Cadangkan atau Kirim artikel-artikel untuk blog Cekap Komputer

Salam kepada semua pembaca blog Cekap Komputer,kini anda berpeluang untuk memberi cadangan mengenai artikel-artikel yang anda inginkan di blog cekap komputer pada masa akan datang.Selain itu,anda juga boleh mengirim artikel yang berkaitan dengan komputer secara “softcopy” kepada kami,jika artikel-artikel anda terpilih Nama,Asal dan Pautan blog/web anda akan dipaparkan.

Cadangan artikel untuk blog Cekap Komputer

– Sesuai untuk semua golongan samada golongan baru belajar,separuh mahir dan mahir.

– Anda boleh cadangkan mengenai perician sesuatu perisian atau perkakasan komputer.

– Artikel yang dicadangakan tidak berunsur hacking atau crack.

– Saya hanya akan memilih cadangan artikel yang benar-benar sesuai untuk blog Cekap Komputer.

– Tidak memburukkan mana-mana pihak.

– Artikel yang bukan bertujuan untuk mempromosikan produk anda secara lansung.

Kirim artikel ke blog Cekap Komputer

– Nama,asal dan pautan blog atau web anda akan dipaparkan di sudut bawah artikel tersebut.Sila kirim butiran2 tersebut.

– Blog atau web anda akan dipromosi secara tindak langsung.Pastikan blog anda tidak berunsur lucah atau memudaratkan
pembaca lain.Kegagalan anda berbuat begitu,pihak Cekap Komputer akan membuang pautan anda tanpa sebarang notis.Pemantauan pautan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

– Jumlah artikel yang akan dipilih adalah terhad.

– Artikel atau tutorial mestilah mengandungi gambar berkaitan ataupun isinya mestilah kemas dan menarik sesuai untuk blog cekap komputer.

– Hanya satu pautan untuk satu artikel.Jika anda tiada blog atau web anda boleh meletakkan email anda.

– Hanya artikel-artikel yang kami rasa sesuai akan dipilih.Keutamaan diberikan untuk mereka yang berpautan blog atau web peribadi.

– Kirimkan tutorial atau artikel anda dalam bentu softcopy.

– Artikel yang berkaitan dengan permasalahan ict dan cara penyelesaiannya termasuk gambarajah serta penerangan satu persatu diutamakan.

– Pastikan isi kandungan artikel anda tidak mengandungi link ke blog atau web untuk tujuan promosi secara tidak langsung.Pihak Cekap Komputer berhak untuk mengubah setiap isi-isi artikel anda yang dirasakan tidak sesuai.

– Artikel bukan berkaitan dengan cracking yang boleh menyusahkan pengguna lain.

Cadangan dan kiriman artikel boleh dihantar terus ke [email protected] dot com.

p/s Syarat-syarat ini akan diupdate dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis mengikut kesesuaian.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Jom Download! ebook percuma Cekap Komputer 2009

cover ebook ck 09 copy.resized
Seperti yang dinyatakan di dalam post sebelum ini,akhirnya ebook percuma himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer sedia untuk didownload.

Baiklah ebook percuma Cekap Komputer 2009 (Himpunan artikel-artikel blog Cekap Komputer dari januari – ogos) terdapat 17 artikel terpilih,antaranya ialah :

1.Masalah dengan Perisian IM anda?Jom guna Pidgin..
2.Berhati-hati dengan virus sality.y !!
3.Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!
4.Tip memeriksa Power Supply anda !
5.Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
6.Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
7.Tip Menjaga Laptop Anda!
8.Perisian Percuma Irfanview!
9.Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
10.Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
11.Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
12.Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
13.Microsoft Office 2010
14.Kerajaan Malaysia cadang IPv6
15.Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
16.Beza perintah Windows dan Linux
17.Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

Anda boleh download ebook percuma Cekap Komputer ini :
http://sharecash.org/download.php?id=102019
http://www.ziddu.com/download/6800931/ebookCekapKomputer2009EdisiPercuma.pdf.zip.html

p/s terdapat beberapa lagi ebook percuma untuk pembaca-pembaca Cekap Komputer.Nantikan!

Info terbaru mengenai ebook percuma ini,rujuk http://blog.cekapkomputer.com/2009/11/03/download-ebook-percuma-ck-20082009/

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

ebook percuma Cekap Komputer 2009 akan datang!

cover ebook ck 09 copy.resized

Sebelum ini saya ada mengeluarkan ebook percuma iaitu himpunan artikel-artikel blog cekap komputer untuk tahun 2008…pada kali ini,saya akan mengeluarkan satu lagi ebook percuma iaitu himpunan artikel-artikel terpilih untuk tahun 2009 dari bulan januari – ogos ….ini kerana pada 31 ogos 2009 yang lalu blog cekap komputer telah berpindah ke www.blog.cekapkomputer.com…

Mengikut statistik jumlah ebook percuma cekap komputer untuk tahun 2008 dimuatturun pada forum dan blog baru cekap komputer sehinggakan pada hari ini 30 september 2009 ialah :

Forum ; 644 kali dimuatturun.
Blog Baru Cekap Komputer : 287 kali dimuatturun.

Jumlah keseluruhan yang ebook percuma cekap komputer 2008 ialah sebanyak 931 kali..terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan muat turun ebook percuma Cekap Komputer.

Baiklah ebook percuma Cekap Komputer 2009 (Himpunan artikel-artikel blog Cekap Komputer dari januari – ogos) terdapat 17 artikel terpilih,ebook ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

1.Masalah dengan Perisian IM anda?Jom guna Pidgin..
2.Berhati-hati dengan virus sality.y !!
3.Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!
4.Tip memeriksa Power Supply anda !
5.Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
6.Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
7.Tip Menjaga Laptop Anda!
8.Perisian Percuma Irfanview!
9.Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
10.Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
11.Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
12.Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
13.Microsoft Office 2010
14.Kerajaan Malaysia cadang IPv6
15.Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
16.Beza perintah Windows dan Linux
17.Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

p/s Terdapat beberapa lagi ebook percuma Cekap Komputer khas untuk pembaca Cekap Komputer yang akan saya keluarkan.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat turun ebook percuma Cekap Komputer 2008!

ebook Cekap Komputer 2008 ( Edisi Percuma)

ebook percuma dari Cekap Komputer ini adalah khas untuk Ahli Forum Cekap Komputer….ebook ini adalah himpunan artikel-artikel dari blog cekap komputer.Anda bebas mengedarkan ebook ini kepada rakan-rakan dengan syarat tidak menjualnya…

1.    10 Top Hos Blog !
2.    Perisian percuma dan berguna! CCleaner
3.    Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
4.    Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
5.    Unlocker 1.8.6 perisian percuma yang berguna..
6.    Cara Mudah Menggunakan Proxy pada Irc
7.    Masalah NTLDR pada Windows XP
8.    Membuat Dailer dengan cara mudah untuk streamyx dan ISP lain
9.    Memotong Video Menjadi beberapa bahagian menggunakan VCD Cutter 4.04
10.    Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual
11.    Membuat Multi Login pada Yahoo! Messenger(YM)
12.    Cara meningkatkan keselamatan Pc anda
13.    Menyelesaikan Masalah Super Hidden pada sesebuah folder
14.    Recuva penyelamat fail anda yang terdelete secara tidak sengaja
15.    Menyelesaikan masalah tetingkap error pada startup Windows XP anda
16.    Cara Install dan menggunakan IRC(secara ringkas)
17.    Arahan “ping”
18.    Elakkan diri dari menjadi mangsa penjenayah siber
19.    Pasang fungsi “Wine” pada ubuntu anda
20.    Memberi sedikit effect perkataan menggunakan Adobe Photoshop
21.    Penyebaran virus melalui Friendster menggunakan Akaun rakan anda tanpa disedari!
22.    Perisian percuma Notepad++
23.    Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?


Download ebook cekap komputer 2008!

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Salam Merdeka buat Malaysia ke – 52!

Sedar ataupun tidak,kini Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke-52…banyak perubahan dan kejayaan yang telah kita kecapi bersama..Dunia internet di Malaysia juga turut berkembang dari semasa ke semasa…Begitu cepat masa berlalu dari perkembangan Windows,Linux,Mac dan lain-lain kita dapat merasai perbezaannya…Kemerdekaan yang membolehkan kita mengecapi semua ini,tidak kira siapa kita,bangsa kita,parti kita…kita adalah 1Malaysia…Kita dapat melihat perkembangan di dalam negara kita..kita dapat merasakan kemodenan di negara kita…dari proton saga lama ke proton exora…dari produa kancil ke produa viva…kita dapat melihat perkembangan ini dengan mata kita sendiri…Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini,merdeka disambut tidaklah semeriah tahun sebelum ini kerana disamping kita menyambung hari merdeka,kita juga turun menyambung bulan puasa…selain itu wabak H1N1 yang juga turut membimbangkan negara ini turut menghalang kita untuk berada di kawasan yang sesak dan ramai orang…Namun semangat kemerdekaan tetap tersemat di dalam hati setiap rakyat di negara ini.

Kami dari pihak Cekap Komputer ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-52 serta Selamat Menyambung Bulan Ramadhan.

merdeka googleex

yahooox

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Selamat Datang ke Laman Blog Cekap Komputer

Selamat datang ke laman blog cekapkomputer.com.Untuk makluman pengunjung dan pembaca sekalian,laman blog ini akan menggantikan laman blog cekapkomputer.blogspot.com …Ini kerana dengan terbinanya laman blog yang baru ini,laman blog rasmi cekap komputer akan lebih kemas dan teratur…suda lama saya bercadang untuk memindahkan blog Cekap Komputer ini.Selain itu,bagi menghargai kesetiaan pembaca-pembaca Cekap Komputer,saya akan simpan pautan blog anda di laman blog baru cekap komputer ini…Saya lihat banyak terdapat pautan blog cekap komputer ini di laman-laman blog anda…oleh itu saya akan sediakan satu ruangan untuk pautan website/blog anda.

Sebelum ini,Laman blog Cekap Komputer hanya menggunakan laman blog dari host percuma iaitu blogger.com…Tempat yang disediakan oleh blogger.com ini adalah sangat baik sekali,namun rasanya saya perlukan satu kelainan dengan menggunakan WordPress untuk menjadikan laman blog Cekap Komputer lebih kemas….Semoga perpindahan blog Cekap Komputer ini akan membawa kebaikan kepada anda semua…Terima Kasih atas sokongan yang anda berikan selama ini!

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]