Paparkan Akaun Administrator pada Windows 7 yang tersembunyi

Baiklah pada post kali ini,saya akan berkongsi kepada pembaca-pembaca CK yang dikasihi sekalian cara bagaimanakah untuk memaparkan akaun Administrator pada sistem operasi Windows 7 anda.

Pertama sekali,buka Command Prompt pada komputer anda.Caranya ialah,klik pada butang “Start Menu” > All Programs > Accessories > Kemudian buka “Command Prompt” melalui “Run as Administrator”.Rujuk gambar di bawah.

Kemudian,setelah tetingkap Command Prompt dipaparkan.Taip command berikut :

net user administrator /active:yes

rujuk gambar di bawah.

 

Selesai! Jika anda log off komputer anda,anda akan dapat melihat terdapat satu akaun baru iaitu “Administrator” pada Logon screen komputer anda.

 

Sembunyikan Akaun Administrator pada Windows 7 Anda.

Akaun Administrator pada Windows 7 anda merupakan akaun yang sangat penting dan akaun yang paling utama pada sistem operasi anda.Oleh itu,anda perlu tahu mengendalikan dan menjaga akaun ini sebaik mungkin.Bagi mereka yang kurang berpengalaman mengenai akaun Administrator ini,saya syorkan anda tidak menganggu tetapan-tetapan yang ada pada akaun Administrator ini.

Untuk menyembunyikan akaun Administator anda,anda hanya perlu menggunakan command berikut pada Command Prompt anda :

net user administrator /active:no

Semoga berjaya!!

 

 


 

© 2011, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

  1. knp sy buat x dpt pun??sthu sy dlu bleh jek install tnpa use admin account??

Leave a Reply