Urus Kewangan Anda Menggunakan Money Manager Ex

Money Manager Ex

Bagi mereka yang sedang tercari-cari perisian untuk mengurus kewangan,penulis syorkan anda mencuba perisian Money Manager Ex ini.

Money Manager Ex membantu anda untuk mengurus dan merekod keluar masuk wang anda.Melalui perisian ini,anda lebih mudah untuk melihat pergerakan kewangan anda satu per satu.Anda juga boleh senaraikan perjalanan perbelanjaan bulanan kewangan anda.

Perisian Money Manager Ex ini sangat mudah digunakan dan penulis pasti anda tidak akan mengalami masalah menggunakan perisian ini.Perisian Money Manager Ex  ini juga,turut membantu anda menganalisis setiap pengeluaran dan juga pendapatan yang anda perolehi.Apa yang lebih menarik,anda boleh mendapatkan perisian ini secara PERCUMA.

Perisian Money Manager Ex  ini juga boleh digunakan oleh pengguna yang menggunakan sistem operasi Windows,Linux dan juga Mac.

Untuk Muat turun perisian ini,sila layari http://www.codelathe.com/mmex/mmex_download.php

Money Manager Ex

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Google disaman halang siasatan AS

Google

GOOGLE Inc menerima saman AS$25,000 (RM75,291) atas kesalahan menghalang penyiasatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan data miliknya bagi projek Street View, yang membolehkan pengguna melihat imej atas jalan raya apabila mereka memetakan lokasinya.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (ACC) yang mengenakan denda itu lewat Jumaat lalu, berkata, Google didakwa mengumpulkan maklumat peribadi tanpa kebenaran dan sengaja tidak bekerjasama dengan siasatan yang dijalankan oleh FCC.
Google enggan mengenalpasti mana-mana kakitangannya ataupun menghantar e-mel kepada kerajaan.

“Salah laku seperti ini mengancam usaha dan keupayaan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan ke atas sebarang kemungkinan pelanggaran akta komunikasi dan peraturan yang ditetapkan oleh suruhanjaya, dan ia juga memilih untuk tidak mengenal pasti kakitangannya,” katanya dalam perintah FCC bertarikh 13 April.

Google dalam kenyataannya berkata, ia menyerahkan semua maklumat kepada agensi itu dan mencabar keputusan agensi itu yang mendakwa pihaknya tidak bekerjasama dalam siasatan itu.

“Seperti dinyatakan FCC dalam laporan mereka, kami menyediakan semua bahan yang badan pengawal seliaan itu mahukan bagi menjalankan siasatan dan kami dikatakan tidak bersalah dalam sebarang usaha melanggar undang-undang.

“Kami tidak setuju dengan perincian yang dikemukakan FCC berhubung kerjasama kami dalam siasatan mereka, ” kata syarikat laman web enjin carian utama dunia itu.
Antara Mei 2007 dan Mei 2010, Google mengumpulkan data daripada rangkaian WiFi di seluruh dunia khususnya AS dalam langkah membangunkan projek Street View, yang memberikan pengguna Google Map dan Google Earth melihat imej struktur dan tanah di berada di seberang jalan atau lebuh raya.

Namun begitu, Google turut dikatakan mengumpul kata laluan, senarai penggunaan internet pengguna dan maklumat peribadi yang sensitif yang tidak diperlukan dalam projek pusat data itu, kata FCC.

Google pada Mei 2010 lalu mengumumkan yang ia mungkin sudah mengumpulkan bahan yang dipanggil muatan data sehingga menyebabkan siasatan FCC ke atasnya berhubung pelanggaran akta Komunikasi.

Sumber : Berita Harian

Google

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Facebook mampu undang ketagihan

Facebook

STOCKHOLM – Laman sosial Facebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.

Sumber : SINAR HARIAN

Facebook

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Sokongan Windows XP dan Office 2003 akan berakhir pada 8 April 2014

Windows Xp

windows xp

Saya pasti anda akan bersetuju bahawa sistem operasi Windows XP dan juga Office 2003 merupakan dua perisian yang sangat popular berbanding dengan perisian-perisian lain Microsoft.Ini kerana walaupun Microsoft telah mengemaskini perisian-perisian tersebut ke versi terbaru,pengguna komputer masih memilih untuk menggunakan perisian-perisian tersebut.

Namun pada 8 April 2014 nanti,kedua-dua support dari perisian ini akan berakhir.Jika anda masih menggunakan kedua-dua perisian ini,anda disyorkan untuk menaiktaraf sistem operasi anda ke Windows 7 dan juga Office 2010.Turut dinyatakan,Windows XP dan juga Office 2003 merupakan perisian terbaik pernah direalisasikan oleh Microsoft namun kemajuan dan perubahan teknologi pada masa kini menyebabkan pengguna perlu berubah ke versi sistem operasi yang terkini.

Windows XP and Office 2003 were great software releases for their time, but the technology environment has shifted. Technology continues to evolve and so do people’s needs and expectations. Modern users demand technologies that fit their personal workstyle and allow them to stay productive anywhere anytime, while businesses have an ever increasing need to protect data and ensure security, compliance and manageability. It is in a company’s – and its employees’ – best interest to take advantage of the modern Windows and Office software that is designed with these needs in mind.”

Persoalannya adakah anda akan berubah ke sistem operasi Windows 7 dan Office 2010 sekarang?atau anda masih setia dengan sistem operasi Windows XP? Jom komen…

Windows Xp

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Panduan Membina Laman Web Menggunakan Joomla 2.5

Joomla 2.5

joomla 2.5

Apa khabar pembaca blog Cekap Komputer? Pada artikel saya kali ini saya ingin berkongsi kepada anda sebuah ebook yang sangat berguna bagi mereka yang ingin mempelajari cara membina laman web.Melalui ebook ini,anda akan diajar cara membina laman web menggunakan perisian Joomla 2.5.

 

Apa itu perisian Joomla?

Joomla merupakan sebuah perisian yang dibangunkan oleh Open Source Matters(OSM).Perisian Joomla dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan pangkalan data MySQL.

 

Ebook ini saya namakan sebagai ebook Pakar Joomla 2.5,ebook ini ditulis oleh saya sendiri.Anda akan diajar cara membina laman web langkah demi langkah dan apa yang pasti,ebook ini sangat-sangat sesuai untuk mereka yang belum pernah mempelajari cara membina laman web namun berminat untuk mempelajarinya.

Apa yang terdapat di dalam ebook ini?

Ebook Panduan Lengkap Pakar Joomla 2.5 ini 5 modul utama dan 1 koleksi extension Joomla.

Iaitu…

Modul 1 # Pengenalan Kepada Joomla
====================================
Di dalam modul ini,anda akan diberikan keterangan secukupnya mengenai perisian Joomla ini.Modul ini membincangkan apa itu Joomla,mengapa anda harus memilih Joomla,versi-versi Joomla,kitaran release dan support Joomla,bagaimana
cms Joomla berfungsi.Modul ini setebal 21 m/s.

 

Modul 2 # Pemasangan CMS Joomla 2.5
====================================
Modul 2 pula membincangkan berkenaan persediaan sebelum pemasangan Joomla,pemasangan Joomla secara Offline,
pemasangan Joomla secara Online menggunakan Fantastico & Softaculous.Modul ini setebal 48 m/s.
Modul 3 # Pengurusan Pentadbiran Joomla 2.5
===========================================
Modul 3 ini merupakan modul terpenting untuk produk pakar joomla 2.5.Ini kerana di dalam modul ini,anda
akan mempelajari cara untuk mentadbir laman web Joomla 2.5 anda.Saya telah menerangkan satu per satu,
setiap ruangan dan fungsi yang terdapat pada Joomla 2.5 ini.

Antara tutorial yang diajar di dalam modul ini ialah Mengurus Komponen,Modul & Plugin Joomla,pengurusan Extensions,pengurusan Content,Mengurus ruangan menu,pengurusan pengguna dan banyak lagi.Modul ini setebal 91 m/s.
Modul 4 # Tips & Tutorial Tambahan Joomla 2.5
=======================================
Modul 4 pula memberikan anda tips dan tutorial tambahan mengenai Joomla 2.5.Dengan adanya tips tambahan ini,anda akan dapat mengurus dan mencantikkan lagi laman web Joomla anda.

Antara tips yang terdapat pada modul 4 ini ialah Senarai laman web penyedia extension Joomla,Senarai forum perbincangan mengenai Joomla,penyedia template Joomla,Mengubah favicondan banyak lagi…
Modul ini setebal 39 m/s
Modul bonus # Modul Bonus – Joomla 2.5
=============================
Di dalam modul bonus ini pula,Saya akan terangkan kepada anda ciri-ciritambahan terbaru pada Joomla 2.5 ini.
anda akan mengetahui apa yang terbaru pada Joomla 2.5 ini berbanding dengan versi Joomla yang lain.

Antara yang terdapat di dalam modul ini,Joomla Update Notification,Database Version Fix Button,Flexible Newsfeed Order,User Notes,Menu Item Note,Fungsi “CAPTCHA” dan banyak lagi…
Modul ini setebal 21 m/s
Koleksi Extension Joomla 2.5
=====================
Selain modul-modul tersebut,saya juga telah menyediakan koleksi extension termasuk template Joomla 2.5 kepada
anda.Dengan adanya koleksi ini,memudahkan lagi pembelajaran anda berkenaan Joomla 2.5.
Saiz koleksi ini ialah 35.4MB
Bagaimana? Menarik bukan?
Saya telah memastikan anda mendapatkan apa yang terbaik di dalam produk pakar joomla 2.5 ini.Namun ebook ini bukanlah percuma,ini kerana saya telah menggunakan masa dan tenaga saya untuk memastikan ilmu yang terdapat pada ebook ini mudah dipelajari dan berguna untuk mereka yang betul-betul berminat untuk memilikinya.

Jika anda berminat lebih lanjut mengenai ebook ini,sila layari :
http://pakarjoomla.com
 

 

 

Joomla 2.5

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Facebook : Pencipta Instagram kaya-raya serta merta

CALIFORNIA: Facebook semalam mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto paling popular, Instagram, untuk telefon bimbit pintar dengan harga berbilion dolar.

Pencipta aplikasi yang memberi kemudahan pengguna untuk mengubah dan memuat naik foto ke dalam telefon bimbit pintar dan tablet itu akan dibayar secara tunai dan memperoleh saham Facebook.

Facebook juga akan menyelesaikan proses Initial Public Offering (IPO) sahamnya, bulan depan.

Persetujuan itu akan menjadikan pencipta Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger kaya-raya serta merta.
Persetujuan itu dicapai beberapa hari selepas Instragram memperkenalkan versi perisian untuk telefon android, selepas terkenal dalam aplikasi Apple.

 Mereka bersetuju dengan tawaran itu selepas Kevin menolak tawaran Mark Zuckerberg untuk bergabung dengan Facebook, lapan tahun lalu.

Pertama kali mereka bertemu dengan Zukerberg ketika Kevin masih lagi meneruskan pengajian di Universiti Stanford.

Kevin berkata: “Waktu itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pengajian.”

Kevin dan Mike telah mengambil keputusan tepat kerana mereka kini menikmati kejayaan tanpa dibantu oleh ibu bapa atau orang lain.

Sumber : MyMetro

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Jangan Tinggalkan Laptop Di Atas Katil, Bantal Dan Lain-Lain..

Laptop

laptop

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

Laptop

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

Perisian Joomla 2.5 Telah Direalisasikan! Dapatkan Laporan Percuma!

Akhirnya pada 24 Januari 2012 yang lepas,Joomla versi 2.5 telah berjaya direalisasikan.Ternyata terdapat banyak perbezaan versi Joomla 2.5 (LTS) ini dengan versi LTS yang sebelum ini iaitu Joomla 1.5.

Anda boleh muat turun perisian Joomla 2.5 ini secara percuma melalui http://www.joomla.org/download.html .

 

Jika anda masih baru dan masih kurang memahami apa kegunaan sebenar dan apa itu perisian Joomla,saya telah menyediakan satu laporan percuma Pakar Joomla 2.5 khas untuk anda.Ebook “Laporan Percuma Pakar Joomla 2.5” setebal 30 Muka Surat ini akan memberi anda sedikit info mengenai Joomla dan juga versi-versi Joomla.Selain itu juga,diselitkan sekali beberapa fungsi tambahan terbaruJoomla 2.5 yang baru sahaja direalisasikan pada 24 Januari 2012 yang lalu.

Segala persoalan anda akan terjawab di dalam ebook ini.Untuk muat turun laporan ini,sila layari :

 

http://pakarjoomla.com

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]

AWAS! Bahaya Carpal Tunnel Syndrome(CTS) Kepada Pengguna Komputer!

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).

 

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

 

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.

 

Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

  • Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  • Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  • Faktor genetik.
  • Dan banyak lagi boleh rujuk di sini.

Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini,namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya,jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.

 

Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

  • Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse(rujuk gambar).
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.

 

*Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer.Pastikan duduk dengan cara yang betul.

 

Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

 

Pesan saya,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Lakukan sentiasa pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]