Siapakah Yang Terbaik Diantara Yang Terbaik?

Umum mengetahui bahawa syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar terbesar di dunia masing-masing di lihat pada hemat saya untuk berlumba-lumba untuk menunjukkan bahawa siapa yang akan bertaut pada hati seseorang yang bergelar pengguna.

Apple,Samsung,Xiaomi,OnePlus dan sebagainya merupakan nama besar yang masing-masing telah mengeluarkan ‘jentera-jentera’ mereka. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak supaya tidak terlalu mengejar teknologi kerana ia dapat memberi impak yang negatif dari sudut kewangan.

Semalam pihak Apple telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu iphone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang boleh didapati mulai 27 September 2019.

Harga bagi kedua-dua model ini dijangka bermula pada harga RM 4,899 bagi model iPhone 11 Pro manakala harga bagi iPhone 11 Pro Max boleh didapati pada harga RM 5,299.

© 2019, Bisikan Konspirasi. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article