Symantec: Serangan siber meningkat tahun lalu

Symantec

hackingx

KUALA LUMPUR – Syarikat keselamatan Internet, Symantec Corp menyatakan dalam Laporan Ancaman Keselamatan Internet tahunannya bahawa terdapat  peningkatan 42 peratus pada 2012 dalam serangan siber disasar di seluruh dunia berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan pengintipan siber disasar ini, bertujuan untuk mencuri harta intelektual, semakin melanda sektor pembuatan, serta perniagaan kecil, yang merupakan sasaran 31 peratus daripada serangan-serangan ini.

“Perniagaan kecil merupakan sasaran menarik dan cara untuk mendekatkan diri dengan syarikat lebih besar menerusi teknik “watering hole”.

“Selain itu, pengguna masih terdedah kepada perisian tebusan dan ancaman mudah alih, terutamanya di platform Android,” kata syarikat itu.

Pengarah Kejuruteraan Sistem Symantec Malaysia Nigel Tan berkata penjenayah siber terus mencari cara-cara baru untuk mencuri maklumat daripada organisasi pelbagai saiz.

“Kecanggihan serangan ditambah dengan teknologi maklumat yang kompleks pada hari ini memerlukan organisasi di Malaysia dan seluruh dunia terus proaktif dan menggunakan langkah-langkah keselamatan ‘defence in depth’ untuk membendung serangan,” katanya.

Beliau berkata meskipun Malaysia berada di kedudukan ke-35 dalam kalangan negara di seluruh dunia bagi aktiviti ancaman Internet, organisasi harus terus mengambil inisiatif proaktif bagi menjamin dan menguruskan maklumat kritikal daripada pelbagai risiko keselamatan terutamanya serangan disasar dalam sektor pembuatan dan perniagaan kecil, perisian hasad mudah alih dan ancaman e-mel penipuan. – Bernama

Symantec

© 2013, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply

Send this to a friend