P1 Wimax – Dah Potong ke belum?

Dah potong ke belum?begitulah iklan tv P1 Wimax yang pada ketika ini hangat diperkatakan.Pelbagai respon yang kita boleh dapat dari orang ramai mengenai wimax ini,ada yang mengatakan servis yang ditawarkan oleh Wimax ini adalah lebih baik berbanding penyumbang perkhidmatan internet terbesar di Malaysia buat masa kini(Streamyx).Laman utama Wimax http://www.p1.com.my/

Info Mengenai P1 Wimax,

Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada bulan Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada bulan 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menajakan projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai ‘P1 Filmmakers Showcase’. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia. RUUMZ adalah platform jaringan sosial dalam talian Malaysia yang tersendiri dan ahli-ahlinya dapat bersantai, mendengar muzik, menonton filem, bermain games, berbual dan menjadi sebahagian dari komuniti siber yang segar.

sumber, http://ms.wikipedia.org/wiki/Packet_One_Networks

Untuk menyemak samada kawasan tempat tinggal anda berada di dalam coverage wimax sila rujuk pautan ini, http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx

image001

Selain P1 Wimax,kini amax Wimax pula akan berada di pasaran..lihat pakejnya di sini http://www.amax.my/packages.html

amax

P/S : Kekurangan Wimax sekarang kawasan liputan Wimax masih belum meluas,kat Sabah pun belum semua tempat ada…jadi nak potong apa?hehe…

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

khairilizwan

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

This Post Has 9 Comments

  1. hmm, WiMax?? Saya memang dah lama menunggu perkhidmatan yang akan bersaing secara serius dengan pembekal utama TM.. kerana terlalu banyak komplen dari perkhidmatan TM, bayar mahal servis lembab.. hmm sedih laa, antara fakta yang menarik sekarang ialah, Malaysia ialah antara negara yang termahal dalam service internet.. dahlaa mahal.. lembab pulak tuuu.. aduiii

    Cepat laa cover kat kawasan saya.. supaya leh laa saya potong..

    p/s: ASTRO.. <=–tiada saingan yang serius jugak…

  2. assalammualaikom…

    tamatlah monopoli internet di malaysia,, baru leh murah dan lebih baik perkhikmatanya sebab ada pesaing…

    bila la nak ada pesaing astro semoga kerajaan cepat benarkan syarikat asing masuk sediakan perkhikmatan untuk tamatkan ditaktor astro yang naikan harga ikut suka hati ja…

  3. betul.. aku sokong, kalau ada la pesaing macam astro aku la org yg pertama yang langgan. tempat aku ni aku langgan pasal ch lokal tak terang..

  4. assalammualaikom…

    semua tempat macam tu line teruk.. macam ada pakatan jer denga gov untuk cekek darah…

  5. P1 Wimax memang laju broadband dier…tapi hakikat sebenar disebalik kelajuan tuuuu service dia cam ampehhhh aku baru 3 hari guna dah kena migration issue pada P1 modem dan wiggy, kata akan solve dlm masa 24-48 jam. Tipu jerrr aku x leh guna p1 selama 14 hari dahtu bil sampai takder pemotongan walau dah informe berkali kali…siott p1 wimax…kes bill plak aku dah settle bill pertama aleh aleh fair usage aku 0mb, aku call p1 apa dia cakap fair usage aku akan di setup pada 28hb ..bayangkan seminggu lagi aku x leh download apo pun…P1 wimax mmg nipu cam astro gakkk…nyesal aku guna p1 wimax kalu service cam cikai jerr

  6. lum pakai, no comment, tapi iklanNya hebat!Cam terpengaruh nak cuba rasanya. Tapi komen2 yang terbaca, macam tak nak lak pulak. Cam mana pandangan pakar2 atau tok guru2 IT yang ada di Malaysia

  7. Huhuhu. Tengok tajuk ingat ke macam nak suruh potong P1 Wimax.
    Bercakap pasal broadband, org kat kawasan bandar besar gak byk pilihan.

    Rasanya dalam lingkungan RM60-70 adalah harga standard yang rasanya service provider boleh bagi.

  8. macam mana cara nak potong p1

Leave a Reply

Close Menu