Jom Download Ubuntu 9.10 Karmic Koala! Percuma!

Pada 29hb oktober 2009 iaitu kelmarin ketika artikel ini ditulis,akhirnya penantian pada pengguna ubuntu akhirnya berakhir.Kini anda boleh download ubuntu 9.10 ini di laman utama ubuntu.Jika anda tidak ada kemudahan internet anda juga boleh order cd ubuntu secara percuma!(saya akan menulis artikel cara order cd ubuntu percuma ini pada post akan datang bagi mereka yang tidak tahu).Walaupun windows 7 juga baru sahaja keluar baru-baru ini,tetapi tentu sekali pengguna perlu membeli cd original windows dari micro$oft ini,dan suda pasti kepada mereka yang tidak berkemampuan sedang menunggu berita-berita baik dari lanun-lanun perisian..hehe…tetapi tentu tidak salah jika anda mencuba menggunakan ubuntu kerana ubuntu adalah percuma,kita menggunakan satu perisian tanpa perlu membelinya dan ada orang kata kita menggunakan sistem operasi yang “halal”.

untuk download ubuntu Karmic Koala ini,sila ke laman utama ubuntu http://www.ubuntu.com/

ubuntu.9.10a

ubuntu.9.10b

p/s saiz untuk ubuntu 9.10 Karmic koala ialah sekitar 689MB,sesuai untuk satu CD-R.

Bersih dan nyahaktifkan recent documents pada ubuntu anda.

Mungkin bagi sesetengah orang menyukai fungsi “recent document” ini,namun bagi pendapat orang lain termasuk saya sendiri..fungsi ini tidak begitu penting malah fungsi recent document ini membolehkan sesiapa yang menggunakan laptop kita mengetahui apa yang kita buat sebelum ini.Terdapat cara untuk “disable”kan fungsi recent document ini..anda tidak perlu bersihkan recent document ini setiap masa.

screen

Gambar 1 : Fungsi “Recent Documents” dinyahaktifkan.

Langkah yang anda perlukan ialah,buka Terminal ubuntu anda kemudian ikuti perintah-perintah di bawah ini.

touch ~/.gtkrc-2.0

kemudian,

sudo gedit ~/.gtkrc-2.0

Satu tetingkap akan dipaparkan,kemudian masukkan perintah ini kemudian simpan dan tutup.

gtk-recent-files-max-age=0

Selepas itu,restart sistem ubuntu anda.Recent Document akan disable selepas itu.Selamat Mencuba!

Masalah GPG error http://ppa.launchpad.net (Ubuntu)

Adakah anda pernah mengalami masalah ketika hendak update sistem ubuntu anda?antara masalah yang selalunya berlaku ialah masalah GPG error http://ppa.launchpad.net..jika masalah ini berlaku anda menghadapi masalah untuk update sistem ubuntu anda.

gog

Gambar 1 : Masalah GPG error menyebabkan anda tidak dapat update sistem ubuntu anda tidak kira menggunakan Terminal ataupun Update Manager.

Jangan risau untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah tidak susah…anda hanya perlu menambah beberapa command sahaja menggunakan Terminal  untuk memastikan sistem ubuntu anda boleh diupdate seperti biasa.

Contoh Mesej error yang keluar :

W: GPG error: http://ppa.launchpad.net jaunty Release: The following signatures couldn't be verified because the public key is not available:
NO_PUBKEY 7D2C7A23BF810CD5
W: You may want to run apt-get update to correct these problems

Dengan menggunakan Terminal,gunakan command di bawah ini..gantikan kod error 7D2C7A23BF810CD5 ini dengan kod error yang ada pada mesej error update anda.

gpg --keyserver subkeys.pgp.net --recv 7D2C7A23BF810CD5


Kemudian gunakan command di bawah ini,gantikan kod error mesej tersebut dengan kod error yang ada pada update anda.

gpg --export --armor 7D2C7A23BF810CD5 | sudo apt-key add -

Selesai anda boleh update sistem ubuntu anda seperti biasa!

p/s  Gantikan kod 7D2C7A23BF810CD5 ini dengan kod error mesej yang ada pada sistem anda.




GPG error: http://ppa.launchpad.net

Menanti kedatangan Karmic Koala ( Ubuntu 9.10 )

Koala

Seperti menanti kelahiran anak baru,begitu juga dengan sistem operasi Ubuntu yang sedang menunggu kemunculan Karmic Koala ( Ubuntu 9.10 ) yang akan direalisasikan pada 29 oktober 2009 ini…Terdapat beberapa perubahan dan tambahan pada ubuntu 9.10 ini…Dari semasa ke semasa pengguna linux terutama distro ubuntu semakin meningkat..walaupun ubuntu ini masih baru di mata pengguna-pengguna komputer,namun kita dapat melihat peningkatan pengguna ini setiap tahun.Berbalik kepada tajuk artikel kita pada kali ini,terdapat beberapa perubahan serta penambahan yang dilakukan pada ubuntu 9.10 yang dinamakan Karmic Koala ini.Antaranya ialah :

  • Menggunakan GIMP versi 2.6
  • Menggunakan GNOME versi 2.28
  • Mozilla Firefox versi 3.5 sebagai pelayar web utama
  • Menggunakan OpenOffice.org 3.1
  • Menggunakan Linux kernel 2.6.31
  • Empathy Instant Messenger mengantikan Pidgin
  • Default filesistem menggunakan ext4
  • Aplikasi terbaru untuk file sharing iaitu UbuntuOne
  • Juga perubahan pada Splash screen
  • Dan banyak lagi…
  • Ubuntu 9.10 Karmic Koala Alpha 5 telah direalisasikan pada 3 September 2009 yang lalu,Anda boleh mencuba Ubuntu 9.10 Karmic Koala Alpha ini…Versi Alpha ini adalah hanya untuk percubaan sahaja,jangan diinstal pada komputer utama atau komputer kerja anda.

    Jadual Karmic Koala direalisasikan:

    May 14th, 2009 – Alpha 1 release
    June 11th, 2009 – Alpha 2 release
    July 23rd, 2009 – Alpha 3 release
    August 13th, 2009 – Alpha 4 release
    September 3rd, 2009 – Alpha 5 release
    September 17th, 2009 – Alpha 6 release

    October 1st, 2009 – Beta release
    October 22nd, 2009 – Release Candidate
    October 29th, 2009 – Final release of Ubuntu 9.10

    Download Karmic Alpha 5

      http://cdimage.ubuntu.com/releases/karmic/alpha-5/ (Ubuntu Desktop, Server, and Netbook Remix)
      http://uec-images.ubuntu.com/releases/karmic/alpha-5/ (Ubuntu Server for UEC and EC2)
      http://cdimage.ubuntu.com/ports/releases/karmic/alpha-5/ (Ubuntu Desktop for ARM)
      http://cdimage.ubuntu.com/kubuntu/releases/karmic/alpha-5/ (Kubuntu Desktop and Netbook)
      http://cdimage.ubuntu.com/xubuntu/releases/karmic/alpha-5/ (Xubuntu)
      http://cdimage.ubuntu.com/mythbuntu/releases/karmic/alpha-5/ (Mythbuntu)

    Kembalikan facebook chat bar pada firefox 3.5 ubuntu

    Ketika anda update firefox ubuntu anda ke firefox 3.5…terdapat satu masalah yang mungkin kecil namun melecehkan pagi pengemar facebook.Ini kerana jika sebelum ini chat bar pada tepi kanan pelayar firefox 3.5 anda hilang dan untuk membuka anda perlu klik dan membuka tetingkap baru pada firefox anda.Ini menyebabkan anda perlu melakukan banyak kerja untuk menggunakan ruangan chat pada firefox..Baiklah tanpa membuang masa,persoalannya bagaimanakah untuk mengembalikan facebook chat bar seperti sebelum ini?

    Pertama sekali,Install plugin firefox ini(User Agent Switcher) pada pelayar firefox 3.5 anda
    https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/59
    Klik pada “Add to Firefox”

    Kemudian pergi ke Tools->Default User Agent->Edit User Agents

    Klik pada New -> New User Agent

    Screenshot-New-User-Agent-300x186
    Tetingkap seperti gambar di atas akan keluar..

    kemudian pada ruangan User Agent ,

    Tukarkan code tersebut dengan kode ini,

    Mozilla/5.0 (X11; U; Linux x86_64; en-US; rv:1.9.1.1) Gecko/20090716 Ubuntu/9.04 (jaunty) Firefox/3.5.1

    Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

    Jika anda menggunakan linux contoh seperti ubuntu…pelayar web yang disediakan ialah Mozilla Firefox..ini kerana firefox juga bersifat open source…namun terdapat beberapa sebab memerlukan kita menggunakan Internet Explorer kepunyaan Micro$oft Windows,ini kerana ada beberapa laman web yang memerlukan kita menggunakan Internet Explorer ini untuk memastikan kita boleh menggunakan kemudahan yang ada pada laman web tersebut…dan hanya menerima ie untuk kita login dan sebagainya.Diharapkan isu seperti ini pada masa akan datang dapat diselesaikan dari semasa ke semasa…diharapkan pengguna linux di negara ini akan terus meningkat setiap masa.

    Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda…anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.

    Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda…

    Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke “All Avaiable application

    kemudian cari “wine” dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal

    Applications > Accessories > Terminal

    Kemudian masukkan command ini

    sudo apt-get install cabextract

    Kemudian,download IEs4Linux
    Download di sini

    Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik “run”


    Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik “OK”.Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.

    Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba!

    Perjumpaan KKLUG(Linux) pada 29/08/09!

    Sebelum ini,saya ada menulis artikel mengenai KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) di blog ini.Beberapa perjumpaan telah diadakan sebelum ini…nampaknya KKLUG ini mendapat sambutan dari semasa ke semasa….jika sebelum ini kita hanya membuat perjumpaan di restoran namun kali ini nampaknya tempat perjumpaan untuk sabtu ini lebih baik dan dilengkapi oleh kemudahan wifi dan sebagainya….kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu,Sabah boleh la menyertai perjumpaan ini jika anda berminat dengan Linux…juga kepada mereka yang baru dan ingin mempelajari linux ini juga dijemput hadir..semoga kali ini,lebih banyak penyertaan ahli baru ke dalam group ini.

    29/Aug, jam 2 ptg
    bertempat di ICC Computer Lab, No 8, Tingkat 1, Blok A, Wisma Kosan, Likas
    (depan SM All Saints, Likas)