Ubuntu semakin Buntu? Linux Mint semakin menyerlah!

Linux Mint

Linux Mint

Jika tahun-tahun sebelum ini,distro terbaik linux iaitu Ubuntu telah berjaya memikat pengguna-pengguna baru mencuba sistem operasi linux.Ini disebabkan,sistem operasi Ubuntu ini lebih mesra pengguna (memikat pengguna baru terutama peminat GUI) berbanding dengan distro-distro linux yang lain seperti Fedora,Debian dan sebagainya.

Namun dari tahun ke tahun,pengguna distro Ubuntu ini kelihatan semakin menurun dan terus menurun.Kenapa hal ini berlaku? Jika sebelum ini,saya telah menggunakan distro Ubuntu sejak zaman Ubuntu 8.04.4 LTS.Boleh dikatakan distro Ubuntu antara distro terbaik dan sangat sesuai untuk mereka yang baru belajar & memahami sistem operasi linux melalui distro Ubuntu.Namun,apa yang saya dapat lihat,banyak perubahan yang telah dilakukan pada versi-versi Ubuntu seterusnya.Mungkin lain orang lain citaranya,namun apa yang saya boleh simpulkan versi Ubuntu terkini agak “Berat” dan hal ini menyebabkan mereka yang tidak mempunyai spesifikasi komputer/laptop yang “Power” akan merangkak-merangkak menggunakan distro Ubuntu ini.Hal ini kurang baik dan akan menjejaskan harapan mereka yang ingin berjinak-jinak dengan sistem operasi Linux.

 

Kepada mereka yang sebelum ini berputus asa dengan distro Ubuntu,usah risau! saya jamin anda akan berpuas hati dengan distro Linux Mint!

Apa itu Linux Mint ?

Linux Mint merupakan salah satu distro sistem operasi linux.Linux Mint dibangunkan berdasarkan kode Ubuntu dan juga Debian.Linux Mint ini merupakan distro yang sesuai untuk pengguna baru linux kerana ianya mesra pengguna,pemasangannya yang mudah dan banyak lagi.

Sistem operasi Linux Mint ini dibekalkan dengan lesen GNU General Public License dimana anda bebas untuk mengedar,membuat salinan,membangunkan dan mengubahsuai sistem operasi ini.Kelebihan Linux Mint,sistem operasi ini adalah ringan dan sesuai untuk dipasang pada komputer jenis lama yang tidak mempunyai grafik yang tinggi.

Diambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Linux_Mint

Linux Mint is a Linux-basedcomputeroperating system best known for its usability and ease of installation, particularly for users with no previous GNU/Linux experience.[1][2] It is available in several editions with different codebases, nearly all of which are based on Ubuntu,[3] which is itself based on Debian.

Linux Mint is composed of many software packages, of which the vast majority are distributed under a free software license. The main license used is the GNU General Public License (GNU GPL) which, along with the GNU Lesser General Public License(GNU LGPL), explicitly declares that users are free to run, copy, distribute, study, change, develop and improve the software. But Linux Mint also includes proprietary software, such as Picasa, Skype, the Opera browser, the Adobe Flash plugin (the libre alternatives being Gnash and swfdec), and uses a Linux kernel that contains non-free binary blobs. Linux Mint is funded by its community of users. Individual users and companies using the operating system act as donors,[4] sponsors[5] and partners[6] of the distribution.

 

Versi-versi Linux Mint sebelum ini :

 

Jika anda berminat untuk mencuba sistem operasi Linux Mint ini,anda boleh muat turun secara PERCUMA sistem operasi ini di http://www.linuxmint.com/

Linux Mint

© 2011, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply

Send this to a friend