Cara Mengenal Pasti Jenis FONT Yang Digunakan Pada Imej

Pernahkah anda merasa tertarik dengan salah satu font yang terdapat pada sesuatu poster tetapi anda tidak tahu apa jenis tulisan yang digunakan tersebut?

Anda tidak perlu risau kerana sebenarnya anda boleh mengenalpasti jenis tulisan tersebut dengan mudah!

Apa yang anda perlu lakukan cukup mudah, tahukah anda, terdapat beberapa laman web di luar sana yang menawarkan fungsi untuk mengenal pasti font pada imej secara PERCUMA.


https://www.myfonts.com/WhatTheFont/
https://www.fontsquirrel.com/matcherator

Kali ini, penulis kongsikan kepada anda dua laman web yang penulis sering gunakan terutamanya untuk mengenai pasti jenis tulisan yang digunakan oleh sesuatu imej.

Apa yang anda perlu lakukan adalah cukup mudah, anda hanya perlu upload imej yang terdapat font tersebut pada laman web tersebut, dan ikuti langkah-langkah yang ditetapkan.

Kemudian, dalam beberapa tempoh masa, laman web tersebut akan memberikan cadangan kepada anda beberapa pilihan jenis tulisan yang sama ataupun lebih kurang sama dengan font imej yang anda telah muat naik.

Perlu diingatkan juga, terdapat font yang dicadangkan adalah berbayar dan ada juga yang percuma.

Jika suda tahu nama jenis font tersebut, rajin-rajin Google ya, manatau ada yang percuma. hehe 🙂