat sensitifseperti nama pengguna, kata laluan dan butir-butir kad kredit dengan menyamar sebagai satu entiti boleh dipercayai dalam satu komunikasi elektronik.

Dalam tips kali ini,saya menggunakan contoh laman web phising CIMB yang dikirim ke email saya baru-baru ini.

 

Kebiasaannya,email yang anda dapat kelihatan seperti ini :

CIMB Clicks    – ALERT : URGENT MESSAGE (INFORMATION)

phishing

 

 

 

 

 

 

Apabila anda klik pada email tersebut,anda akan nampak mesej seperti berikut.Mesej tersebut akan mengatakan akaun bank anda mempunyai masalah dan anda perlu log masuk ke url web bank yang diberikan untuk login.

Langkah 1 : arahkan cursor anda ke pautan link web bank yang diberikan.

Langkah 2 : Jika anda lihat dalam gambar di bawah,link yang dipaparkan ialah http://www.cimbclicks.com.my.Namun sebenarnya,jika anda klik link tersebut,ia akan masuk ke url cimbuss2011.addr.com/cimb2.htm .Anda boleh lihat pautan tersebut di tepi sebelah kiri pelayar web anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda klik pautan tersebut,anda boleh lihat laman web palsu serupa dengan laman web sebenar CIMB Clicks.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s Saya harap pembaca cekap komputer tidak tertipu dengan kaedah yang digunakan seperti ini.Kaedah ini bukan sahaja digunakan untuk menipu pengguna CIMB malah kaedah ini digunakan untuk menipu pengguna facebook,friendster dan sebagainya.

Phishing

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Semak Status Domain .MY Melalui SMS

Bermula 23/5/2011,kini anda boleh menyemak status domain .my melalui SMS.

3 status akan dipaparkan selepas anda menghantar SMS iaitu :

  • Domain Name is AVAILABLE to apply.
  • Domain Name is NOT AVAILABLE to apply.
  • Domain Name is NOT FOLLOW the Rules of Choices of Domain Name.

Langkah -langkah :

Taip MY<space>check<space><domain name> dan hantar ke 36828.

 

 

 

Perhatian :

* Servis ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan Celcom,Digi dan Maxis sahaja.

* 1 Domain untuk 1 SMS sahaja.

* Caj yang dikenakan ialah RM0.30.

 

 


Sumber : http://www.domainregistry.my/en/sms-check-domain.php

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Bagaimana Cara Untuk Padam Group di Facebook.com

Untuk membuat “Group” di facebook.com adalah sangat mudah.Anda hanya perlu klik “Create Group” yang terletak pada bahagian kiri halaman facebook anda.

Namun untuk [email protected] sesuatu Group tersebut tidak seperti yang anda sangkakan kerana butang untuk “delete” sesuatu group tersebut tidak dipaparkan.Untuk memadam sesuatu group tersebut,anda mestilah merupakan pemilik group tersebut.

Pada post kali ini,Saya ingin berkongsi kepada anda tips ringkas iaitu bagaimana cara untuk memadam sesuatu group milik anda di laman sosial facebook.com.

Pertama sekali,klik pada butang “Edit Group

 

Kemudian,klik pada tab “Members” dan padam kesemua rakan-rakan yang terdapat di dalam group tersebut kecuali akaun anda.Rujuk gambarajah di bawah.

Setelah selesai memadam semua senarai rakan-rakan yang terdapat di group tersebut,klik “back to group“.


Kemudian anda akan dapat lihat terdapat butang baru iaitu “Leave and Delete Group”.Klik butang tersebut.

Klik butang “Delete Group” untuk mengesahkan anda ingin memadam group tersebut.

 

Selesai! Anda boleh lihat group tersebut telah dipadamkan dari senarai group-group facebook anda.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Ubah Gambar Format .PNG .JPG kepada .ICO

Jika anda ingin mencari laman web untuk mengubahkan beberapa format gambar kepada format .ico,anda boleh mencuba beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk “convert” ke format .ico .Antara format-format yang anda boleh tukar ke format .ico ialah .icns    .svg   .gif    .png     .tif     .tga     .cur    .bmp    .jpg .xpm   .rsrc.  Saya lebih menyukai menggunakan perkhidmatan dari laman-laman web seperti ini kerana kita tidak perlu untuk “install” perisian-perisian berkaitan ke dalam komputer kita.Antara laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma ini ialah :

http://iconverticons.com/

http://converticon.com/

terdapat banyak lagi laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti ini,saya akan kemaskini dari semasa ke semasa.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Bermain game “Snake” di Youtube.com

Pasti anda pernah mengalami keadaan ini iaitu ketika anda ingin menonton video di laman video paling popular iaitu Youtube.com,anda perlu menunggu beberapa ketika sebelum memainkan sesuatu video tersebut supaya ianya tidak tersekat-sekat.

Adakah anda tahu sambil menunggu video anda tersebut selesai diproses,anda boleh bermain satu permainan di youtube.com?Permainan tersebut yang juga salah satu permainan yang ringkas dan sangat popular ialah game “snake”.Kalau x pernah main game ni cuba tanya rakan2 yang lain…Hehehe..

Cuba lihat gambar di atas,sambil menunggu video persembahan Jozan Maharajalawak Minggu 4 diproses,sempat juga saya hilangkan boring menunggu dengan bermain permainan “Snake” ini kan…hehe..

Bagaimanakah caranya?


Trik ini adalah cukup mudah sekali….pertama sekali,tarik butang player youtube anda ke tepi atau pada minit 00:00 .

Kemudian tekan butang kiri dan ke atas anak panah pada papan kekunci anda.Rujuk gambar di bawah..

Dan mula untuk bermain! Mudah kan 🙂

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Kode Status Yahoo Messenger Pada Web/Blog Anda!

Salam Cekap Komputer kepada semua pengunjung & pembaca blog CK ini.Pada post kali ini,saya akan berikan sedikit info komputer bagaimana cara untuk kita letakkan status YM(Yahoo Messenger) kita di blog ataupun di web kita.Kemungkinan kebanyakan daripada pembaca sekalian telah mengetahui cara ini,namun bagi mereka tidak mengetahui cara untuk meletakkan status YM pada web/blog anda,saya akan tunjukkan caranya…

Pertama sekali,copy & paste kode di bawah ini ke laman web/blog anda :

<a href=”ymsgr:sendIM?IDYahoo“><img border=0 src=”http://opi.yahoo.com/online?u=IDYahoo&amp;m=g&amp;t=1” /></a>

Kemudian,Gantikan IDYahoo dengan ID Yahoo Messenger anda,contoh :

<a href=”ymsgr:sendIM?E_peace6679“>

 

Selepas itu,gantikan t=1 mengikut pilihan ikon yahoo messenger yang anda inginkan.

t=1

 

t=2

 

t=3

 

t=4

 

t=5

 

t=6

 

t=7

 

t=8

 

t=9

 

t=10

 

t=11

 

t=12

 

t=13

 

t=14

 

t=15

 

t=16

 

p/s Selamat Mencuba!

 

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Driver USB to LAN KY-RS9600 untuk Windows XP/7

USB to LAN KY-RS9600

“USB to LAN KY-RS9600” merupakan satu perkakasan kecil & ringkas.Jika komputer anda tidak mempunyai sambungan RJ45,anda boleh menggunakan perkakasan ini untuk membolehkan komputer disambungkan ke internet.Anda boleh mencari USB to LAN KY-RS9600 ini di kedai komputer yang berdekatan.

Jika anda mempunyai masalah dengan driver USB to LAN KY-RS9600 ini,anda boleh muat turun driver USB to LAN KY-RS9600 untuk Windows XP & 7 :

Windows 7 (32bit) , http://www.mediafire.com/?zmj3mlnjzzj

Windows XP (32bit), http://www.mediafire.com/?zqmnm1yvtwd

http://www.alibaba.com/product-gs/402056714/USB_to_LAN_Card_Ethernet_10.html

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat Turun Photo Album Facebook Menggunakan FacePAD

Pernahkah anda melawati photo album rakan-rakan anda dan ingin download kesemua gambar yang terdapat pada sesebuah album di facebook? Jika Ya,FacePAD boleh membantu anda.

Apa itu FacePAD?

FacePAD ialah salah satu Firefox extension yang membolehkan anda muat turun kesemua gambar pada sesebuah Photo Album di facebook.Dengan adanya extension FacePAD untuk pelayar web Firefox ini,anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk muat turun satu per satu gambar pada sesebuah album di facebook.

Untuk menggunakan FacePAD,anda perlu menggunakan pelayar web Firefox.Sila muat turun di http://filehippo.com/download_firefox/ .

Jika anda berminat untuk mencuba extension ini,sila ke pautan berikut dan install extension berikut pada pelayar web firefox anda. https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/8442/

Caranya cukup mudah untuk menggunakan extension ini.Setelah selesai memasang extension FacePAD pada pelayar web firefox anda,anda hanya perlu right klik mouse anda pada mana2 photo album dan klik pada “Download Album with FacePAD“.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Chat bersama rakan FB anda menggunakan Facebook™ Chat Messenger

Facebook.com bukan sahaja sebuah laman web sosial yang membolehkan anda mencari kenalan dan sebagainya,namun facebook.com juga mempunyai kemudahan ruangan yang membolehkan kita bersembang dengan rakan-rakan facebook kita yang lain.Walaupun kemudahan ini disediakan tanpa anda perlu menginstall sebarang perisian,namun anda perlu membuka laman web facebook.com menggunakan pelayar web untuk membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda yang lain.

Pada artikel kali ini,saya akan memberi sedikit info kepada anda salah satu perisian yang membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda tanpa anda perlu membuka pelayar web.Sebenarnya banyak perisian seperti ini boleh anda cari di internet,dan salah satu daripada perisian tersebut ialah  Chit Chat for Facebook.Chit Chat for Facebook merupakan perisian percuma yang anda boleh muat turun di laman web utamanya iaitu http://www.chitchat.org.uk/english/home .Perisian ini sangat mudah diinstall dan ringan.

Info dari laman utama Chit Chat for Facebook.

  • Fun and Free – Convenient and fun way to chat with your Facebook contacts without the hassle of surfing Facebook
  • Free Your Web-Browser – No need to keep your web browser logged into Facebook
  • Easy To Use – Download, install and then login with your Facebook username and password – easy!
  • Popular? – Swift and fast tabbed chat Interface making it easy to talk to many friends at once
  • Instant Message Notification – Lets you know when you receive an instant message.

Untuk Muat turun,

http://www.chitchat.org.uk/english/home/

p/s kepada encik penyu budak nakal,sori jadikan nama ko sebagai model artikel ni…hehe

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]