Facebook jual saham

Facebook jual saham

Facebook

facebook
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial Facebook bakal mengemukakan permohonan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.

 Menurut laporan media tempatan, Facebook yang mempunyai lebih 800 juta pengguna dijadualkan mengemukakan prospektus untuk tawaran awam awal (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS seawal pagi semalam.

Berita berhubung permohonan IPO oleh Facebook didedahkan akhbar Wall Street Journal pada minggu lalu, lapor agensi berita AFP.

Menurut akhbar berkenaan, syarikat berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan sebanyak AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Namun, sasaran AS$10 bilion itu dikurangkan kepada hampir separuh dalam beberapa laporan baharu yang disiarkan kelmarin dalam akhbar The New York Times dan International Financing Review.

Namun, Facebook yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut. – Agensi

SUMBER : KOSMO

Facebook

© 2012, khairilizwan. All rights reserved.

khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Close Menu