Buang Latar Belakang Gambar Dalam Masa 5 Saat

Adakah anda tercari-cari cara untuk buang latar belakang pada gambar anda?
Jika anda yang menggunakan perisian grafik seperti photoshop,
mungkin anda biasa untuk membuang latar belakang pada gambar anda dengan beberapa teknik.

Ingin buang imej latar belakang anda dengan lebih mudah dan pantas?

Admin syorkan kepada anda untuk layari laman web https://www.remove.bg.

Ya! anda boleh buang latar belakang pada gambar dengan hanya 5 saat!

Walaupun mungkin hasilnya tidak dapat menandingi jika anda menggunakan perisian editing yang lain, bagi admin ianya boleh dikatakan berbaloi dan mudah.

Terdapat dua pilihan yang anda boleh lakukan iaitu dengan mengupload gambar yang inginkan ataupun melalui link gambar tersebut.

Dengan hanya 1 klik, selepas upload imej tersebut, laman web tersebut akan buang latar belakang pada imej tersebut.
Mungkin terdapat beberapa bahagian yang kurang kemas ketika proses membuang latar belakang pada web ini, ianya juga bergantung pada imej yang anda upload.

Kualiti imej juga mungkin akan sedikit turun, tapi masih boleh diterima la kan ^^.

Melawat bulan  😆 

Jika anda rasa blog ini bermanfaat, sila SHARE ya..

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]