Download Driver Notebook Asus Untuk Windows

Driver ASUS

Assalamualaikum & salam cekap komputer,apa khabar para pengunjung Blog Cekap Komputer? Semoga sentiasa sihat selalu.

Dalam tutorial kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda cara untuk muat turun driver untuk laptop jenama Asus.Sebelum ini,ada beberapa rakan dari fan page Cekap Komputer bertanya kepada penulis,cara untuk mendapatkan driver-driver bagi notebook jenama Asus ini.

Kebiasaannya,apabila anda format komputer anda kepada sistem Windows yang baru,terdapat beberapa driver notebook tersebut tidak lengkap dan perlu dipasang.Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan,pertama sambungkan notebook anda pada internet dan update sistem windows anda(driver akan automatik dipasang bagi OS Windows 7) dan kedua,anda boleh muat turun perisian driver-driver tersebut melalui laman web model laptop yang anda gunakan.

Penulis akan menunjukkan anda kaedah kedua,iaitu muat turun perisian driver tersebut dari laman web ASUS.

Pertama sekali,klik pada http://support.asus.com/download

Driver ASUS

Halaman berikut akan dipaparkan.Kemudian,masukkan nama model laptop asus yang anda gunakan(contoh A43SJ) dan klik butang “Search“.

Selepas itu,klik pada model ASUS seperti yang dipapatkan.

 

Langkah seterusnya,anda akan diminta untuk memilih sistem Windows yang anda gunakan.

Anda akan dapat lihat,senarai driver-driver model notebook yang anda cari.Anda boleh muat turun driver-driver tersebut secara percuma tanpa perlu dikenakan sebarang pembayaran.

 

Klik pada senarai driver yang anda inginkan dan anda akan diberi pilih untuk muat turun driver-driver tersebut melalui Global (DLM),Global & P2P.Klik pada GlobalĀ dan tunggu sehingga proses muat turun selesai.

 

Mudah bukan! šŸ™‚

 

Driver ASUS

© 2012, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply