Tutorial Cara Membuat Fan Page Di Facebook

Fan Page

Baiklah dalam tutorial kali ini,saya ingin mengajarkan kepada anda cara untuk membuat fan page anda sendiri melalui Facebook.

Fan page merupakan salah satu komponen yang sangat penting terutamanya kepada mereka yang ingin mempromosikan produk serta perkhidmatan yang mereka tawarkan melalui laman sosial facebook. Dengan menggunakan fan page,anda boleh memiliki seberapa banyak likers tidak seperti profil personal yang hanya terhad kepada 5000 orang sahaja.

 

Pertama sekali,masuk ke URL https://www.facebook.com.Kemudian di ruangan tepi sebelah kanan,anda akan dapat lihat butang “Create Page” ataupun klik pada https://www.facebook.com/pages/create/ .

fan page

 

 

Kemudian,pilih kategori yang sesuai dengan fan page yang anda inginkan.

 

Screen Shot 2014-09-12 at 11.57.01 PM

 

 

Sebagai contoh,jika saya ingin memilih untuk membuat fan page berkaitan produk ataupun perkhidmatan,anda boleh pilih pada kategori “Brand or Product” dan anda akan diminta untuk memilih kategori yang sesuai.

Screen Shot 2014-09-13 at 12.05.41 AM

 

 

 

Selepas itu,masukkan nama fan page anda.Pastikan nama fan page anda ringkas dan menarik.Kemudian klik pada butang “Get Started“.

Screen Shot 2014-09-13 at 12.14.57 AM

 

 

Kemudian,masukkan butiran mengenai fan page anda dan klik “Save Info” ataupun anda boleh juga mengisi bahagian ini kemudian,klik Skip.

Screen Shot 2014-09-13 at 12.15.52 AM

 

 

Langkah seterusnya,masukkan gambar profil untuk fan page anda.

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.16.01 AM

 

Pada pilihan ini,anda boleh letakkan fan page anda pada ruangan Favorites di dalam facebook anda ataupun klik butang Skip.

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.16.27 AM

 

Baiklah pada ruangan ini,facebook menawarkan kepada anda untuk mengembangkan  jumlah like pada fan page anda secara pantas melalui Facebook Ads.Ianya adalah BERBAYAR.Jika anda tidak inginkan,klik butang SKIP.

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.16.39 AM

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.16.46 AM

 

Tahniah! Anda telah berjaya membuat fan page facebook anda,pada bahagian ini,klik butang Next.

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.17.00 AM

 

 

Untuk menambah cover fan page anda sama seperti profil facebook anda,anda hanya perlu klik pada butang “Add a Cover“.

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.17.24 AM

 

 

Selesai! Kini giliran anda untuk membuat fan page anda sendiri! 🙂

 

 

Screen Shot 2014-09-13 at 12.18.41 AM

 

Selamat Mencuba!

 

Fan Page