Menanti kedatangan Karmic Koala ( Ubuntu 9.10 )

Koala

Seperti menanti kelahiran anak baru,begitu juga dengan sistem operasi Ubuntu yang sedang menunggu kemunculan Karmic Koala ( Ubuntu 9.10 ) yang akan direalisasikan pada 29 oktober 2009 ini…Terdapat beberapa perubahan dan tambahan pada ubuntu 9.10 ini…Dari semasa ke semasa pengguna linux terutama distro ubuntu semakin meningkat..walaupun ubuntu ini masih baru di mata pengguna-pengguna komputer,namun kita dapat melihat peningkatan pengguna ini setiap tahun.Berbalik kepada tajuk artikel kita pada kali ini,terdapat beberapa perubahan serta penambahan yang dilakukan pada ubuntu 9.10 yang dinamakan Karmic Koala ini.Antaranya ialah :

  • Menggunakan GIMP versi 2.6
  • Menggunakan GNOME versi 2.28
  • Mozilla Firefox versi 3.5 sebagai pelayar web utama
  • Menggunakan OpenOffice.org 3.1
  • Menggunakan Linux kernel 2.6.31
  • Empathy Instant Messenger mengantikan Pidgin
  • Default filesistem menggunakan ext4
  • Aplikasi terbaru untuk file sharing iaitu UbuntuOne
  • Juga perubahan pada Splash screen
  • Dan banyak lagi…
  • Ubuntu 9.10 Karmic Koala Alpha 5 telah direalisasikan pada 3 September 2009 yang lalu,Anda boleh mencuba Ubuntu 9.10 Karmic Koala Alpha ini…Versi Alpha ini adalah hanya untuk percubaan sahaja,jangan diinstal pada komputer utama atau komputer kerja anda.

    Jadual Karmic Koala direalisasikan:

    May 14th, 2009 – Alpha 1 release
    June 11th, 2009 – Alpha 2 release
    July 23rd, 2009 – Alpha 3 release
    August 13th, 2009 – Alpha 4 release
    September 3rd, 2009 – Alpha 5 release
    September 17th, 2009 – Alpha 6 release

    October 1st, 2009 – Beta release
    October 22nd, 2009 – Release Candidate
    October 29th, 2009 – Final release of Ubuntu 9.10

    Download Karmic Alpha 5

      http://cdimage.ubuntu.com/releases/karmic/alpha-5/ (Ubuntu Desktop, Server, and Netbook Remix)
      http://uec-images.ubuntu.com/releases/karmic/alpha-5/ (Ubuntu Server for UEC and EC2)
      http://cdimage.ubuntu.com/ports/releases/karmic/alpha-5/ (Ubuntu Desktop for ARM)
      http://cdimage.ubuntu.com/kubuntu/releases/karmic/alpha-5/ (Kubuntu Desktop and Netbook)
      http://cdimage.ubuntu.com/xubuntu/releases/karmic/alpha-5/ (Xubuntu)
      http://cdimage.ubuntu.com/mythbuntu/releases/karmic/alpha-5/ (Mythbuntu)

    © 2009, khairilizwan. All rights reserved.

    Previous ArticleNext Article
    Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

    7 Comments

    1. Aku tak sabar nak tunggu Ubuntu 9.10 haha. Windows ni menyusahkan hidup aku je.

    2. Mmm..tidak juga.
      Rasanya, memang window lagi baik lah.
      Terutamanya windows vista. Banyak sekali software tidak serasi dengan ubuntu.
      Dulu saya pakai ubuntu juga (wubi, double OS)
      Tapi sekarang, tiap kali boot terus saya masuk Window vista, bukan Ubuntu. maLas masuk ubuntu.
      Setakat ni, cuma solaris dan ubuntu yang saya penah pakai selain window. saya rasa dua ekor OS  tu macam sama  sa ja..huhu
      keLemahan ubuntu,
      1.banyak software tak serasi
      2. hodoh interfacenya (cantik sebenarnya kalau guna coopix, tapi sebenarnya coolpix tak berguna sgt. buat apa jelly windows?)
      3. web browser- cuma moziLLa 1.0? (ada yang lain, tapi kena setting sendiri. alangkah bagusnya kalau dapat masuk IE8, atau Firefox 3.53 atau Chrome)
      4. Rasanya, resolusinya rendah sgt. Dalam 1 page muat sikit ja objek. huhuhuhu…
       

    3. windows ada license tapi ubuntu GPL. free je.
      windows virus macam2 tapi linux virus almost tak ada.
      the way ubuntu run whereby always need root access for any major changes buat ubuntu lagi secure especially on the net.

      ubuntu still baru but i can see the potential. siapa yg suka che guevera yg suka mahatma gandhi dan yg suka memperjuangkan kebebasan logicallynya akan suka lah pada ubuntu dan distro2 linux yg lain lah.

      🙂 peace

    4. salam….. pakcik tak pahamlah ubuntu ni… kalau kita dah guna xp .. camana .. caranya… tolong .. pakcik .. ya… hehehe.. malu bertanyo sesat jalan..

    5. Ubuntu ni sistem operasi yang berbeza dengan sistem operasi Windows.takpe ikuti artikel2 saya mengenai ubuntu pada masa akan datang 🙂

    Leave a Reply