Awas! Tips Mengelak Tertipu Dengan Laman Web Phishing

Phishing

Baiklah pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk mengelak daripada terkena perangkap laman web phising.Ini kerana sejak kebelakangan ini,terlalu banyak email seperti ini dikirim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa Itu Phising? 

Phishing ialah satu cara cuba untuk memperolehi maklumat sensitifseperti nama pengguna, kata laluan dan butir-butir kad kredit dengan menyamar sebagai satu entiti boleh dipercayai dalam satu komunikasi elektronik.

Dalam tips kali ini,saya menggunakan contoh laman web phising CIMB yang dikirim ke email saya baru-baru ini.

 

Kebiasaannya,email yang anda dapat kelihatan seperti ini :

CIMB Clicks    – ALERT : URGENT MESSAGE (INFORMATION)

phishing

 

 

 

 

 

 

Apabila anda klik pada email tersebut,anda akan nampak mesej seperti berikut.Mesej tersebut akan mengatakan akaun bank anda mempunyai masalah dan anda perlu log masuk ke url web bank yang diberikan untuk login.

Langkah 1 : arahkan cursor anda ke pautan link web bank yang diberikan.

Langkah 2 : Jika anda lihat dalam gambar di bawah,link yang dipaparkan ialah http://www.cimbclicks.com.my.Namun sebenarnya,jika anda klik link tersebut,ia akan masuk ke url cimbuss2011.addr.com/cimb2.htm .Anda boleh lihat pautan tersebut di tepi sebelah kiri pelayar web anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda klik pautan tersebut,anda boleh lihat laman web palsu serupa dengan laman web sebenar CIMB Clicks.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s Saya harap pembaca cekap komputer tidak tertipu dengan kaedah yang digunakan seperti ini.Kaedah ini bukan sahaja digunakan untuk menipu pengguna CIMB malah kaedah ini digunakan untuk menipu pengguna facebook,friendster dan sebagainya.

Phishing

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]