TUTORIAL : Ketahui Siapa Yang Sering Melihat Akaun Facebook Anda

Adakah anda pengguna facebook?
Pernahkah anda terfikir siapakah rakan-rakan facebook anda yang sering melawat profil facebook anda? Mungkin juga terdapat rakan-rakan facebook yang sering melihat perkembangan anda di facebook profile anda tanpa pengetahuan anda.

Baiklah, admin ingin kongsikan satu extension google chrome yang mungkin berguna untuk anda.
Extension ini membolehkan anda mengetahui siapa rakan-rakan facebook anda yang sering melawat profil facebook anda.

Extension Google Chrome yang admin maksudnya adalah “Super Viewer for Facebook” dari ABP Interactive.


Untuk install extension ini, layari link di bawah ini. Untuk menggunakan extension ini, anda perlu menggunakan Google Chrome pada komputer/laptop anda.

LINK : https://chrome.google.com/webstore/detail/super-viewer-for-facebook/odbbadcohnacfjiocpfpplghhbaiddpc

Setelah install extension tersebut, anda akan dapat lihat icon kecil berwarna biru di tepi kanan pelayar web tersebut.

Cara Menggunakan Extension Super Viewer for Facebook
1 – Untuk menggunakan extension ini, pertama sekali buka laman web facebook melalui google chrome anda. Kemudian klik icon Super Viewer for Facebook tersebut.

2 – Kemudian, klik “continue”. Abaikan iklan text cryptocurrencies tersebut.

3 – Selepas itu, klik pilihan “See who viewed my profile“.


Selepas itu, anda akan dapat lihat senarai rakan facebook anda yang melawat profil facebook anda.

Mudah kan 🙂

Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat 🙂
Admin akan kongsikan lebih banyak artikel-artikel menarik lagi di blog ini ^^.

[easy-social-share buttons="facebook,twitter" counters=0 style="button"]