Virus Facebook : The Rihanna UN-fan club! Oh my god,check this

 

Jika sebelum ini laman sosial seperti MySpace,Friendster dan lain-lain dijadikan tempat penyebaran virus,laman sosial yang paling popular pada masa kini iaitu Facebook.com juga turut menjadi pusat penyebaran virus.Baru-baru ini,virus facebook “The Rihanna UN-fan club! Oh my god,check this” mula merebak dengan cepat di laman sosial facebook.

Bagi kreatifkan lagi penyebaran virus ini,virus ini menggunakan akaun milik rakan-rakan facebook anda untuk menyebarkan virus ini dan disertakan sekali gambar seksa seksi penyanyi Rihanna tanpa rakan anda sedari.Kemungkinan besar,anda juga turut dijangkiti oleh virus tersebut jika anda klik link/pautan yang diberikan.

Teknik yang digunakan ini sudah pasti akan diubahsuai pada masa akan datang bagi memerangkap lebih banyak pengguna laman sosial facebook.

Kepada mereka yang tidak sengaja klik link yang diberikan,saya sarankan anda untuk membuat scan penuh komputer anda serta anda juga boleh cuba menggunakan perisian Ccleaner untuk membersihkan cookies serta sampah sarap yang ada di dalam komputer anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

http://www.piriform.com/go/ccleaner.com

 

Sejarah & Cara Virus Komputer Bekerja


Berjumpa lagi kita pada post kali ini,baiklah pada post kali ini saya ingin memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sejarah dan ciri-ciri yang ada pada virus komputer.Saya pasti ramai pengguna komputer hari ini mengenali apa itu virus komputer,namun adakah pengertian anda itu mengenai apa itu virus komputer adalah tepat?Ada juga yang kurang memahami apa itu virus komputer,soalan yang sering saya terima ialah apa tu virus?orang ke yang cipta? …Saya pasti ramai diantara mereka di luar sana tidak memahami mengenai virus komputer,mereka hanya tahu yang virus komputer itu merbahaya…dan yang penting ada antivirus…

Soalan yang juga selalu saya terima ialah, Aku dah pakai antivirus….yang original lagi harga rm68…beli kat kedai,kedai tu cakap ini antivirus yang paling kuat…tapi mcmana komputer aku boleh kena virus lagi? …Nah,di situ nampak yang ramai pengguna kurang memahami maksud sebenar Virus ini.baiklah tanpa membuang masa saya akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai virus komputer ini.

Virus pertama yang tercipta ialah pada tahun 1949,oleh John von Newman salah seorang pencipta komputer.Kemudian perkembangan virus komputer turut terjadi di AT&T Bell Laboratory salah satu laboratorium terbesar di dunia,sekitar tahun 1960,para peneliti membuat permainan dengan sesuatu program yang dapat memusnahkan,perang program ini dinamakan Core War.Para peneliti sedar bahawa program tersebut berbahaya dan memusnahkan program tersebut setiap kali selesai permainan.Sejarah mengenai virus ini panjang tetapi saya ringkaskan disini,kita akan lebih menyentuh mengenai bagaimana virus berkerja,jenis-jenis virus dan cara mengatasi virus komputer.

Cara Virus berkerja

Virus mampu mencuri maklumat peribadi kita jika ia menjangkiti komputer kita.Hal ini benar,kerana terdapat program seperti keylogger dan sebagainya mampu melakukan perkara ini jika ia menjangkiti komputer anda.

Virus mampu “beranak” atau menyalinkan dirinya,antara virus yang popular menyalinkan dirinya adalah virus Brontok yang satu ketika dahulu cukup popular.Seperti virus yang ada pada masa sekarang,virus tersebut akan membuat salinan menggunakan nama yang sama pada folder kita dan menggunakan fungsi “super hidden” dan tanpa kita sedari yang folder kita tersebut bukanlah folder sebenar tetapi virus…pernahkah anda mengalami masalah untuk membuka folder anda?terutama sekali di pendrive.

Virus mampu mengawal komputer kita,Virus juga mampu mengawal komputer kita..jika hal ini berlaku tentu sekali antivirus anda tidak dapat mengesan virus yang ada di dalam komputer anda.

Virus mampu bersembunyi,setiap tahun cara virus bekerja tentu ada cara terbaru,saya boleh katakan virus terbaru kali ini bertindak lebih ganas dan mampu bersembunyi tanpa dikesan jika kita tidak teliti.

p/s saya akan menulis artikel mengenai jenis virus dan cara mengatasi pada post yang akan datang.Apa yang penting gunakan antivirus yang sentiasa “update” untuk kebaikan bersama.