Sistem operasi Windows 9 akan dilancarkan?

Windows 9

Selepas Windows 8 direalisasikan pada tahun 2012,terdapat desas-desus menyatakan Windows 9 pula akan dilancarkan tidak lama lagi menggantikan Windows 8.

Jika benar,Windows 9 yang menggunakan codename “Threshold” ini kemungkinan akan menjalankan proses pratonton pada penghujung september atau oktober.

Threshold ataupun Windows 9 dijangka akan membuat beberapa perubahan terutamanya paparan muka depan dan beberapa bahagian lain.Ciri-ciri baru yang kemungkinan akan dimasukkan ialah mengembalikan lagi butang “Start Menu” yang sebelum ini telah dibuang pada versi Windows 8,penyingkiran “Charms bar”,menyokong “virtual desktops” dan banyak lagi.

Masih awal untuk kita berbincang mengenai Windows 9 ini,sama-sama kita nantikan perkembangannya.Kemungkinan nama untuk versi ini juga nanti akan mengalami perubahan,semua itu terpulang kepada pihak microsoft.

Persoalannya,adakah anda telah bersedia dengan sistem operasi terbaru ini? atau adakah anda sama seperti sebahagian pengguna diluar sana yang masih menggunakan sistem operasi sebelum ini iaitu Windows XP atau Windows 7?

Jom bincangkan…

Ini adalah antara video-video yang saya ambil dari youtube mengenai Windows 9,seperti biasa,tengok boleh percaya jangan 🙂

Windows 9

© 2014, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply

Send this to a friend