Windows 8 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2012

Windows 8

windows 8

Setelah beberapa versi pra-pelancaran dilakukan pada Windows 8,Windows 8 dijangkakan akan dilancarkan pada 26 oktober 2012.Versi-versi pra-pelancaran sebelum ini ialah Developer Preview (September 13, 2011), Consumer Preview (February 29, 2012), and Release Preview (May 31, 2012).

Begitu cepat masa berlalu dan saya pasti terdapat sebahagian pembaca di sana masih belum puas menggunakan dan mempelajari versi-versi Windows sebelum ini,ada juga diantara pembaca masih menggunakan versi Windows XP yang bagi saya juga merupakan versi Windows yang terbaik pernah direalisasikan oleh Microsoft.Mahu ataupun tidak,pada masa akan datang pengguna pasti akan perlu menggunakan sistem operasi terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft.

Windows 8 dibangunkan berdasarkan Metro design language,terdapat beberapa fungsi-fungsi terbaru dan tambahan yang terdapat pada Windows 8,antaranya ialah Internet Explorer 10,fungsi start screen terbaru,Windows Defender lengkap dengan fungsi tambahan terkini,sokongan terhadap USB 3.0,Windows To Go dan banyak lagi.

Terdapat empat edisi utama yang ada pada Windows 8 iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT.Tiga edisi utama iaitu Windows 8, Windows 8 Pro dan Windows 8 Enterprise boleh dipasangkan pada komputer-komputer yang dapat menyokong sistem operasi Windows 7 sebelum ini.

*Insyallah saya akan mengemaskini mengenai sistem opersi Windows 8 ini dari semasa ke semasa kepada pembaca.

 

Windows 8

© 2012, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply