Fungsi-Fungsi Menarik Dalam Windows 10?

Windows 10

windows 10

Tentu anda tidak sabar untuk menunggu pelancaran Windows 10.Pelancaran Windows 10 ini mungkin sahaja menjadi pengubat hati yang luka para pengguna setia Windows terutamanya yang menggunakan Windows 8 sekarang.

Dari pemerhatian penulis sendiri menggunakan Windows 8,walaupun ianya mempunyai fungsi-fungsi menarik berbanding dengan sistem operasi windows yang lain sebelum ini (Windows 7),namun pengguna Windows sedia ada berasa terbeban dan sedikit kecewa dengan penampilan Windows 8.

Microsoft sudah tentu meletakkan risiko sendiri dengan pelancaran Windows 8 sebelum ini apabila mereka membuang salah satu kunci utama kejayaan Windows iaitu butang Start Menu.Kebanyakkan pengguna yang berjumpa penulis berasa kurang berminat dengan Windows 8 dan ingin “downgrade” pc ataupun laptop mereka ke Windows 7 terutamanya.

Penulis harap,dengan adanya kemunculan Windows 10 ini,ramai pengguna-pengguna setia Windows berpuas hati…Dan jangan tanya penulis kenapa terus ke Windows 10,bukan ke Windows 9 dulu…hehe…

Baiklah nak tahu apa fungsi-fungsi menarik dalam Windows 10 ini? Jom tengok video kat bawah ni…

Jumpa lagi 🙂

Windows 10

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Tablet Windows 8 terbaru

Windows 8

windows 8

Tablet Windows 8 dengan rekaan kekunci nampaknya kini sudah menjadi ikutan di kalangan penggemar telefon. Kini ikutan tersebut turut diikuti oleh LG Mobile yang baru saja memperkenalkan LG H160.

Tablet ini memiliki kekunci slide yang mirip dengan rekaan Asus Eee Pad Slider.

Bezanya, untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul.

Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran.

Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366×768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail.

Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. Buat masa ini LG hanya bercadang untuk menjual produk terbaru mereka ini

Sumber : Berita Harian

Windows 8

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]