Windows 10 Dilancarkan Pada 29 Julai 2015!

Windows 10

windows 10

 

Jika anda pengguna Windows XP ataupun Windows 7 dan bercita-cita untuk bertukar ke Windows 8,mungkin anda boleh lupakan hasrat anda kerana pada 29 Julai 2015 ini,Windows 10 pula akan dilancarkan!

Wahhh Windows 10 dah nak keluar,penulis dapat banyak respon,Windows 8 pun terkial-kial nak guna,Windows 10 pula dah nak dilancarkan…Apa yang penulis nampak,Windows 8 seperti senasib dengan Windows Vista yang pernah dilancarkan sebelum ini.Boleh dikatakan,versi-versi windows yang paling berjaya ialah Windows XP dan Windows 7. Mungkin juga disebabkan versi Windows 8 sebelum ini telah membuang fungsi butang START yang memang telah sinonim dengan Windows menyebabkan pengguna tegar Windows berasa kekok dan ramai yang terus setia menggunakan Windows 7 dan Windows XP.

windows10start

Fungsi “Start Menu” dipasang kembali pada Windows 10.

Jika anda sebelum ini membeli PC ataupun laptop dan mengeluh dengan sistem Windows 8 yang dibekalkan,usah risau kerana anda boleh upgrade sistem anda ke Windows 10 ini mungkin secara PERCUMA!

Penulis akan memberikan artikel-artikel terkini berkaitan Windows 10 ini.Semoga juga sistem operasi yang bakal dilancarkan ini tidak mengecewakan pengguna-pengguna tegar sistem operasi Windows. 🙂

Windows 10

Mengapa Perlu Kemaskini Sistem Operasi Windows Anda?

Upgrade Windows

Pada artikel kali ini,saya akan menyatakan mengapa anda perlu kemaskini sistem operasi yang anda gunakan.Mungkin terdapat sebahagian pengguna Windows versi-versi sebelum ini masih tercari-cari sebab mengapa mereka perlu “berhijrah” kepada versi terbaru Windows terutamanya versi Windows 7 dan yang akan dilancarkan pada bulan oktober 2012 ini iaitu Windows 8.Tentu sekali mereka memerlukan alasan kukuh mengapa mereka perlu berhijrah tambahan mereka telah biasa dengan versi-versi Windows sebelum ini.

Mungkin alasan-alasan yang saya nyatakan ini dapat membantu anda dan mengukuhkan lagi alasan-alasan anda untuk berhijrah ke versi terkini Windows.

Antara beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan sistem operasi terkini ialah :

upgrade windows

Keselamatan PC/Laptop Anda.Seperti anda sedia maklum,virus komputer telah menjadi musuh utama kepada komputer anda dan setiap bulan terdapat sahaja virus-virus yang disebarkan dalam pelbagai bentuk oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Versi sistem operasi seperti Windows 7 dan yang akan datang Windows 8 sudah tentu akan meningkatkan sekuriti sistem operasi untuk menangkis serangan-serangan virus yang baru mahupun yang lama.

 

Sokongan terhadap perisian-perisian terkini.Selain itu,kebanyakkan pembangun-pembangun perisian telah mengemaskini perisian mereka dan perisian tersebut hanya sesuai dipasang pada sistem operasi terkini Windows sahaja.Sudah tentu anda akan terlepas peluang mencuba pengemaskinian perisian-perisian jika anda masih lagi menggunakan sistem operasi yang lama.

 

Pengemaskinian versi sebelum ini akan dihentikan.Antara sebab utamanya,pengemaskinian versi Windows sebelum ini contohnya Windows XP akan dihentikan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft.

 

Fungsi-fungsi menarik yang tidak terdapat pada versi-versi Windows sebelum ini.Apa yang anda akan terlepas ialah fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada versi Windows yang terbaru,fungsi-fungsi ini tidak terdapat pada versi-versi Windows sebelum ini.Selain itu,rekabentuk versi Windows terbaru kelihatan lebih menarik.

 

Menjimatkan masa anda.Masa itu lebih berharga dari emas,dengan menggunakan versi sistem operasi yang terkini,banyak perubahan yang telah dilakukan untuk menjimatkan masa anda.Versi Windows yang terbaru memudahkan anda membuat carian,capaian dan banyak lagi.

Berikut merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu berhijrah ke sistem operasi yang baru.Anda hanya perlu luangkan sedikit masa untuk mempelajari sistem operasi yang baru dan ganjarannya anda akan dapat memperolehi banyak keuntungan untuk diri anda sendiri.

Upgrade Windows