Jom langgan artikel-artikel secara percuma dari sesebuah blog terus ke email anda.(RSS)

Saya pernah menulis mengenai melanggan artikel-artikel secara percuma dalam sesebuah blog pada laman blog cekap komputer yang lama,namun saya akan menerangkan kembali mengenai topik ini supaya lebih ramai orang yang faham mengenai fungsi rss ini.

Situasi 1 : Anda sedang melayari laman web untuk mencari sesuatu bahan ataupun info..kemudian,anda terjumpa sebuah laman blog yang memberikan anda banyak info menarik di dalamnya…Anda rasa anda tidak ingin ketinggalan untuk mendapatkan info-info terbaru dari laman blog tersebut,tentu sekali menyusahkan anda untuk memeriksa berulangkali untuk mengetahui adakah terdapat info-info baru yang diupdate di dalam laman tersebut.

Jika anda mengalami situasi seperti di atas,jangan risau kerana terdapat cara untuk anda mengetahui info-info baru yang diupdate…Caranya adalah dengan melanggan secara percuma artikel-artikel dari blog tersebut dengan kemudahan yang disediakan oleh FeedBurner .Apa yang dilakukan ialah,jika anda melanggan secara percuma artikel-artikel terbaru dari blog tersebut akan sampai ke email anda atau khidmat rss yang lain.Rujuk pautan ini jika anda tidak faham mengenai RSS http://ms.wikipedia.org/wiki/RSS .

Contoh langganan email yang saya gunakan di dalam blog Cekap Komputer ialah,

email

Apabila terdapat artikel-artikel terbaru dari laman blog tersebut anda akan mendapat email seperti berikut.

email1

Beginilah contoh artikel yang anda akan dapat terus ke email anda,dengan itu anda tidak akan ketinggalan segala artikel-artikel terbaru dari sesebuah blog.

Selain melanggan RSS terus ke email,terdapat juga kemudahan RSS yang disediakan dengan cara yang lain.

email2

Sedikit info mengenai RSS

RSS (dahulunya “RDF Site Summary”, dikenali secara tidak rasmi sebagai “Really Simple Syndication”) merupakan keluarga format penyuap Web yang digunakan bagi mengemas kini kandungan seperti catatan blog, tajuk berita atau podcasts. Dokuman RSS, yang dikenali sebagai “feed”, “penyuap web – web feed”, atau “channel”, mengandungi samaada ringkasan kandungan dari tapak laman berkait atau teks penuh. RSS menjadikannya mudah bagi orang ramai menjejak tapak web kegemaran mereka secara automatik yang lebih mudah berbanding menjejak secara manual.

Kandungan RSS boleh dibaca dengan menggunakan perisian dikenali sebagai “pembaca RSS”, “pembaca penyuap (feed reader)” atau “aggregator“. Pengguna melanggan kepada penyuap dengan memasukkan pautan penyuap pada pembaca atau mengklik pada ikon RSS pada pelayar yang memulakan proses berlanggan. Pembaca memeriksa langganan penyuap pengguna secara berkala bagi kandungan baru, memuat terima sebarang kemaskini yang dijumpainya.

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

Leave a Reply