Selamat Ulang Tahun Google ke – 11 !

google2

Jika anda perasan,pada 27 September 2009 yang lalu..anda akan dapat lihat logo pada enjin carian google berbeza…Tulisan pada logo “google” berubah menjadi “googlle”,terdapat double ll pada ejaan google tersebut….sebenarnya pada 27hb yang lalu merupakan tarikh ulang tahun untuk Google… ll yang dimaksudkan adalah 11(sebelas) iaitu Google menyambut ulang tahun ke – 11 pada 27 september 2009 baru-baru ini.Sekadar pengetahuan,domain Google.com didaftarkan pada tahun 1997 oleh Page dan Brin.Walaupun usia Google ini boleh dikatakan masih baru,tetapi Google cukup matang untuk memikat hati para pengguna internet.
Saya mengucapkan tahniah kepada google kerana banyak memberi perubahan dan peluang kepada dunia IT pada masa kini,boleh dikatakan Google berbeza dengan enjin carian yang lain…”Mencari sesuatu adalah lebih mudah dengan Google” itu yang saya boleh katakan…Jika anda ingin mencari sesuatu,tanya saja pakcik Google..Dari semasa ke semasa,peminat google semakin meningkat dan sudah tentu bersaing dengan kuasa besar yang lain seperti Yahoo & Microsoft…Google bukan sahaja berjaya dalam enjin carian,tetapi juga berjaya dengan sahamnya.
Semoga Google dapat memberikan lebih banyak perubahan dan pembaharuan kepada dunia IT pada masa kini.

© 2009, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply