Mematikan fungsi autoplay pada Windows 7!

Baiklah pada post kali ini,saya akan menunjukkan cara untuk mematikan fungsi autoplay pada Windows 7 anda.

Mengapakah kita perlu mematikan fungsi autoplay ini?

Bagi sesetengah pengguna,fungsi autoplay adalah berguna kepada mereka terutamanya bagi kegunaan contohnya CD pembelajaran yang menggunakan fungsi autoplay.Namun bagi sesetengah pengguna,fungsi ini kadangkala melecehkan dan menyusahkan kita.Selain itu,kebiasaannya fungsi autoplay ini disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan lagi virus-virus mereka selalunya melalui pendrive.

Bagaimanakan cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini pada Windows 7 anda?

Baiklah saya akan memberikan anda cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini.Dengan hanya 4 – 5 langkah fungsi ini dapat dimatikan.

Pertama sekali,Klik pada butang logo Windows pada tepi Toolbars anda dan klik pada ruangan yang bertulis “search programs and files”.Ruangan “search programs and files” ini juga sebenarnya adalah fungsi RUN seperti yang ada pada Windows XP sebelum ini.Kemudian taip gpedit.msc .

autorun1

Kemudian,klik pada Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components > Klik pada AutoPlay Policies.Rujuk gambarajah di bawah.

autorun2

Baiklah pada bahagian AutoPlay Policies,klik pada Turn Off Autoplay,kemudian satu tetingkap akan dipaparkan dan klik pada pilihan Enabled dan pastikan bahagian bawah Options dipilih All drives.Rujuk gambarajah.

autorun3

Mudah dan ringkas kan? Jom cuba sendiri…

P/s Maaf sejak kebelakangan nie sibuk sikit dengan projek-projek untuk tahun 2010…selamat tahun baru!

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

4 Comments

  1. Salam,
    Macam mana pula kalau DVD player kita memang tahap yang ok, tetapi apabila dimasukkan cd atau dvd tak kira movie atau data, ianya tetap akan di eject keluar sebab tak masukkan writable cd?
    OS yang digunakan adalah window 7. Saya telah cuba paparan anda seperti di atas tetapi run yang digunakan gagal pergi ke tempat yg hendak dituju sebab ianya menyatakan gpedit.msc tiada.
    Mohon bantuan saudara sebab laptop acer ni saya baru beli tak sampai 3 bulan pun.
    Thanks in advanced.

  2. sya guna windows 7 saya cuba taip macam tuto diatas “gpedit.msc”
    bla search die kluaq cannot find, sbb apa erk…?

Leave a Reply

Send this to a friend