Download ebook “Koleksi Artikel-artikel Terbaik Cekap Komputer 2008 – 2011 PERCUMA!

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya Khairilizwan merupakan penulis & pemilik blog Cekap Komputer ini.Terima kasih kerana sentiasa menyokong perjalanan Cekap Komputer dari tahun 2008 lagi.Walaupun terdapat banyak rintangan dan cabaran untuk mengemaskinikan blog ini,blog Cekap Komputer ini masih tetap berdiri hingga ke hari ini.

Oleh sebab masa yg kurang mengizinkan,saya tidak dapat mengemaskinikan blog ini dengan lebih kerap.Namun saya sentiasa berusaha untuk memastikan blog ini sentiasa memberikan anda sesuatu yg berguna.Saya juga bercadang untuk mencari penulis kedua untuk blog ini…Ada sesiapa berminat?hehe..

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda,kerana dari semasa ke semasa ahli komuniti facebook Cekap Komputer dan pada masa kini telah meningkat kepada 7,700 lebih dan dijangka akan meningkat kepada 10 ribu dalam beberapa bulan lagi.Saya akan mengemaskinikan beberapa bahan termasuk ebook percuma untuk ahli komuniti Cekap Komputer ini.

Khas untuk ahli komuniti Cekap Komputer,anda boleh muat turun ebook “Koleksi Artikel-artikel Terbaik Cekap Komputer 2008 – 2011 ini secara PERCUMA! Ya ianya PERCUMA 100%!! .Koleksi-koleksti artikel ini yang saya tulis dari tahun 2011 lagi,saya kumpulkan dan dijadikan ebook supaya memudahkan lagi anda membaca artikel-artikel dari blog Cekap Komputer.Anda bebas mengedarkan ebook ini kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak sama sekali menjual ebook ini.

Selain ebook ini,saya sertakan sekali juga ebook “Panduan Membuat Dual Boot Ubuntu dan Windows” untuk koleksi anda.

P/s : Buat masa ini saya limitkan pautan download ini kepada ahli komuniti facebook Cekap Komputer dahulu,anda boleh mendapatkan pautan download ebook ini melalui aplikasi muat turun facebook yang disediakan.Saya akan kemaskini pautan download dari semasa ke semasa.

 

Anda boleh download ebook ini di :

http://khairilizwan.com/ebookck2011/

 

 

 

 

© 2011, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

0 Comments

Leave a Reply

Send this to a friend