Urus Kewangan Anda Menggunakan Money Manager Ex

Money Manager Ex

Bagi mereka yang sedang tercari-cari perisian untuk mengurus kewangan,penulis syorkan anda mencuba perisian Money Manager Ex ini.

Money Manager Ex membantu anda untuk mengurus dan merekod keluar masuk wang anda.Melalui perisian ini,anda lebih mudah untuk melihat pergerakan kewangan anda satu per satu.Anda juga boleh senaraikan perjalanan perbelanjaan bulanan kewangan anda.

Perisian Money Manager Ex ini sangat mudah digunakan dan penulis pasti anda tidak akan mengalami masalah menggunakan perisian ini.Perisian Money Manager Ex  ini juga,turut membantu anda menganalisis setiap pengeluaran dan juga pendapatan yang anda perolehi.Apa yang lebih menarik,anda boleh mendapatkan perisian ini secara PERCUMA.

Perisian Money Manager Ex  ini juga boleh digunakan oleh pengguna yang menggunakan sistem operasi Windows,Linux dan juga Mac.

Untuk Muat turun perisian ini,sila layari http://www.codelathe.com/mmex/mmex_download.php

Money Manager Ex

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]