Jom bertukar pautan dengan Blog Cekap Komputer!

komuniti cekap komputer

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk bertukar pautan dengan blog Cekap Komputer.Saya menyediakan ruangan khas untuk sesiapa yang berminat. http://blog.cekapkomputer.com/rakan-ck/

Syarat-syarat :

1.Anda perlu meletakkan samada pautan http://blog.cekapkomputer.com , https://cekapkomputer.com atau banner cekap komputer seperti yang disediakan.

(kod untuk banner ini boleh didapati di http://blog.cekapkomputer.com/rakan-ck )

2 . Pastikan laman blog anda tidak berunsurkan spam,lucah dan sebagainya yang boleh merosakkan dan menggangu mana-mana pihak.

3. Setelah anda selesai meletakkan banner atau pautan Cekap Komputer ke laman web dan blog anda,sila lengkapkan butiran-butiran berikutt :

Nama penulis :

Nama blog/web :

URL blog/web :

Sedikit info mengenai blog/web anda :

Hantar ke email [email protected]

p/s Laman blog/web anda akan disenarai mengikut nama blog/web yang anda nyatakan…Laman blog anda akan diletakkan di ruangan ini http://blog.cekapkomputer.com/rakan-ck/

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

KKLUG bersama Nasrul Amri Samsudin,penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook

Pada 15/11/2009 yang lepas,saya dan beberapa rakan dari KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) yang lain berpeluang mendengar seminar ringkas dari Nasrul Amri Samsudin iaitu penulis muda buku Rahsia Pemasaran Facebook http://www.rahsiapemasaranfacebook.com.Beliau memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada kami cara menghasilkan pendapatan melalui facebook.com.Turut hadir bersama rakan beliau Hidzuan Hashim dari http://www.osdc.my/ .

DSC04510

Penerangan mengenai cara menghasilkan duit melalui facebook.com

withtun

Ketika pelancaran buku “Rahsia Pemasaran Facebook”.

rpfb

Ingin mempelajari cara menghasilkan pendapatan melalui facebook.com?Jom beli buku Rahsia Pemasaran Facebook.

http://www.rahsiapemasaranfacebook.com/buku/

ebook
[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perbezaan ebook & buku

Baiklah pada post kali ini saya ingin menerangkan mengenai perbezaan ebook dan buku sebenar.Bagi mereka yang tahu mengenai hal ini tentu sekali menganggap artikel ini tidak memberi kepentigan kepada mereka,namun apa yang saya sendiri sedar dan lihat…ada juga mereka yang di luar sana tidak tahu membezakan ebook dan buku ini….Bagi mereka yang masih tidak memahami mengenai perbezaan ebook dan buku,saya harap artikel ini dapat membantu anda sedikit demi sedikit memahami mengenai ebook ini.

Buku

book

Tentu sekali anda memahami sepenuhnya apa itu buku,bentuk fizikal buku,apa yang kebiasaannya ada pada buku.Jadi saya rasa saya tidak perlu menerangkan secara lanjut mengenai buku ini.

E-book @ buku eletronik

ebook CK edisi 1

Baiklah bagaimana pula dengan ebook?ebook atau juga dikenali sebagai buku eletronik merupakan antara salah satu cara untuk menyampaikan maklumat dan ilmu dangan cara yang lebih moden iaitu dengan menggunakan bahan eletronik.E-book kebiasaannya berbentuk fail .pdf,namun terdapat juga ebook yang hadir dalam format yang lain.Sama seperti buku sebenar yang kita pegang dan lihat selalu,ebook juga merangkumi pelbagai bidang contoh teknologi,masakan,panduan memasak dan sebagainya.

Mengapakah kebanyakan orang memilih ebook berbanding dengan buku sebenar?

  • Mudah dibawa ke mana-mana tanpa perlu membebankan anda.
  • Kemudahan hyperlink ,anda boleh terus ke laman web yang dinyatakan di dalam ebook tersebut jika ada sambungan internet.
  • Mudah dihasilkan.
  • Penghantaran yang mudah dan tidak memerlukan kos.
  • Tidak mudah rosak.
  • Sesuai untuk perniagaan,tidak memerlukan modal yang besar.

Namun terdapat juga kelemahan ebook ini,contohnya anda memerlukan peranti komputer untuk membacanya,tetapi anda boleh print ebook tersebut dan ia akan jadi sebuah Buku.

P/s : Jangan tersilap dengan hanya melihat cover ebook yang kelihatan seperti sebuah buku yang boleh dipegang,cover tersebut hanyalah sebuah contoh,cover tersebut dibina menggunakan perisian khas.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Download ebook percuma CK 2008/2009

cover free ebook ck copy - Copy

Bagi mereka yang belum muat turun ebook versi percuma Cekap Komputer anda boleh download melalui pautan yang diberikan di bawah ini.Di sini saya kumpulkan kedua-dua ebook percuma tersebut iaitu ebook percuma CK 2008 dan 2009.Sila laporkan kepada saya jika anda masih ada masalah untuk muat turun ebook ini. 🙂

Himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer 2008/2009

“Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda”

ebook percuma Cekap Komputer 0809.zip

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Blog baru Cekap Komputer PageRank Google 1/10

Jika dulu blog cekap komputer yang lama PageRank Google 3/10..Untuk blog Cekap Komputer yang baru ini akhirnya ialah 1/10 pada hari ini…Nampaknya dari sehari ke sehari,jumlah pengunjung untuk blog baru ini meningkat sejak blog Cekap Komputer ini dibangunkan pada 31 ogos yang lalu..Jika terdapat sebarang kesukaran atau ketidaksesuaian mengenai blog ini bolehlah hubungi saya untuk peningkatan mutu kualiti blog ini.Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda.

page rank 1

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Adakah ini Google Chrome OS?

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai kedatangan operasi sistem baru dari Google Chrome.Operasi sistem ini dikatakan akan mencabar syarikat membangun operasi sistem yang popular iaitu Microsoft.

Info mengenai OS Google Chrome,sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Google_Chrome

Chrome adalah pelayar dilancarkan oleh Google yang menggunakan WebKit layout engine dan kerangka aplikasi. Pertama kali dirilis sebagai sebuah versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, dan awam adalah keluaran stabil pada 11 Disember 2008. Nama ini berasal daripada antara muka pengguna grafik bingkai, atau “krom”, web browser. Per 3 Oktober 2009 (2009 -10-03)[update], Chrome adalah empat pelayar yang paling luas digunakan, dengan 3,17% dari seluruh dunia pangsa penggunaan web browser.[1] Pembangunan versi Chrome untuk Linux dan Mac OS X yang dilancarkan pada Jun 2009.

Google merilis turun kod sumber Chrome, termasuk ditempah lebih dahulu Mesin JavaScript V8 sebagai open source projek berjudul Kromium, Pada tahun 2008.[2][3] Langkah ini membolehkan pemaju pihak ketiga untuk mempelajari kod sumber yang mendasari dan berpotensi pelabuhan pelayar ke Linux dan Mac OS X platform. Juru bicara Google juga menyatakan harapan bahawa pelayar lain akan mengadopsi V8 untuk membantu aplikasi web.[4] Google-menulis bahagian Kromium dirilis di bawah permisif Lesen BSD,[5] yang membolehkan bahagian-bahagian yang akan dimasukkan ke kedua open source dan program perisian berpemilik.[6] Bahagian-bahagian lain dari source code akan dikenakan pelbagai jenis lesen open source.[7] Kromium mengimplementasikan fitur yang sama ditetapkan sebagai Chrome, namun mempunyai logo yang sedikit berbeza.[8]

Ketika sistem operasi ini hangat diperkatakan di seluruh dunia,terdapat beberapa screenshot yang diperkatakan merupakan sistem operasi google chrome versi percubaan,namun hal ini tidak boleh dipastikan seratus peratus jika gambar-gambar ini adalah merupakan sistem operasi google chrome yang sedang diperkatakan.

chrome01

chrome07

Jika merujuk kepada gambar,sistem operasi google ini kelihatan seperti sistem linux contoh kubuntu + ubuntu….namun masih terlalu awal untuk kita memastikan ini merupakan sistem operasi Google Chrome yang sedang dinanti-nantikan oleh semua pengguna.

p/s Sama-samalah kita menanti kelahiran OS Google Chrome!


[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Cadangkan atau Kirim artikel-artikel untuk blog Cekap Komputer

Salam kepada semua pembaca blog Cekap Komputer,kini anda berpeluang untuk memberi cadangan mengenai artikel-artikel yang anda inginkan di blog cekap komputer pada masa akan datang.Selain itu,anda juga boleh mengirim artikel yang berkaitan dengan komputer secara “softcopy” kepada kami,jika artikel-artikel anda terpilih Nama,Asal dan Pautan blog/web anda akan dipaparkan.

Cadangan artikel untuk blog Cekap Komputer

– Sesuai untuk semua golongan samada golongan baru belajar,separuh mahir dan mahir.

– Anda boleh cadangkan mengenai perician sesuatu perisian atau perkakasan komputer.

– Artikel yang dicadangakan tidak berunsur hacking atau crack.

– Saya hanya akan memilih cadangan artikel yang benar-benar sesuai untuk blog Cekap Komputer.

– Tidak memburukkan mana-mana pihak.

– Artikel yang bukan bertujuan untuk mempromosikan produk anda secara lansung.

Kirim artikel ke blog Cekap Komputer

– Nama,asal dan pautan blog atau web anda akan dipaparkan di sudut bawah artikel tersebut.Sila kirim butiran2 tersebut.

– Blog atau web anda akan dipromosi secara tindak langsung.Pastikan blog anda tidak berunsur lucah atau memudaratkan
pembaca lain.Kegagalan anda berbuat begitu,pihak Cekap Komputer akan membuang pautan anda tanpa sebarang notis.Pemantauan pautan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

– Jumlah artikel yang akan dipilih adalah terhad.

– Artikel atau tutorial mestilah mengandungi gambar berkaitan ataupun isinya mestilah kemas dan menarik sesuai untuk blog cekap komputer.

– Hanya satu pautan untuk satu artikel.Jika anda tiada blog atau web anda boleh meletakkan email anda.

– Hanya artikel-artikel yang kami rasa sesuai akan dipilih.Keutamaan diberikan untuk mereka yang berpautan blog atau web peribadi.

– Kirimkan tutorial atau artikel anda dalam bentu softcopy.

– Artikel yang berkaitan dengan permasalahan ict dan cara penyelesaiannya termasuk gambarajah serta penerangan satu persatu diutamakan.

– Pastikan isi kandungan artikel anda tidak mengandungi link ke blog atau web untuk tujuan promosi secara tidak langsung.Pihak Cekap Komputer berhak untuk mengubah setiap isi-isi artikel anda yang dirasakan tidak sesuai.

– Artikel bukan berkaitan dengan cracking yang boleh menyusahkan pengguna lain.

Cadangan dan kiriman artikel boleh dihantar terus ke [email protected] dot com.

p/s Syarat-syarat ini akan diupdate dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis mengikut kesesuaian.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Jom Download! ebook percuma Cekap Komputer 2009

cover ebook ck 09 copy.resized
Seperti yang dinyatakan di dalam post sebelum ini,akhirnya ebook percuma himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer sedia untuk didownload.

Baiklah ebook percuma Cekap Komputer 2009 (Himpunan artikel-artikel blog Cekap Komputer dari januari – ogos) terdapat 17 artikel terpilih,antaranya ialah :

1.Masalah dengan Perisian IM anda?Jom guna Pidgin..
2.Berhati-hati dengan virus sality.y !!
3.Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!
4.Tip memeriksa Power Supply anda !
5.Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
6.Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
7.Tip Menjaga Laptop Anda!
8.Perisian Percuma Irfanview!
9.Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
10.Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
11.Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
12.Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
13.Microsoft Office 2010
14.Kerajaan Malaysia cadang IPv6
15.Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
16.Beza perintah Windows dan Linux
17.Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

Anda boleh download ebook percuma Cekap Komputer ini :
http://sharecash.org/download.php?id=102019
http://www.ziddu.com/download/6800931/ebookCekapKomputer2009EdisiPercuma.pdf.zip.html

p/s terdapat beberapa lagi ebook percuma untuk pembaca-pembaca Cekap Komputer.Nantikan!

Info terbaru mengenai ebook percuma ini,rujuk http://blog.cekapkomputer.com/2009/11/03/download-ebook-percuma-ck-20082009/

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

ebook percuma Cekap Komputer 2009 akan datang!

cover ebook ck 09 copy.resized

Sebelum ini saya ada mengeluarkan ebook percuma iaitu himpunan artikel-artikel blog cekap komputer untuk tahun 2008…pada kali ini,saya akan mengeluarkan satu lagi ebook percuma iaitu himpunan artikel-artikel terpilih untuk tahun 2009 dari bulan januari – ogos ….ini kerana pada 31 ogos 2009 yang lalu blog cekap komputer telah berpindah ke www.blog.cekapkomputer.com…

Mengikut statistik jumlah ebook percuma cekap komputer untuk tahun 2008 dimuatturun pada forum dan blog baru cekap komputer sehinggakan pada hari ini 30 september 2009 ialah :

Forum ; 644 kali dimuatturun.
Blog Baru Cekap Komputer : 287 kali dimuatturun.

Jumlah keseluruhan yang ebook percuma cekap komputer 2008 ialah sebanyak 931 kali..terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan muat turun ebook percuma Cekap Komputer.

Baiklah ebook percuma Cekap Komputer 2009 (Himpunan artikel-artikel blog Cekap Komputer dari januari – ogos) terdapat 17 artikel terpilih,ebook ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

1.Masalah dengan Perisian IM anda?Jom guna Pidgin..
2.Berhati-hati dengan virus sality.y !!
3.Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!
4.Tip memeriksa Power Supply anda !
5.Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
6.Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
7.Tip Menjaga Laptop Anda!
8.Perisian Percuma Irfanview!
9.Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
10.Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
11.Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
12.Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
13.Microsoft Office 2010
14.Kerajaan Malaysia cadang IPv6
15.Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
16.Beza perintah Windows dan Linux
17.Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

p/s Terdapat beberapa lagi ebook percuma Cekap Komputer khas untuk pembaca Cekap Komputer yang akan saya keluarkan.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Muat turun ebook percuma Cekap Komputer 2008!

ebook Cekap Komputer 2008 ( Edisi Percuma)

ebook percuma dari Cekap Komputer ini adalah khas untuk Ahli Forum Cekap Komputer….ebook ini adalah himpunan artikel-artikel dari blog cekap komputer.Anda bebas mengedarkan ebook ini kepada rakan-rakan dengan syarat tidak menjualnya…

1.    10 Top Hos Blog !
2.    Perisian percuma dan berguna! CCleaner
3.    Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
4.    Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
5.    Unlocker 1.8.6 perisian percuma yang berguna..
6.    Cara Mudah Menggunakan Proxy pada Irc
7.    Masalah NTLDR pada Windows XP
8.    Membuat Dailer dengan cara mudah untuk streamyx dan ISP lain
9.    Memotong Video Menjadi beberapa bahagian menggunakan VCD Cutter 4.04
10.    Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual
11.    Membuat Multi Login pada Yahoo! Messenger(YM)
12.    Cara meningkatkan keselamatan Pc anda
13.    Menyelesaikan Masalah Super Hidden pada sesebuah folder
14.    Recuva penyelamat fail anda yang terdelete secara tidak sengaja
15.    Menyelesaikan masalah tetingkap error pada startup Windows XP anda
16.    Cara Install dan menggunakan IRC(secara ringkas)
17.    Arahan “ping”
18.    Elakkan diri dari menjadi mangsa penjenayah siber
19.    Pasang fungsi “Wine” pada ubuntu anda
20.    Memberi sedikit effect perkataan menggunakan Adobe Photoshop
21.    Penyebaran virus melalui Friendster menggunakan Akaun rakan anda tanpa disedari!
22.    Perisian percuma Notepad++
23.    Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?


Download ebook cekap komputer 2008!

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Salam Merdeka buat Malaysia ke – 52!

Sedar ataupun tidak,kini Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke-52…banyak perubahan dan kejayaan yang telah kita kecapi bersama..Dunia internet di Malaysia juga turut berkembang dari semasa ke semasa…Begitu cepat masa berlalu dari perkembangan Windows,Linux,Mac dan lain-lain kita dapat merasai perbezaannya…Kemerdekaan yang membolehkan kita mengecapi semua ini,tidak kira siapa kita,bangsa kita,parti kita…kita adalah 1Malaysia…Kita dapat melihat perkembangan di dalam negara kita..kita dapat merasakan kemodenan di negara kita…dari proton saga lama ke proton exora…dari produa kancil ke produa viva…kita dapat melihat perkembangan ini dengan mata kita sendiri…Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini,merdeka disambut tidaklah semeriah tahun sebelum ini kerana disamping kita menyambung hari merdeka,kita juga turun menyambung bulan puasa…selain itu wabak H1N1 yang juga turut membimbangkan negara ini turut menghalang kita untuk berada di kawasan yang sesak dan ramai orang…Namun semangat kemerdekaan tetap tersemat di dalam hati setiap rakyat di negara ini.

Kami dari pihak Cekap Komputer ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-52 serta Selamat Menyambung Bulan Ramadhan.

merdeka googleex

yahooox

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Selamat Datang ke Laman Blog Cekap Komputer

Selamat datang ke laman blog cekapkomputer.com.Untuk makluman pengunjung dan pembaca sekalian,laman blog ini akan menggantikan laman blog cekapkomputer.blogspot.com …Ini kerana dengan terbinanya laman blog yang baru ini,laman blog rasmi cekap komputer akan lebih kemas dan teratur…suda lama saya bercadang untuk memindahkan blog Cekap Komputer ini.Selain itu,bagi menghargai kesetiaan pembaca-pembaca Cekap Komputer,saya akan simpan pautan blog anda di laman blog baru cekap komputer ini…Saya lihat banyak terdapat pautan blog cekap komputer ini di laman-laman blog anda…oleh itu saya akan sediakan satu ruangan untuk pautan website/blog anda.

Sebelum ini,Laman blog Cekap Komputer hanya menggunakan laman blog dari host percuma iaitu blogger.com…Tempat yang disediakan oleh blogger.com ini adalah sangat baik sekali,namun rasanya saya perlukan satu kelainan dengan menggunakan WordPress untuk menjadikan laman blog Cekap Komputer lebih kemas….Semoga perpindahan blog Cekap Komputer ini akan membawa kebaikan kepada anda semua…Terima Kasih atas sokongan yang anda berikan selama ini!

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]